7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan


Pokok yang sihat berpunca daripada akar yang kuat dan mendapat sinaran mentari serta curahan air hujan yang secukupnya. Akar yang kuat dapat menyokong pokok agar tidak mudah tumbang di tiup angin kencang.

Inilah analogi untuk sesebuah organisasi. Apabila individu di peringkat akar umbi berilmu , ber-etika, bertoleransi, berakhlak yang tinggi, dan mempunyai budaya kerja yang cemerlang, hasilnya pastilah suatu organisasi yang kukuh dan berjaya, yang tidak mampu di goyah oleh apa jua perubahan dalam persaingan global hari ini.
Anda mahukan individu yang;

Cemerlang – di peringkat personal?
Gemilang – di peringkat jabatan?
Terbilang
– di peringkat nasional?

Boleh, jika anda mula melakukan transformasi ke atas cara setiap individu mengendalikan kehidupan mereka. Budaya program 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan® ini mampu membantu anda mencapai ketiga-tiga objektif di atas.

MENGENAI PROGRAM:

Program 7 Tabiat memberi tumpuan kepada prinsip yang memandu kehidupan seharian kita – baik dari segi personal, interpersonal mahupun pengurusan dan organisasi. Prinsip ini boleh diaplikasikan pada bila-bila masa dan tidak terbatas dari segi geografi, sosio ekonomi mahupun jenis industri.

Di peringkat personal, bengkel ini menanamkan nilai-nilai kejujuran dan kemuliaan. Ini akan memberi ruang ke arah saling mempercayai sesama individu dan semangat kerjasama akan menular dangan cara spontan. Ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga keluarga dan organisasi. Semangat saling mempercayai ini memudahkan inisiatif seperti pemberian mandat / perwakilan kuasa (empowerment) untuk dipratikkan di peringkat pengurusan. Organisasi perlu berganding bahu melahirkan individu yang berwawasan , berani serta bersemangat untuk menangani masaalah.

Dr Stephen Covey pernah mengatakan untuk mencapai hasil yang berlipat ganda, kita harus mengubah cara pemikiran kita pada dasarnya tentang sumber manusia. Mereka adalah asset yang paling bernilai bagi sesebuah organisasi. Program 7 Tabiat ini merupakan satu-satunya program yang menegakkan ciri-ciri yang dapat meningkatkan keberkesanan inidividu serta juga organisasi. Ia berlandaskan prinsip semulajadi dan boleh dipraktikkan oleh semua golongan.

Program 7 Tabiat bukanlah sekadar satu “acara” (event) yang memberi motivasi, menghibur dan kemudian dilupai dalam masa yang singkat. Program ini merupakan suatu proses yang memberi inspirasi yang dapat membawa perubahan positif untuk SEUMUR HIDUP

Program 7 Tabiat ini akan menjadi pemangkin kepada inisiatif-inisiatif lain untuk mempertingkatkan lagi keberkesanannya.

Tabiat 1 – 3 akan membantu peserta menanjak dari tahap pergantungan ke tahap kebebasan. Ia dapat membina akhlak dan peribadi yang lebih baik dan kuat ke arah Kemenangan Peribadi. Ini bagaikan akar pokok yang akan menyokong pokok agar tidak tumbang apabila di tiup angin kencang.

Tabiat 4 – 6 akan membantu peserta menganjak paradigma dari tahap kebebasan ke tahap saling pergantungan bagi mencapai Kemenangan Umum. Ini membolehkan peserta mendapat faedah bersama dalam perhubungan dengan orang lain.

Tabiat 7 bagaikan hujan dan matahari yang memberi tenaga kepada pokok untuk terus hidup dengan subur.

MANFAAT PROGRAM:
-Mengimbangkan semua aspek kehidupan anda (karier dan keluarga)
• Menggantikan perasaan kelesuan minda (burnt-out) dengan tahap kepuasan pencapaian yang tinggi
• Meningkatkan kepercayaan (diri)
• Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja anda
• Menguruskan masa dengan lebih berkesan
• Menjadikan anda seorang yang lebih berpengaruh apabila anda mengetahui erti/makna diri anda yang sebenarnya.
• Mewujudkan satu budaya kerja kearah mencapai visi dan misi
• Mewujudkan etika kerja, minda dan sikap yang positif serta keluhuran daya kepimpinan.
• Menjurus kepada CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG

Anda akan dapati mereka yang telah menghadiri program ini lebih berkeyakinan dan berketrampilan serta menyenangi persekitaran pekerjaan mereka , peningkatan dalam produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Sesungguhnya, anda perlu menghadiri program ini untuk merasai keberkesanannya.

APLIKASI BUDAYA 7 TABIAT DALAM BEBERAPA OBJEKTIF KMK.

Program Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) di sektor awam diwujudkan berlandaskan pengurusan yang bersifat kemanusiaan dan menggalakkan penyertaan setiap individu didalam organisasi. Ini adalah satu manifestasi tentang kepentingan sumber manusia bagi sesebuah organisasi.

Melalui program 7 Tabiat, anda akan dapati cara untuk memenuhi objektif KMK dengan menggunakan salah satu atau gabungan beberapa daripada 7 Tabiat berkenaan.

Contohnya :
1. Pembangunan Diri:.Tabiat 1, 2, 3
2. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2,3,5,6,7
3. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4,5,6
4. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5,6
5. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3,6
6. Pengurangan Kos:- Tabiat 1,3, 4, 6
7. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2,3,5,6
8. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2,5,6
9. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4,5,6
10. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2, 4,5,6
11. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:- Tabiat 1,2,4, 5, 6
12. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3. 4,5,6,7
13. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4,5,6

RANGKA KURSUS 7 TABIAT

1) Jadi Proaktif
Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma

2) Mula dengan Mengingati Matlamat
Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi

3) Utamakan Perkara Penting Dahulu
Mengutamakan perkara penting dahulu

4) Fikirkan Menang-Menang
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran “Abundance Mentality”

5) Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami
Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah penyelesaian masalah

6) Bersinergi
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan

7) Menajamkan Gergaji
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan

Jadi, mulakanlah proses untuk memenuhi cabaran sebenar anda dengan membaca dan menghadiri program

7 TABIAT ORANG YANG AMAT BERKESAN®.
ingin mendapatkan risalah lanjut klik di sini ...

3 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud:

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.

Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.

Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu.

Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut.

Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya.

Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan.

Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”.

Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.

Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita?

Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita?

Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK!

Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.