Sunday, March 11, 2012

INSANIAH BERHASRAT TUBUH PALAPES


INSANIAH, 9 Mac – Selaras dengan pembukaan kampus induk Kolej Universiti INSANIAH di Kuala Ketil yang dijangka pada tahun hadapan, INSANIAH berhasrat menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES. 

Pengarah Pusat Kokurikulum INSANIAH, Ust. Mohammad Hadi Zahalan berkata, cadangan berkenaan telah dipersetujui dan disambut baik oleh Timbalan Komanden Rejimen 513 Askar Wataniah, Lt. Kol. Mohammad Jiwa Saadan. 

Terdahulu, lawatan Lt. Kol. Mohammad Jiwa ke INSANIAH ke majlis perbarisan dan perjumpaan bersama Askar Wataniah INSANIAH dan 52 pelajar kursus berkenaan disambut Ust. Mohammad Hadi, Penolong Pegawai Pemerintah Askar Wataniah, Lt. Kol. Zainal Abidin dan dua Pegawai Pemantau Kursus Kokurikulum Askar Wataniah. 

Pada pertemuan itu beberapa perkara turut dibincangkan antaranya kerjasama Rejimen 513 Askar Wataniah dan pusat kokurikulum INSANIAH khususnya bagi memantapkan pengurusan Kursus Askar Wataniah di INSANIAH.

0 bisik bicara untuk @NjaNG: