Wednesday, April 29, 2009

Manusia.. Selalu Tak Menilai Harga Dirinya..


Anjang bertandang lagi ke teratak ini kerana diri sudah terlalu sakit dalam memerhati gelagat manusia yang tak pernah menilai harga diri dan maruahnya... Ya.. Harga diri adalah merupakan modal insan dalam menakar keberadaan dirinya di hadapan Khaliq bukan manusia.

Namun ia juga dapat dinilai dengan cara manusia melihat, mencermin serta menilai dirinya. Harga diri juga dapat bermanfaat dan merugikan manusia sepertimana dia tonjolkan sehari-hari dalam hidupnya. Harga diri juga merupakan cara manusia menghargai dirinya dan orang lain. Harga diri disebut juga kehormatan diri. Nilai bagi manusia mencapai produktiviti di dalam kerjayanya. Harga diri menentukan manusia sama ada akan berjaya atau gagal di masa mendatang.

Apakah peranan harga diri ini di dalam menjalani kehidupan kita seharian?

Harga diri ditentukan oleh cara pandangan seseorang terhadap individu dari sudut nilai dan juga maruahnya. Banyak manusia yang salah tafsir dalam menilai harga diri seseorang individu. Misalnya menyandarkan harga diri pada kecantikan dan ketampanan fizikalnya, kekayaannya dan kecerdasan semata. Ironiknya adalah kerana seseorang itu hanya mempertahankan harga diri melalui sifat materialistiknya. Mereka rela melakukan pecah amanah dan apa jua demi mengaut kekayaan harta benda walaupun ia haram demi menjaga maruah dirinya tercemar diketahui orang.. tetapi sebenarnya dia sendiri tidak mengetahuinya yang maruah dirinya telah pun tercemar dek perbuatannya itu di awal-awal lagi.

Harga diri sebenarnya ialah cara pandangan seseorang melalui perilaku dan akhlak mulia yang senantiasa dijaga oleh seseorang insan itu dalam menjalani kehidupannya tanpa ada perlakuannya yang "tak sedap mata memandangnya". Harga diri didasarkan pada sistem nilai budayanya. Seseorang yang bermata duitan atau terpengaruh pada nilai materialistik cenderung mengeksploitasi harga dirinya ke arah pemujaan seks bebas dan berkelakuan "tidak senonoh".

Kecenderungan budayanya ini lebih memuja seks dan hiburan demi memuaskan nafsu serakahnya. Semakin dia menghargai kecantikan, maka semakin kuat dia menghukum orang-orang yang "tak berapa cantik" disekelilingnya. Bisnes hiburan pula menempati citarasanya dengan selalu membuatkan ada tawar-menawar dengan harga yang tinggi selalu menggairahkan dalam penampilannya di khalayak ramai telah menambah kacau-bilau dan krisis bangsa semakin berlarutan.

Kecantikan dan ketampanan fizikal merupakan satu dominasi cara pandang dunia hiburan, seperti dalam drama-drama television dan aski-aksi dalam filem pawagam. Filem-filem yang ditayangkan dengan menekankan pada gaya malah bentuk tubuh seksi mengiurkan tanpa memandang sudut agama dalam proses mempamerkannya di khalayak ramai. Pemanjangan atau pengulangan iklan-iklan filem tersebut selalu akan dikaitkan dengan aroma seks terhadap lawan jenis.

Lihatlah sahabat...

Orang yang selalu menyandarkan harga diri pada kecantikan fizikal, mereka ini selalunya mengejar kesempurnaan fizikal melalui beragam cara misalnya pembedahan plastik dan melalui ubat-ubatan kecantikan tubuh. Tidak memperdulikan tentang risiko dari harganya yang mahal. Malah mereka ini selalunya berkeadaan tidak pernah berpuas hati malah risau dengan fizikalnya yang kurang sempurna. Akibatnya, harga diri yang rendah inilah telah melahirkan satu sikap memperlekehkan orang yang buruk rupa, miskin dan bodoh disekelilingnya. Cara pandang harga diri mereka ini selalunya menghina orang yang disekeliling mereka secara berterusan dengan sikap angkuh dan ego. Lalu bagaimana harga diri yang benar?

Harga diri yang menuntun pandangan nilai, aksi dan konteks manusia menjalani hidup. Harga diri yang hakiki seperti sikap kejujuran, tanggungjawab, kebaikan hati, cinta kepada Tuhan dan sesama manusia adalah cara sebenar dalam menilai maksudnya kerana kebenaran dan pengabdiannya yang kuat kepada Tuhan.

Harga diri yang didasarkan pada nilai kejujuran akan mampu memberikan penerimaan yang tulus tentang keadaan dirinya, baik kemampuan mahupun kekurangan yang dimilikinya. Ini kerana setiap manusia memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dengan bercerminkan secara penuh kejujuran maka akan terpemerlah sikap kerelaannya untuk melihat dan menghargai apa-apa yang dimilikinya berdasarkan pengalaman masa lalu, sekarang dan mendatang.

...INGATLAH SAHABAT!!! JANGAN MUDAH MENGHUKUM HARGA DIRI SESEORANG. NILAILAH HARGA DIRI KITA TERLEBIH DAHULU.....!!!!!

0 bisik bicara untuk @NjaNG: