Jerebu Kasih


Ahad 7 Ogos 2005

Rindu itu adalah…
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu…

Ahhh…!!
Benarkah sakitnya rindu? Walaupun dengan hanya lima huruf… keperitannya dapat dirasai ke pelusuk hati nularinya…Aishah tak tahu kenapa dia begitu lemah sehinggakan mengharapkan pada sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya…

Rindunya ikhlas dan suci..
Ahhhh…Aishah malu mengakui perasaannya itu..Akhirnya Aishah menangis sendirian mengisi ruang-ruang biliknya di Blok A 2.2 Mahallah Sumaiyyah...

Walau bagaimanapun, Aishah cuba menggagahi diri untuk bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai saja mandi dan berwudu’, dia terus mengapai al-Qur’an pemberian arwah neneknya di atas meja comelnya, dijaganya dengan begitu rapi dan selalu dia membacanya sementara menunggu azan magrib bergema dari masjid UIA..

Allahuakbar...
Allaaaaaaahuakbar...
Allaaaaaahuakbar...
Allaaaaaaaaaaahuakbar...

Aishah terus menutup kembali al-Qur’an kecil itu..diletaknya kembali di atas mejanya..Dibetul2kan kain telekungnya, lalu dia pun mengangkat takbir dan meneruskan solat Magrib... Rindu hatinya yang tak mampu ditahannya itu, kini sudah terubat dengan mengharapkan “Cinta Hakiki” dari Ilahi.

Tok... tok... tok... terdengar ketukan itu datang dari pintu biliknya..

“Aishah ... enti dah solat ker?”, terdengar suara Rafidah dari luar.

“Iyer... ana dah solat... ada apa,Fidah?”, Aishah menjawab dan terus membuka pintu biliknya itu.

“Kalau dah solat tu... elok kalau kita makan sekali kat kantin yer..”, aju Rafidah dengan nada mengajak.

“Ok jer...”.

Selesai makan malam, Aishah terus ke biliknya.. maklumlah cuaca sekarang ni kurang memberangsangkan... jerebu semakin kuat nampaknya hari ini.. dadanya pun rasa sakit dan pedih.. pening pun diterimanya.. itulah.. banyak sangat benda-benda maksiat ni.. dengan nabi palsunya, dengan rasul untuk orang melayunya la.. lagi-lagi masalah hiburan.. tah.. macam-macam lagi.. apa tidaknya Tuhan mendatangkan jerebu yang sebegini... itu pun masih ramai yang tak sedar diri lagi... dunia.. dunia...

Aishah melangkah masuk ke biliknya.. terus saja dibuka loker almarinya.. kemudian tergerak pula hatinya untuk melihat telefon bimbit comelnya itu.. eh! ada mesej rupanya... satu ‘sms’ daripada pengirim yang amat-amat dikenalinya..

[ Assalamualaikum Nur, kaifa hal? Maaf lama tak kirim berita.. ana bz skit sekarang ni.. maklum la banyak kena prepare tuk "convo" ni ,ana minta maaf ya, Nur... tolong reply sms ni, plz ]

Aishah terkejut menerima sms daripada Rizal tu, sudah empat bulan Rizal tak menghantar apa-apa mesej kepadanya dan selama itu juga dia menjadi seorang perindu. Ahh..!! Aishah berperang dengan perasaannya, sama ada ingin membalasnya atau membiarkan saja.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan lagi satu mesej baru...

[ plz Nur.. tolong reply.. maafkan ana.. memang salah ana.. plz reply! ]

Selang beberapa minit selepas itu Rizal menelefonnya, tapi sengaja dibiarkan telefon itu terus berdering...

“Hai! Awat yang enti tak angkat tepon tu?”, marah Amirah, kawan sebiliknya kerana bunyi itu mengganggu waktu belajarnya. Hari Isnin ini dia ada kuiz.

“Biarkan jer..”, ujar Aishah acuh tak acuh. Rasanya dah masuk lima kali ia berbunyi tapi Aishah tetap membiarkan ia berdering.

“Senang-senang enti ‘off’ jer tepon tu..”, ujar Rafidah memberi cadangan.

“Penat nanti, dia berhentila...”, tambah Aishah tanpa mempedulikan cadangan kawan karibnya itu.

“Ana nak tidur awal malam ni... so, jangan sapa2 buat kacau pulak yer”, ujar Amirah sambil mata menjeling kepada Aishah sebaik saja mereka bertiga selesai menunaikan solat Isya’. Aishah tersenyum. Perli la tu..

Masing-masing ke bilik untuk merehatkan badan.

Sewaktu berseorangan, Aishah kembali teringat kepada tuan pemberi sms tadi.. Mohd Rizal Hakimi... hanya semester 2 yang lepas dia mengenali pemuda itu.. walaupun masa yang singkat cinta mereka tetap bersemi setiap hari.. namun ramai yang tak tahu tentang hubungan mereka berdua.. mungkin sebab mereka jarang berhubung.. dalam tempoh 4 bulan kebelakangan inilah Aishah telah membuat pelbagai andaian. Ada yang positif dan ada yang negetif. Akhirnya dia tekad untuk terus menyepi dan berdiam diri..

Sehinggalah hari ini Rizal mula menghantar kembali ‘SMS’nya, mungkin disebabkan jerebu agaknya.. dia dah tak sibuk sangat dengan meetingnya itu... tapi wajarkah dia mendiamkan diri? Atau perlu bertindak balas? Aishah akhirnya terlelap bersama soalan-soalan itu..

* * * * * *

Khamis, 11 Ogos 2005

Awal pagi itu Aishah tersedar apabila terdengar deringan telefon bimbitnya dan bila di amati, ianya dari Rizal Hakimi. Kemudian dia menerima satu sms berbunyi :

[ Assalamualaikum Nur, selamat pagi.. Rahsia kecemerlangan tamadun silam : Pakar Islam membina kekuatan diri bermula dengan solat di awal subuh hari. Dimulai dengan solat sunat dan membaca al-Qur’an. Mari sambut cabaran ini tuk bina kekuatan diri..]

Errrmmmm.... dah pukul 5:00 pagi rupanya.. terima kasih Rizal, getus hati Aishah. Memang benar ia menjadi kekuatan kepada dirinya..Setiap hari dilaluinya dengan penuh semangat dan azam.

Biarlah.. biarlah Rizal terus menghantar sms.Aishah tetap tak membalasnya. Dia seakan-akan memprotes segala tindakan Rizal selama ini kerana membiarkan dia dilamun rindu sendirian. Sudah hampir seminggu Rizal menghantar sms kepadanya, sejak hari Ahad yang lalu... mengajak bertahajjud tapi Aishah tetap mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa mesej kepada Rizal untuk melihat selama mana Rizal mampu bertahan.

* * * * * *

Jumaat, 12 Ogos 2005

Hari ini UIA diisytihar cuti kerana keadaan jerebu semakin teruk.. ramai yang demam dan batuk.Di bilik A2.2 Sumaiyyah terdengar perbualan dua orang sahabat karib yang sememangnya kelihatan berdua ke mana saja mereka pergi,ke kelas atau ke perpustakaan.. Aishah dan Rafidah.

“So, enti nak balik rumah la malam ni, Aishah?”, tanya Rafidah kepada Aishah.
“Ermm.. macam tu la Fidah...”, tegas Aishah bersungguh.
“Balik nak aturkan tarikh perkahwinan ker?”, gurau Rafidah bersahaja.
“Eleh...Enti nie..ada-ada je la.. tapi kalau kawin pun apa salahnya kan?”, jawab Aishah sambil mecebik bibir.Akhirnya, mereka sama-sama ketawa.

* * * * * *

Perjalanan menaiki bas selama lima jam terasa singkat apabila teringatkan keadaan kampung halamannya. Rindu untuk bertemu mak dan ayahnya di kampung. Suasana kampung dapat dirasainya. Lebih aman jika tinggal di kampung dari terus tinggal di bandar yang penuh dengan pencemaran dan maksiat.

* * * * * *

7:30 pagi, Sabtu 13 Ogos 2005

Sesampainya Aishah di rumahnya, terlihat sebuah kereta pacuan empat roda di sebelah kereta ayahnya.

“Takkan ayah beli kereta baru kot?”, getus hati kecilnya.

Belum sempat dia memberi salam, ibunya dah muncul membuka pintu.. rupa-rupanya ibunya dah dengar bunyi tapak kakinya memasuki pengkarangan rumahnya. Aishah terus bersalaman dengan ibu dan ayahnya.

“Kamu ni memang langkah kanan la Aishah...”, kata emaknya.

“Kami baru selesai menghidang...” kata emaknya berjalan memeluknya sambil melangkah bersama-sama pergi ke ruang dapur rumahnya.

“Ya Allah.. Banyaknya lauk.... semuanya kegemaran Aishah...Nampaknya semakin sihatla Aishah selepas ni..”, kata Aishah sambil tersengih-sengih memandang ibunya.

“Aishah.. kita ada tetamu hari ni.... mai ajak diorang makan sekali”, laung ayahnya dari ruang tamu rumahnya.

Ermm.. patutla ada kereta tepi kereta ayah, getus hatinya..tapi kereta sapa pula???Rasa begitu berdebar-debar pula hatinya ketika itu.Aishah terus melangkah ke ruang tamu.Aaa..Rizal!! Terkejut dia ketika itu.Aishah tak menyangka sama sekali Rizal yang datang.Dia bawa ayah dan mak dia sekali??? Hati Aishah terus berdebar kencang bak gong yang dipukul. Rizal tersenyum bila melihatnya.’Mimpi apa dia datang ke sini?? Tanya hati Aishah.

“Jemput makan pakcik, makcik...errr.. Rizal..” Aishah mempelawa makan walaupun rasa berat sekali mulutnya untuk mengungkapkan kata-kata itu.

“Aishah..lepas ni mak dan ayah ada perkara nak di bincangkan dengan kamu..” kata ayahnya.

* * * * * *

Selesai makan, Rizal sama-sama menolong Aishah mengemas meja makan.Tiada sepatah pun kata-kata yang terkeluar dari mulut Aishah ketika itu. Tangannya sibuk membasuh pinggan dan Rizal pula mengelap meja makan. ‘Tunjuk rajin konon’ getus hati Aishah sendirian.

“Enti masih marah lagi pada ana, Nur?”, terpancul pertanyaan Rizal secara tiba-tiba. Hampir terlepas saja pinggan ditangan Aishah kerana terkejut dengan teguran dari Rizal itu.

“Enta pi la kat depan bersembang dengan ayah ana.. ana ni pun dah nak siap dah membasuh..”, Aishah menyuruh Rizal kerana kurang senang pula bila diperhatikan semasa dia membasuh. Gementar kot atau pun nak mengelak dari ditanya oleh Rizal lagi.

* * * * * *

“Kami semua dah pun berbincang...mak dan ayah dah setuju...tinggal keputusan dari kamu saja, Aishah..” kata emak sebaik saja Aishah mula duduk ditepinya.

"Eh? Setuju apa pula ni ayah,mak?", tanya Aishah.

“Hakimi ada cerita hubungan kamu berdua di kampus selama ni.. kami pun dah setuju nak buat kenduri kamu berdua lepas raya puasa ni..” terang ayah.

“Mak,ayah.. Aishah nak minta izin bercakap dengan Rizal sebentar..”, minta Aishah sambil memandang wajah Rizal. Rizal tersenyum-senyum malu tapi Aishah tak mampu untuk membalasnya kerana banyak perkara yang sedang difikirnya ketika itu. Aishah terus mengajak Rizal keluar rumah.

“Apa yang enta dah buat ni,Rizal? Dah la kita baru saja berkawan, baru satu sem dan sem 3 pula enta menghilang diri, nak bertanya khabar ana pun tak.. ikut suka hati enta pula nak muncul bila-bila..tup..tup.. muncul terus datang meminang ana..enta ingat ana ni sapa? Tak der perasaan langsung..”, serang Aishah bertubi-tubi.

“Aishah.. maafkan ana.. ana bukan sengaja menghilangkan diri.. ada banyak masalah masa ana di sem 3 lepas, ana kena prepare tuk convest yang nak mai dua tiga hari lagi ni..tolong la faham, Aishah.. jadi, inilah bukti kesungguhan ana terhadap hubungan kita, Aishah.. hati ana telah memaksa untuk berjumpa mak dan ayah enti, Aishah...harap enti faham.. perasaan ana tetap macam dulu.. percayalah. Ana ikhlas ingin memperisterikan enti.. terimalah lamaran ana ni..”, jelas Rizal dengan panjang lebar dengan nada merayu.

Akhirnya, Aishah memandang wajah Rizal dan terus tersenyum. Rizal terpinga-pinga apabila Aishah meninggalkannya dan terus masuk ke dalam rumah. Kemudian Rizal menyusuli langkah Aishah masuk ke ruang tamu.

“Pakcik, makcik.. saya minta diri dulu...insya-Allah, esok kami datang lagi untuk bicang dengan lebih lanjut, lagi pun rumah saya tak jauh sangat..”, kata Rizal sambil bersalaman dengan ayah Aishah dan memandang Aishah yang tersenyum-senyum sejak dari tadi.

“Terima kasih , Aishah.. jaga diri elok-elok..”, pesan Rizal sebelum bertolak.

Ermmm.. betul apa yang diguraukan oleh Rafidah sebelum dia balik ke kampung, masin betul mulutnya itu.

Alhamdulillah, rindunya selama ini dah terjawab dengan kedatangan Rizal ke rumahnya untuk meminangnya.. Aishah benar-benar bersyukur kepada Allah. Bersangka baiklah dengan Allah, nescaya ianya seperti apa yang kamu sangkakan.

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya..”

(Surah Al-Baqarah : 216 )

0 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud: