Monday, December 19, 2011

Tentang Tanggungjawab Lelaki


Tanggungjawab Seorang Ayah :

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan mereka solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya di akhirat kelak.




Tanggungjawab Seorang Suami :
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat atau di mana jua dengan memperhiaskan dirinya bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Apabila suami itu mendiamkan diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya di akhrat kelak.


Tanggungjawab Seorang Abang :
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita itu akan jatuh pula ke atas bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga mereka sahaja sedang adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM.... Tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


Tanggungjawab Seorang Anak :
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu tentang perihal kelakuan ibunya yang haram di sisi syari'at ISLAM, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di hari akhirat.. Nantikan tarikan ibunya di hari akhirat kelak. 

---------------------------------------------------------------

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan di dunia sahaja, malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. 
♦ Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar  kerana mereka akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak mengenai masalah wanita yang di bawah tanggungjawab mereka.

0 bisik bicara untuk @NjaNG: