Friday, August 6, 2010

Ramadhan Kedatanganmu Dinanti


Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik.. kita dah berada di penghujung bulan Sya'aban. Lepas Sya'aban, Ramadhan. Tak payah cakap pun, sebab semua orang tentunya dah tahu... bulan Ramadhan kita wajib berpuasa. Bulan puasa adalah bulan yang amat istimewa . Cuba kita selami apa pesan Rasulullah S.A.W. dalam khutbahnya di akhir bulan Sya'aban :

"Daripada Salman Al-Farisi r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya'aban.. : "Wahai manusia ! Telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasanya wajib dan qiamullailnya sunnah. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan kebaikan maka seperti dia mendekatkan diri dengankefarduan di bulan yang lain.

Oleh itu, maka sematkanlah azam di hati masing-masing untuk mencantikkan dan menyempurnakan amalan fardu yang wajib disusuli dengan amalan sunat dalam bulan Ramadhan. Semoga berjaya mencapai keredhaan dan maghfirah-Nya... Amin...

0 bisik bicara untuk @NjaNG: