Rindu Ramadhan

Lagu/lirik/susunan muzik : Abd Halim Ahmad
2009 Copyright by Neurotic Studio


Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan...

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
Ramadhan Ya Ramadhan

Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran
Ramadhan Ya Ramadhan


*Lagu bersempena menyambut kehadiran Ramadhan Kareem ini, insya-Allah akan dinyanyikan pada konsert 20hb Ogos di KUIN, Kedah Darul Aman nanti bersama artis-artis Nasyeed Underground yang lain.

0 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud: