Mantap Al-Qur'an Mudah Belajar Bahasa Arab..


Penggunaan Al-Quran sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajar ilmu Bahasa Arab terutamanya dari sudut Nahu (grammar) itu sendiri yang mana telah mendapat perhatian yang utama oleh para Nuhat (ahli-ahli Nahu) sejak zaman-berzaman di samping ianya merupakan mukjizat yang agung dan hidayah buat sekelian umat Nabi Muhammad S.A.W. Bermula daripada Abu Aswad ad-Duali yang telah menyahut seruan Saidina Ali Karramallahu Wajhah dalam meletakkan asas ilmu Nahu setelah beliau mendengar adanya Lahn (kesalahan dari segi Nahu) dalam pembacaan Al-Quran.

Sibawaih (180H) dalam bukunya ‘Al-Kitab’ juga menggunakan dalil ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah Nahu. Penggunaan dalil daripada ayat-ayat Al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu dipanggil dengan istilah “syahid Al-Quran”. Syahid Al-Quran yang pertama digunakan oleh Sibawaih di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang Kalimah iaitu tajuk pertama tentang ilmu Nahu.

Sekiranya dilihat pula Ibnu Hisham (761H), maka beliau juga menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah Nahu Bahasa Arab. Di dalam bukunya “Syarh Qatr An-Nada Wa Bal As-Sada” penggunaanya (syahid Al-Quran) yang pertama adalah dalam Bab Al-Kalimah apabila beliau membawa ayat Al-Quran sebagai dalil kepada Jumlah Mufidah.

Begitu juga Ibnu ‘Aqil (769H) yang juga tidak ketinggalan dalam menggunakan syahid Al-Quran ini di dalam menghuraikan kaedah-kaedah Nahu. Syahid Al-Quran yang pertama di dalam kitabnya “Syarh Ibnu ‘Aqil” ialah apabila beliau memperkatakan juga tentang Al-Kalam (iaitu al-kalimah).

Jikalau ada pihak yang mengatakan Ibnu Hisham dan Ibnu ‘Aqil kedua-duanya adalah “Syaarih” (orang yang melakukan huraian) kepada matan Ibnu Malik (al-fiah) yang bersifat “Nazam atau Syair” maka memang sepatutnyalah mereka menggunakan Al-Quran, maka kita lihat pula kepada ulama'-ulama' Nahu yang melakukan huraian kepada matan al-ajrumiyah (bukan syair) yang juga menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu.

Kita ambil contoh, As-Syeikh Muhammad Abd al-Bariy (1298H) yang telah menulis nota tentang matan berkenaan menggunakan syahid Al-Quran pada permulaan bab nahu lagi iaitu bab al-ikrab dan al-bina’ manakala as-syaarih bagi matan al-ajrumiyyah pula iaitu As-Syiekh Muhammad Ar-Ra’aini menggunakan syahid Al-Quran, dan syahidnya yang pertama datang dari bab Al-Kalam.

Sekiranya kita perhatikan ulama'-ulama' Nahu terdahulu, mereka sangat berpegang teguh dengan Al-Quran di dalam pengajaran mereka tentang kaedah-kaedah nahu. Sehinggakan pada permulaan bab lagi mereka telah menggunakan Al-Quran sebagai bukti atau dalil ketepatan kaedah yang dibawa.

Tetapi apabila kita merujuk kepada kitab-kitab pengajaran nahu yang ditulis oleh ulama'-ulama' kini, maka kita dapati sebahagian daripada mereka menggunakan Al-Quran dan sebahagian yang lain pula tidak menggunakan Al-Quran langsung di dalam menerangkan kaedah-kaedah nahu.

Di antara kitab-kitab nahu yang masih menggunakan Al-Quran sebagai bukti ketepatan kaedah nahu adalah seperti kitab ‘jami' ad-durus’ yang dikarang oleh Al-Ghalayini (1912), kitab ‘At-Tathbiq An-Nahwi’ karangan Dr. Abduh Ar-Rajihi (1988), dan juga kitab terbaru yang mengemukakan huraian (syarh) kepada Matan Al-Ajrumiyyah yang telah dilakukan oleh Muhammad Mahyuddin Abd Hamid yang dinamakan dengan ‘At-Tuhfatu As-Saniyyah’ juga tidak ketinggalan menggunakan syahid Al-Quran sebagai hujjah membuktikan ketepatan nahu Bahasa Arab.

Manakala kitab-kitab yang tidak menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu adalah seperti kitab ‘An-Nahwu Al-Waadhih’ tidak menggunakan syahid Al-Quran pada kedua-dua jilid (untuk marhalah ibtidaaiyyah dan thanawiyyah). Begitu juga buku-buku ringkasan Nahu Bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah juga tidak menggunakan syahid Al-Quran ini.

Kesimpulan daripada kajian yang sedikit ini (jika boleh dikatakan) bahawa terdapat kaitan yang jelas di antara menggunakan syahid Al-Quran dalam kaedah pengajaran Bahasa Arab dengan penguasaan ilmu Bahasa Arab itu sendiri di kalangan para pelajar. Maksudnya, kemungkinan kesukaran para pelajar dan kelemahan mereka menguasai ilmu Bahasa Arab kerana mereka kini telah jauh daripada Al-Quran itu sendiri yang mana suatu ketika dahulu telah didekatkan oleh guru mereka melalui kaedah penggunaan syahid Al-Quran.

Hal ini demikian adalah kerana terdapatnya kaitan rapat Al-Quran itu dengan Bahasa Arab yang diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tidak sempurnalah jari yang berada di tangan jika tidak mempunyai kuku dihujungnya tetapi hanya ada isinya sahaja dan begitu jugalah sebaliknya.

Jadi usaha untuk memantapkan kembali penguasaan Bahasa Arab di kalangan para pelajar adalah dengan kita di kalangan para pendidik mengembalikan mereka kepada kaedah sebagaimana yang telah diasaskan oleh ulama'-ulama' terdahulu, di antaranya adalah menggunakan Al-Quran di dalam pengajaran dan pembelajaran nahu Bahasa Arab itu sendiri.

Sesungguhnya mukjizat Al-Quran yang maha suci itu memungkinkan para pelajar mudah untuk memahami tentang kaedah-kaedah nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah kini. Mudah-mudahan usaha mengembalikan kehebatan Al-Quran di dalam hati anak-anak muda atau anak-anak didik bersama kaedah pengajaran nahu akan memantapkan kembali penguasaan nahu dan Bahasa Arab itu sendiri. Malah memberi impak yang baik untuk ISLAM pada masa hadapan dan generasi akan datang..khasnya buat anak-anak sahabat-sahabatku yang bakal lahir nanti dan anak-anakku jua nanti malah buat seluruh anak-anak kaum muslimin amnya...
Saya fikir.. anda fikir.. kita sama-sama fikir... jadi fikir-fikirkanlah!!!!

iLMu iTu SaNGaT PeNtiNG


Sejak akhir-akhir ini.. anjang semakin terasa betapa kerdilnya diri bilamana ilmu ditambah ke dalam dada, tak kiralah sama ada melalui kuliyah-kuliyah ataupun melalui pembacaan.. anjang dapat rasakan yang diri ini bukannya semakin hebat di hadapan manusia yang akan memuji-muji kita tapi semakin takut anjang dengan azab yang akan menanti sekiranya ilmu yang diperolehi itu tak dilaksanakan pada yang sepatutnya, tak dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, tak diamalkan dengan sepenuhnya.. kerana azab Allah yang pedih di negeri Akhirat kelak akan disediakan buat yang menyimpan ilmu dan tidak diamalkannya.

Perkara yang ingin anjang ketengahkan hari ini ialah berdasarkan sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :


" Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Muslim "
( Hadis Riwayat Ibnu Majah )

Daripada hadis yang lain Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang maksudnya :

" Kelebihan orang yang berilmu dengan orang yang beribadah ( tanpa ada ilmu di dadanya ) ialah seperti kelebihan cahaya bulan pada malam ke-14 dengan bintang-bintang yang lain "
( Hadis Riwayat Abu Daud )

Malah anjang tertarik dengan kesungguhan yang penuh ketegasan daripada kata-kata Saidina Umar Al-Khattab :

" Carilah ilmu sebelum menjadi pemimpin "

ILMU ALLAH itu tetap tidak akan habis ditulis dan dipelajari walaupun diambil air di lautan sebagai dakwat penanya. Buku dapat mengajar seseorang tentang hikmah dan kebijaksanaan tetapi tidak dapat menjelmakan orang yang bijak.Sebagai contoh mudah : katakan anda ingin belajar berenang..kemahiran berenang tidak dapat dipelajari melalui buku sahaja tetapi dapat dipelajari di dalam air.

Dengan kata lain, apabila seseorang inginkan sesuatu ilmu maka dia perlu berguru dengan orang yang 'alim, yang punyai kemahiran dengan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila ingin mendalami ilmu keagamaan.

Setiap daripada kita ingin memulakan perjalanan hidupnya menuju kejayaan tetapi berhati-hatilah dalam mengejarnya..lihatlah pada satu-satu kejayaan itu dan telitilah ia betul-betul..adakah ia benar-benar kejayaan yang kita cari atau sebaliknya? Yang penting di sini ialah, adakah kejayaan itu benar-benar hakiki dan berkekalan, yang boleh membantu kita terlepas daripada azab Tuhan. Lihatlah betapa ramainya manusia yang mengecapi kejayaan tetapi dia lupa kejayaan itu banyak menjerumuskan dirinya ke lembah kemaksiatan kepada Allah S.W.T. Wa na'uzubillah min zaalikalhal..

Jadi KUNCI KEJAYAAN MINDA ialah PUNCA KECEMERLANGAN PEMIKIRAN..
meneliti sama ada ia adalah kejayaan sebenar-benar yang kita cari dan Allah suka dan redhai..

Walaubagaimanapun, Al-Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad banyak mengungkapkan beberapa banyak ungkapan motivasi ..antaranya :

bersegeralah
berlumba-lumbalah
bersungguh-sungguhlah
bersabarlah
kuatkanlah kesabaranmu

Lihatlah, antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.

KELMARIN sudah pun berlalu,
HARI INI sedang berjalan dan
ESOK belum tiba.

Maka gunalah kesempatan HARI INI kerana kesempatan itu ialah HARTA YANG TERPENDAM.

Berjayanya Tindakan Seorang Mukmin itu apabila dia :
- tidak terlepas daripada akal yang sentiasa berfikir.
- pandangan yang sentiasa membina.
- lisan yang sentiasa berzikir.
- hati yang sentiasa bersyukur.
- bersungguh-sungguh untuk bersabar dalam bekerja.

Mereka yang berjaya dengan sebenar-benar kejayaan itu apabila :
- Diredhai Allah kerana keimanannya.
- Disayangi keluarga kerana kelembutannya.
- Dicintai manusia kerana akhlaknya.
- Dihormati masyarakat kerana manfaat yang diberikannya.

Kerana mereka adalah orang yang berjaya , yang selalu memelihara potensi dirinya dan potensi orang di sekelilingnya...mereka yang berjaya adalah mereka yang akalnya tidak tergugat dengan nafsunya. Kesabarannya tidak tergugat oleh kelemahan dirinya dan tidak terpedaya oleh hasutan serta tidak disibukkan oleh sesuatu yang tidak bermanfaat.

Tiada kejayaan SEMANIS MADU tanpa pengorbanan SEPAHIT HEMPEDU..
Kerana hebatnya sarang lebah itu bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan..
Mengalah tidak ada sama sekali di dalam kamus orang yang hebat.

Namun, burulah DARJAT KEMULIAAN di sisi Allah S.W.T. walaupun engkau terpaksa dihambat KEHINAAN di sisi manusia.. KEMULIAAN di sisi Allah akan merapatkan kamu dengan manusia, tetapi KEMULIAAN di sisi manusia akan menjauhkan diri kamu dengan Allah.

Lihatlah dan renungilah kata-kata Saidina Umar Al-Khattab :

" Jika aku tidur pada siang hari, urusan umatku tidak akan selesai. Jika aku tidur pada malam hari, urusan peribadiku pula tidak selesai "

Santunilah, Pelajari, Hayati dan Ambil iktibar daripada sifat-sifat para sahabat terdekat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu :

SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ memiliki kekayaan yang melimpah, namun beliau juga tampil menjadi khalifah dan pemimpin yang berwibawa dengan membawa keadilan, zuhud, ikhlas dan jujur.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB punyai semangat tinggi di sisi Allah, tegas di hadapan musuhnya, adil dalam menentukan hukum.

SAIDINA UTHMAN AL-AFFAN mempunyai peribadi yang lemah lembut, ahli dalam melaksanakan solat tahajjud dan gemar berinfaq. Beliau juga pemalu dan lembut hatinya.

SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH adalah seorang perwira yang perkasa, berani dan pemidato yang sangat hebat, yang mendalami ilmu agama. Malah Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada pernah bersabda yang maksudnya :

" Aku adalah gudang ilmu, maka Ali adalah kuncinya "

Lihatlah sahabat! Demi mendapatkan makanan, seekor semut akan berusaha naik beribu-ribu kali ke tempat yang tinggi dan seekor lebah akan terus pergi terbang jauh demi mendapatkan setitis madu.

Oleh itu berazamlah, selagi nyawa masih di badan maka selagi itulah kita harus menuntut ilmu. Harungilah sebarang ranjau di hadapan jika mahukan kejayaan yang hakiki.

Allah berfirman yang maksudnya :

" Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? "

Orang yang berusaha itu ibarat menanam pohon tumbuhan yang berbuah. Tumbuhan itu akan tumbuh bercambah dan berbuah. Ketika itu kita akan merasai nikmat dan kepuasan hasilnya.
Gunakanlah pancaindera kita dengan sebaik-baiknya kerana PANCAINDERA ialah ejen kepada kejayaan kita.

SEBAIK-BAIK LENGAN itu ialah lengan pekerja.
SEBAIK-BAIK KEPALA ialah kepala orang yang berfikir.
SEBAIK-BAIK MENGANTUK itu ialah orang yang bersolat tahajjud.
SEBAIK-BAIK KAKI ialah kaki yang melangkah ke hadapan.
SEBAIK-BAIK DARAH ialah darah para syuhada'.

Syair arab ada menyebut :

"Jangan katakan,
Umur masih muda remaja..
Masih banyak kesempatan..
Tetapi renunglah..
Ramai anak-anak kecil yang dikuburkan"

Tanamkan dalam diri..ilmu mesti dicari dan ditimba sebanyak mungkin malah hati pula yang penuh sarat dengan rasa keikhlasan dan mengharap mardhotillah akan dapat menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan usaha menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran dipandang Allah sebagai usaha memartabatkan ISLAM di mata dunia.

Ambillah daripada sabda Rasulullah S.A.W. ini yang maksudnya:

" Sampaikan daripadaku walaupun hanya sepotong ayat "
( hadis sohih, riwayat Al-Bukhari daripada Abdullah b. 'Amri b. Al-'Ash )

Wallahua'lam bissowab.


"percayalah, kita adalah juara..maka kekalkan kejuaraan kita itu"
"fokus itu salah satu kunci kejayaan"

"kita boleh bermain tapi jangan main-main"

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru


Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di Tahun 1432 Hijriyyah. Selepas solat Asar maka kita akan mula membuat persediaan untuk menjejakkan kaki ke Tahun Baru Hijrah 1433 dengan sama-sama membaca doa akhir tahun. Begitu jualah, selepas Maghrib nanti, bermulalah detik Tahun Baru Hijrah 1433 yang bakal membuka helaian demi helaian kitab amalan kita yang baru. Maka sepatutnya, jangan kita lupa memulakannya dengan doa awal tahun, agar diri kita terpelihara daripada maksiat angkara nafsu dan syaitan sepanjang Tahun Baru hijrah 1433 nanti. Masalahnya, adakah kita sedar ataupun masih alpa akan kehadiran Tahun Baru Hijrah 1433 ini?

Di sini, anjang ingin menarik perhatian sahabat semua dengan satu pertanyaan.. Apakah kita semua benar-benar menghayati erti kata sebenar HIJRAH itu? Fikir-fikirlah sendiri.. Lihat di masjid sahabat semua, ternyata sudah banyak program-program tertentu akan disusun demi mengisi sambutan ma'al hijrah ini bukan? Hari Jumaat baru-baru ini, masih tergiang-giang di telinga anjang perkataan Hijrah daripada mulut seorang Khatib yang anjang cukup sayang sepanjang hayat anjang. Beliau adalah Haji Daud bin Haji Yusoff, ayahanda anjang sendiri.. Beliau menasihati dirinya dan anak qariah agar memahami betapa pentingnya erti hijrah itu dan melaksanakannya dalam erti kata merubah diri kepada yang lebih baik sebagai hamba Allah. Malah berusaha untuk menjadikan diri, orang yang berilmu, orang yang belajar, orang yang mendengar akan ilmu jua nasihat serta orang yang cintakan ilmu..

Baiklah, anjang juga tak mahu terlepas pandang untuk menulis artikel pendek mengenai Hijrah diakhir-akhir tahun 1432 ini, demi memulakan penghayatan dan persediaan kita menempuh Tahun Baru Hijrah 1433 nanti..

Erti sebenar Hijrah dari segi bahasa adalah berpindah manakala dari segi istilah berpindah kepada yang baik dari yang buruk.

Namun, orang lebih memandang maksud bahasa dari maksud istilahnya.. Perjuangan hijrah tidak diterapkan ke dalam hati sanubari mereka yang hanya hidup berlatarkan pentas leka dan alpa yang terus hayut bermimpi dalam arus khayalan ciptaan mereka sendiri..

Apakah kita seperti mereka? Jadi, apakah pengisian kita pada tahun ini? Apakah seimbang hal dunia akhirat yang kita lakukan pada tahun 1432 ini? Apakah sudah memadai amalan kita pada 1432 untuk memartabatkan kita semua sebagai muslim sejati?Apakah semua yang dilakukan pada 1432 kerana Allah? Apakah semua yang dilakukan berdasarkan syariat atau pun melalui pemikiran liberal semata-mata?

Walaupun kali ini merupakan Hijrah ke-1433 tetapi masih kita sedar perilaku sesetengah golongan masih lagi bersikap dan berkelakuan seperti di zaman jahiliyah lagaknya.. Zaman di mana mereka bertindak menggunakan nafsu dan tidak berasaskan akal fikiran.

Walaupun Malaysia diisytihar sebagai negara Islam, tetapi pengisytiharan itu bagaikan tiada kesan sehingga sekarang. Masyarakat masih melakukan larangan Allah. Pihak tertentu telah banyak mengambil kesempatan atas kealpaan kita yang asyik terlena dibuai arus kemodenan yang dihidangkan dengan hiburan dan keseronokkan yang melampau..

Maka waspadalah dan ambillah iktibar dengan kita memahami erti sebenar hijrah yang perlu dan patut hadir dalam perubahan diri kita sebagai seorang individu yang bergelar muslim mukmin, tidak dapat lari daripada lima (5) aspek penting :

Pertama : Peningkatan iman kita kepada Allah Taala
Kedua : Peningkatan dari sudut ilmu agama
Ketiga : Peningkatan dari sudut amal kebaikan dan ibadah yang ikhlas
Keempat : Perubahan nafsu ke arah kebaikan iaitu nasfu yang muthma'innah
Kelima : Perubahan akhlak, peribadi muslim yang kamil.

Jangan jadikan diri umat Islam yang jumlahnya ramai pada hari ini hanya seumpama buih-buih di lautan, tidak dapat berbuat apa-apa dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh, sesuai dengan peringatan daripada hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Biarlah kita di antara umat Nabi Muhammad S.A.W yang masih punyai semangat pemuda-pemudi Islam terdahulu, yang mana mereka telah beriman dengan sebenar-benar iman. Bangunlah! Bangulah untuk berjihad di jalan Allah demi mengembalikan keagungan Islam dipersada dunia.

Dalam konteks yang lebih luas lagi, hijrah kita sekarang lebih membawa erti berpindah daripada kejahiliahan Barat kepada keIslaman yang sebenar, daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kesesatan kepada hidayah, daripada kekufuran nikmat kepada keimanan hakiki, daripada syirik kepada tauhid, daripada kebatilan kepada kebenaran, daripada kejahilan kepada keilmuan, dari pada kepalsuan kepada kebenaran, daripada kehinaan kepada kemuliaan, dan daripada kemungkaran kepada kema'rufan. Dengan kata lain, aspek hijrah yang penting ialah yang berasaskan ilmu agama yang mantap dan telus (ikhlas) semata-mata kerana Allah Taala.

"Maksud daripada sebuah hadis baginda S.A.W : Dari ‘Aisyah, beliau berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :Tidak ada hijrah setelah penaklukan kota Mekkah, akan tetapi hijrah dari sudut jihad dan niat, dan jika kalian diminta untuk pergi berjihad maka pergilah"
[Dikeluarkan oleh al-Bukhari No. 2783 kitab al-Jihad wa as-siyar dan Muslim No. 1864 , kitab al-Imaarah]

Masih ingatkah lagi bagi sahabat-sahabat yang menjadikan Forum Perdana Ehwal Islam dan Semanis Kurma sebagai rancangan yang mesti diikuti dan ditontoni.. Anjang ada mengutip beberapa butir nasihat di dalamnya :

1. Jadikan diri kita sebagai generasi yang celik Al-Qur'an dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.
2. Menghayati sirah Rasulullah dan menjaga lidah serta mempamerkan akhlak yang mulia.
3. Mempertingkatkan amal ibadah khususnya amalan qiamullail (bangun malam).
4. Tunduk pada titah perintah Allah dalam segenap amal perbuatan seharian.
5. Cerdas dan cergas dalam merubah diri ke arah kebaikan.
6. Fikir yang positif dengan melaksanakan apa yang dikata serta lakukan apa yang baik.
7. Mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu daripada ingin merubah sikap orang lain.

"Ingatlah.. Jika kita ada masa untuk Allah sudah pastinya Allah akan ada masa untuk bersama kita"

Renung-renungkanlah bersama demi HIJRAH kita ke arah yang TERBAIK!

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433


Salam Ma'al Hijrah buat semua sahabat-sahabatku yang dikasihi..
Pada hari Ahad minggu hadapan bersamaan 27 November 2011 maka bermulalah detik Tahun Baru Hijrah 1433, di mana akan membuka lembaran-lembaran amalan yang baru dan menutup lembaran-lembaran amalan yang lama..

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat daripada MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM sampailah ke saat ini.. Apakah pula azam kita pada Tahun Baru Hijrah 1433? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun, marilah sama-sama kita ingat- mengingati agar kita tidak lagi alpa, lupa dan leka pada suatu perkara yang dapat menambah kebaikan dalam amalan kita.

PENGERTIAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING :
~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
~ 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan Alam.
~ Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam.
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Akhir Tahun ialah :



Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah! Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalaianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau redhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas Solat Maghrib (waktu maghrib) pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa Awal Tahun ialah :



Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Amalan-Amalan Sunat :
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam seperti :-

~ Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

Semoga dapat kita berkongsi kepada semua. InsyaAllah.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.

Ghuraba Lyrics


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
-------------------------------------------------


إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

The Prophet SAW said:
"Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"

Pengertian Usul Fiqh


Usul Fiqh dilihat dari nama dan laqob (gelarannya) untuk suatu cabang ilmu yang dikenali dan boleh kita ertikan bahawasanya Usul Fiqh adalah suatu cabang ilmu yang membahaskan dalil-dalil fiqh secara umum dan cara bagaimana mengambil faedah dari dalil tersebut malah Usul Fiqh juga membahas keadaan orang yang mengambil faedah tadi.[1]

Dalam pengertian di atas mengandungi 3 perbahasan dari perbahasan-perbahasan ilmu Usul yang empat (4) iaitu:

  1. Dalil Fiqh Yang Umum” iaitu dalil-dalil yang ada dalam syariat yang disepakati dan
  2. Cara bagaimana mengambil faedah dari dari umum tersebut” yakni menetapkan hukum-hukum syariat dari dalil-dalil syariat, maksudnya adalah cara-cara mengambil dalil. Misalnya dalil yang bersifat umum dan yang berupa larangan, yang masih umum atau khusus, yang mutlak atau muqayad (ada pengikatnya), menyeluruh dan yang dijelaskan.
  3. “Keadaan orang yang berdalil" iaitu ahlul ijtihad. Termasuk dalam perbahasan ini, perbahasan tentang pertentangan 2 dalil dan juga cara merojihkan dalil tersebut dan juga perbahasan fatwa kerana ini di antara pengkhususan ahlul ijtihad dan juga termasuk di dalamnya perbahasan tentang taklid kerana orang bertaklid itu mengikuti ahlul ijtihad.

Satu perbahasan dalam ilmu usul yang tidak tercangkup dalam pengertian di atas iaitu perbahasan tentang HUKUM-HUKUM" kerana perbahasan Usul Fiqh adalah perbahasan tentang Dalil-Dalil. Sehingga perbahasan hukum dengan tinjauan ini dianggap sebagai pendahuluan dari pendahuluan ilmu Usul Fiqh yang tidak masuk dalam perbahasan Usul Fiqh.

Bagaimanapun, perbahasan ilmu ini ada empat (4) iaitu Dalil-Dalil, Cara Berdalil, Ahlul Ijtihad dan Hukum-Hukum. Jika diperhatikan kita akan mendapati pembahasan hukum itu di antara perbahasan-perbahasan yang ada dalam ilmu ini. Sama saja disebutkan dalam pengertian untuk Usul Fiqh tersebut atau tidak disebutkan. Ia sama sahaja dianggap perbahasan untuk ilmu usul ini atau tidak.

Pengertian Usul Fiqh pula ditinjau dari susunan katanya pengertian mencakupi kata “Usul” dan kata “Fiqh”.

Kata Usul (اصول) di dalam Bahasa Arab diambil dari kata tunggalnya “Asal” (اصل)

Malah pengertian secara bahasa pula adalah sesuatu yang menjadi sandaran yang lain[2]. Menurut istilah digunakan secara umum pengertianya adalah Dalil. semisal ucapan kita “Asal dari permasalahan ini adalah kitab (al Qur’an) dan as-Sunnah maksudnya adalah dalil dari perbahasan ini adalah al-Qur’an dan as-Sunnah. Walaupun terkadang digunakan dengan makna yang lain, hanya saja dalam usul fiqh yang digunakan asal yang bermakna Dalil [3].

Adapun kata Fiqh secara bahasa bermakna pemahaman dan digunakan dengan makna ilmu dan kepandaian [4]. Secara istilah adalah suatu ilmu membahaskan tentang hukum-hakam syariat yang berkaitan dengan amal yang diperoleh dari dalil-dalil yang terperinci [5].

[Kitab Ma’alim Usul Fiqh]

Penterjemah : Abu Ahmad al Astary al Maidany


[1] .lihat : kitab Qowaidul Usus:21 dan Syarah Kaukib Munir:1/44

[2] .lihat kitab Misbah Munir:16

[3] .lihat kitab Syarah Kaukib Munir:1/39.

[4] .lihat Kitab Mujmal Lughah:2/703, Kitab Asas Balaghah:346, Lisanul Arab:13/522-523, Masobih Munir:479, Mu’jam Wasit:2/698 dan untuk tambahan lihat pembahasan tentang pengertian Fiqh oleh Doktor Umar Abdul Aziz. Dhomnu Majlatil Buhus Fiqhiyyah Al-Mu’asyirah. Bahagian pertama:155-157.

[5] .lihat Mukhtasor Ibnu Lahm:31, Syarah Kaukib Munir:1/41, al-Madhol ila Mazhabil Imami Ahmad:57.

Persediaan Sesi 2011/2012 : Madah Usul Fiqh

Pengertian Ilmu Usul al-Fiqh

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan Bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh Zaman Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Zaman Sahabat

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana:
penguasaan bahasa Arab yang baik;

mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis;
mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias. inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.

Zaman Tabi'in

Pada zaman ini, cara ulama' mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatana Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebeum berijtihad.

Oleh sebab itu, idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu. Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in seperti Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha'i.

Zaman Kemunculan Ilmu Usul al-Fiqh

Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.

Pengasas Ilmu Usul al-Fiqh

Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie. Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Skop Perbahasan Ilmu Usul al-Fiqh

Antara skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah:

Dalil-dalil syarak: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati.
Dilalah (دلالة): merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
Ta'arudh dan Tarjih (تعارض وترجيح): perbahasan tantang percanggahan antara dalil-dalil serta Jalan jalan penyelesaiannya.
Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
Hukum-hukum Kulli: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad'ie.

Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh

Rencana Utama: Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh

Selepas al-Imam as-Syafie, terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu Usul al-Fiqh. Cara penulisan mereka dibahagikan kepada dua: Tariqah al-Mutakallimin dan Tariqah al-Ahnaf.


Bibliografi

1. Muhammad bin Ariffin, Muhammad Zaini bin Yahya, Afandi bin Sahi, 2004. Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Mohammad Hashim Kamali, 1999. Principles of Islamic Jurisprudence (Second Revised Edition). Selangor Darul Ehsan: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd

Dapat Anak Saudara Baru :)

Tahniah Buat Abang Tarmizi dan Kak Zu..!