Monday, May 5, 2008

ROKOK ITU HARAM HUKUMNYA...


Dari segi Agama Islam
---------------------------

Saya mulai dengan Firman Allah SWT:

"Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad S.A.W) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Baginda menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara yang keji dan baginda menghalalkan bagi mereka semua hal yang baik dan mengharamkan untuk mereka semua hal yang jelek."
(QS. Al-A'raf: 157)

"Janganlah kalian campakkan diri kalian ke dalam lembah kehancuran"
(QS. Al-Baqarah: 195)

"Dan janganlah kalian melakukan perbuatan membunuh diri"
(QS. An-Nisa: 29)

"Dan janganlah engkau bersikap boros, sesungguhnya orang yang suka memboroskan hartanya merupakan saudara-saudara syaitan."
(QS. Al- Isra:26-27)

Dan dijelaskan lagi oleh Nabi Muhammad dalam Hadis-hadisnya:

"Tidak boleh membahayakan diri sendiri mahupun orang lain."
(HR. Ahmad, hadis sahih)

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka janganlah dia sama sekali mengganggu tetangganya."
(HR. Bukhari)

"Tidaklah dua telapak kaki seorang hamba bisa bergeser pada hari kiamat sebelum ditanya mengenai empat perkara, (iaitu) tentang ke mana dia habiskan umurnya; untuk apa dia gunakan ilmunya; dari mana dia memperoleh harta dan kemana dia belanjakan; untuk apa dia pergunakan tubuhnya."
(HR. Tirmidzi)

"Barang yang dalam jumlah besarnya dapat memabukkan, maka statusnya tetap haram meski dalam jumlah yang sedikit."
(HR. Ahmad dan lain-lain, hadis sahih)

Mulailah anda berpikir, pasti ada hubungannya dengan rokok itu yang sangat jelas, setiap kata dan kalimat di dalam Al-Quran mahupun Hadis terdapat makna yang sangat dalam yang tidak bisa difahami dengan otak yang sempit, perlu imaginasi dan pemikiran yang jernih serta ikhlas untuk memahaminya.misalnya dalam hadis Nabi:

"Setiap yang memabukkan itu adalah haram"
(HR Muslim)

Setiap kata itu adalah pengertian dari kalimat 'kullu' dalam bahasa arab bermaksud semua dan yang secara harfiah ertinya adalah segala bentuknya, baik yang padat, cair maupun udaranya.

Dan dalam hadis ini :
"Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain"
(HR Ahmad dan Abu Daud)

Telusurilah lagi hadis ini:
"Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram".
(HR Muslim)

Kita bahas dari segi sains :

Rokok itu mengandungi 4000 (saya ulangi lagi dan saya ulangi lagi : empat ribu) bahan kimia dan 40 bahan itu adalah bahan kimia mematikan. biar kita LIHAT beberapa bahan di dalamnya:

1. Nikotin.
2. Arsenik, racun ini sudah terbukti membunuh.
3. Hidrogen Sianida, Hitler memakai zat ini saat membunuh jutaan musuhnya saat PD 2.
4. DDT.
5. Aseton, pernahkah anda mengecat kuku? Nah, zat ini adalah bahan kimia untuk membersihkannya.
6. Amoniak
7. Butane.

Masih mahu menghisap rokok?
Kita cuba hitung, boleh?
Kita main-main dengan kalkulator...

WHO, Lembaga Kesihatan Dunia telah membuat statistik seramai 5 juta orang mati kerana rokok..

Ertinya sekitar 14.700 orang setiap satu hari !!!
Ertinya sekitar 613 orang setiap satu jam !!!
Ertinya sekitar 11 orang setiap seminit !!!

Jadi.. Yakin dan percaya!!!!

Teman-teman dan sahabat-sahabatku yang dikasihi...

Anda punyai pilihan, mahu merokok yang mana telah menghabiskan wang RM 5 ke RM 10 sehari atau anda mahu mengumpul duit RM 5 @ RM 10 sehari untuk selesaikan sarjana/ijazah, sambung ke master dan PhD.

Atau jika mahu berbisnes dan berniaga, menabung untuk modal menikah, atau lebih penting ialah jika anda menyumbang ke masjid untuk bekalan jangka masa panjang ke Akhirat.

YAH!!!!!
semoga bermanfaat untuk anda jika anda mengikut ARAHAN ALLAH MENGGUNAKAN MINDA YANG POSITIF DAN MINDA YANG KREATIF..
LAKUKAN SECARA BERFOKUS DAN MEMIKIRKAN AKIBATNYA BERULANG_ULANG KALI..
insya-Allah, Allah akan buka pintu hati anda untuk berubah..

YA ALLAH!!!
Bantulah hamba-hamba-MU ini dalam mengubah diri..bantulah!!!



"Katakanlah (Muhammad) “Wahai Tuhan pemilik kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa pun yg Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari sesiapa pun yg Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yg Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yg Engkau kehendaki. Di kekuasaan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu".

1 bisik bicara untuk @NjaNG:

Muhammad zainul arifin said...

izin ngmbil gmbr ya..trim..