Saturday, January 31, 2009

Hari Jummat Masa Untuk Bersenam..

Hari Jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk merawat kesihatan jasmani dan rohani..Saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua tentang aktiviti saya pada Hari Jumaat iaitu semalam atau orang Kedah kata kelmarin...
Pada tepat pukul 7:00 pagi ; semasa saya tengah asyik-asyik membaca buku dan sedikit menelaah seni dalam bab rawatan..tiba-tiba terdengar suara memanggil saya dari arah bawah...Oooh! rupa-rupanya kawan saya, akh Azim..hmmmm...memang pada setiap Hari Jumaat, kami akan ke Tasik Bandar Darulaman demi melakukan senaman dan jogging untuk merenggangkan otot-otot dan tekanan agar 'maintain' sihat rohani dan jasmani..
..ini ialah mini library yang telah direka khas untuk ruang membaca dan menelaah...ilmu sangat penting..pembacaan itu salah satu jalan mendapatkan ilmu..jadi jangan malas dan bakhil dengan diri sendiri. Luangkan masa sehari dengan membaca sekurang-kurangnya satu buah buku...

Berbalik pada cerita saya, semasa kami duduk-duduk bersenam. Azim mencadangkan untuk pergi jalan-jalan ke Gua Kelam, Perlis Darus Sunnah. Saya sangat-sangat bersetuju dengan cadangan Azim adalah kerana Hari Jumaat merupakan hari yang sangat sesuai menyamankan diri dengan suasana alam semula jadi..kalau anda tidak percaya, cubalah anda kaji Hari Jumaat dan kaitannya dengan rawatan untuk kesihatan jasmani. Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah ke taman-taman bunga sebagai contohnya. Senaman pernafasan yang dilakukan pada Hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan dibandingkan dengan hari yang lainnya. Pada Hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap paling maksimum.

Selepas sahaja balik dari Tasik Bandar Darulaman..kira-kira dalam pukul 9 pagi..Hmmm...lama juga ya kami bersenam...hehehe..nak maintain berat..dulu 55 kg sj sekarang dah 75 kg...oklah, sambung semula...saya terus bersiap-siap mandi dan membekalkan beg pakaian untuk ke Perlis..
Lebih kurang 1 jam setengah, kami sampai ke Gua Kelam, Perlis. Fuh! sungguh lama saya tak ke sana. Dengan "bismillah" kami melangkah masuk ke dalam gua.. Saya cuba membawa mata saya untuk merenung dan menghayati ciptaan Allah di setiap inci dan sudut gua supaya diri ini dapat mengagungkan betapa besarnya kekuasaan Khaliq yang mencipta segalanya..Ya Allah! Subhanallah! Maha Suci Engkau Ya Allah menjadikan semua ini untuk kami dapat sama-sama mentadabburinya...
Saya, Azim dan juga Shidi akhirnya masuk sambil memerhati di setiap sudut Gua Kelam..

Kami cuba menghayatinya..sambil bersyukur dengan anugerah mata yang tidak ternilai akan harga dan nikmatnya apabila dapat melihat segala kekuasaan ciptaan-Nya.


























...ini suasana di pintu Gua kelam diambil dari dalam..dah nak pergi solat Jumaat...

...sebelum tu ambil gambar dulu sebagai kenang-kenangan..



...ini adalah Azim dan Shidi..


...ini pula saya dan Shidi..



Selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Darat, Perlis..kami terus bertolak ke Bukit Ayer untuk menyejukkan badan dengan airnya yang sangat jernih di sana..biasalah air bukit...sejuuuuk sangat-sangat...memang best!!!






...Azim kata kat sini sesuai untuk tenangkan diri dan merasai kedinginan air yang sedang mengalir terus-menerus..




..menghayati dengan penuh perasaan ketenangan suasana alam sekeliling dengan memejamkan mata sambil merasai air yang sedang mengalir...sungguh!!! sungguh tenang suasananya..memang nyaman sekali kedinginan airnya... hampir 3 jam kami di sana..



Selepas solat asar.. kami pun terus ke Kuala Perlis melihat suasana pantai..dan matahari terbenam..lihatlah..betapa indahnya ciptaan Allah...sungguh!!! saya terpana...saya terpesona dengan keindahan suasananya..



Selepas menikmati keindahan suasana senja.. kami tanpa berlengah terus menuju ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat maghrib... selepas bersolat, kami terus pulang..dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Restoran Yasmeen untuk makan malam... akhirnya dalam pukul 10 setengah baru saya sampai di rumah.. saya solat dan beradu..sungguh!!! saya cukup terasa tenang dan bersyukur akan segala nikmat yang Dia anugerahkan buat saya selama ini... Alhamdulillah...

0 bisik bicara untuk @NjaNG: