Wednesday, May 16, 2012

14 Barisan Kepimpinan PERINTIS Terima Watikah

INSANIAH, 14 Mei – Seramai 14 barisan kepimpinan Kulliyyah Pusat Pengajian Asasi (PERINTIS) Kolej Universiti INSANIAH bagi sesi 2012/ 2013 menerima watikah lantikan masing-masing pada Majlis Pelancaran dan Perasmian PERINTIS yang diadakah di Dewan Santapan pagi ini.

Majlis disempurnakan Dekan Pusat Pengajian Asasi, Prof. Madya Dr. Faridah Abu Hassan Asaari, disaksikan Penasihat Am Persatuan Pelajar Asasi, Encik Ahmad Fahrizal Asmy Mohamed Yunus dan Timbalan Dekan Jabatan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Ahmad Ubaidillah Abdullah. Hadir sama barisan tenaga pengajar Pusat Pengajian Asasi.

Terdahulu dalam ucapannya, Prof. Madya Dr. Faridah mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan yang dilantik dan berharap mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin selain menjadi medium perantara antara pelajar dan juga pensyarah.

Beliau pada masa sama juga meminta setiap pelajar Pusat Pengajian Asasi belajar bersungguh-sungguh dan memberi komitmen 100 peratus bagi mendapat keputusan cemerlang sekaligus membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke program ijazah.

Selain itu beliau turut memberi peringatan khususnya kepada pelajar kulliyyah Asasi Pendidikan Islam agar memantapkan penguasaan Bahasa Arab yang menjadi teras kepada pembelajaran mereka apabila meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Ia juga selaras hasrat INSANIAH melahirkan mahasiswa yang fasih bertutur dalam Bahasa Arab.

0 bisik bicara untuk @NjaNG: