Bab Puasa

Masalah Cium dan Tidur Bersama-sama isteri tidak membatalkan puasa.

Daripada ‘Aisyah r.anha katanya : “Bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah menciumnya dan dalam masa yang sama baginda S.A.W tidur sekali dengannya padahal baginda sedang berpuasa. Dan Baginda adalah orang yang paling kuat menguasai nafsu berahinya.”
[Hadis yang ke 955, m/s 221 dalam Sohih Bukhari Jilid II]

Daripada ‘Aisyah r.anha katanya : “Bahawa Rasulullah S.A.W. pernah mencium salah seorang daripada isterinya sedang baginda berpuasa. Kemudian isteri baginda ketawa.”
[Hadis yang ke 956, m/s 221 dalam Sohih Bukhari Jilid II]