Thursday, October 6, 2016

KULLIYYAH BAHASA ARAB


Objektif Umum 


 Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia dan menawarkan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama' berilmu, beramal dan bertaqwa. Program Kulliyyah Bahasa Arab ini diharap dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam khususnya dalam bidang kesusasteraaan arab, penggunaan bahasa dan kaedah-kaedahnya. 

Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan islam, pengurus, pentadbir usahawan yang efisien selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.


Program


0 bisik bicara untuk @NjaNG: