Aku Yang Masih Memerlukan Rahmat-MU


Tiada siapa yang dapat merasa terlalu rendah dan terlebih hina diri selain mukmin yang selalu merasa hina didepan Khaliqnya.

Dia tak akan terasa hina jikalau manusia lain memanggilnya binatang melainkan Khaliqnya yang menganggap dirinya selayak binatang ternak atau lebih daripada itu. Kalau manusia mengatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan, dia menerimanya dengan redha kecuali Allah mengatakan dia tak punyai jiwa dan perasaan. Kerana perasaannya selalu hidup dengan zikir kepada Allah..dia akan merasa lemah dan longlai jika Khaliqnya membiarkan dirinya keseorang tanpa pertolongan..kerana pertolongan yang dia harapkan itu hanyalah dari Khaliqnya semata bukan kepada makhluk yang diciptakan oleh Khaliqnya.

Itu adalah definisi yang sesuai untuk sesuatu pengharapan yang perlu aku lalui! Perlu aku kecapi agar apa yang kuharapkan nanti tak terbabas dari jambatan Sirat di Hari Akhirat kelak! Aku tidak salahkan Engkau Ya Allah, kerana aku yang bersalah. Biarkan saja air mataku yang tidak tahan ujian-Mu ini menitis dengan apa yang telah Engkau uji perkara yang aku lalui selama ini...biarkan saja ia menitis..

Ya Allah...Walaupun kehidupan ini Engkau jadikan ianya terlalu perit, aku terpaksa menempuhnya demi kebahagiaanku di Hari Akhirat kelak kerana aku tahu semua ini adalah ujian-Mu untuk mengujiku adakah aku selayaknya digolongkan dalam hamba-hamba-Mu yang baik amalannya seperti Engkau nyatakan dalam surah al-Mulk. Aku tidak akan merasa terhina jika aku dimaki, aku tidak akan terasa terhina jika aku ditengking oleh sesiapa sahaja kecuali jika aku di maki dan ditengking oleh-Mu Ya Allah..aku merasa tiada sesiapa lagi hendak aku harapkan sekiranya Engkau melemparkan aku jauh daripada rahmat dan kasih sayang-Mu Oh Tuhan..

Benarkan aku menyeberangi jambatan Sirat-Mu nanti dengan penuh kejiwaan dan perasaan tenang

Ya Allah, Ya Tuhanku..
janganlah kiranya Engkau biarkan aku berbicara dan berbisik pada air jiwa yang berkocak dalam lautan dadaku dan air mataku yang menitis, di mana hatiku akan berkata :

"Ya Allah..adakah tiada lagi pengharapan untuk jiwa yang mati ini kerana aku masih memerlukan rahmat dan maghfirah-Mu, Ya Tuhanku.."

2 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud:

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Saidina Umar r.a berkata:

"kasih sayang yang baik adalah separuh daripada aqal, bertanya yang baik adalah separuh daripada ‘ilmu dan kenangan yang baik adalah separuh kejayaan dalam kehidupan."

Saidina Uthman r.a berkata:

"Barang siapa yang melepaskan dunia (dari hatinya) maka ALLAH SWT telah mencintainya, barang siapa yang meninggalkan dosa-dosa, maka dicintai oleh malaikat, dan barang siapa yang membasmi sifat tamak terhadap sesama muslim akan dicintai oleh kaum muslimin."

Saidina ‘Ali r.a berkata:

"Sesungguhnya salah satu daripada nikmat dunia adalah cukup bahawa Islam itu sebagai nikmat. Salah satu kesibukkan, cukuplah ketaatan sebagai kesibukkan dan salah satu pengajaran,cukuplah kematian itu sebagai pengajarannya."

Mohd Daharudin Haji Daud said...

"Insan selalu bersalah..bingung dengan di dalam kefakiran taqwa dan iman kepada Allah"

Ya Allah..
Di Hari perhitungan-Mu kelak..
Jangan Kau tinggalkan aku Ya Allah..
kerana aku bisa rebah atas segala dosa-dosaku..

Ampunilah aku..
ampunilah aku Ya Rahman..
ampunilah aku Ya Rahim..

Kalau engkau tinggalkan aku, Tuhan..
Apalah erti hidup ini.

Jika engkau biarkan aku, Tuhan
Segala yang ada tidak ada ertinya lagi.

Apalah erti hidup tanpa-Mu, Tuhan..
Aku memerlukan-Mu..

Jika Engkau pimpin aku..
Segala yang ada mempunyai makna..
Setiap milikanku mempunyai erti..
Begitulah besarnya erti hidup ini.

Jika bersama-Mu..
Bahagialah hati
Cerialah muka.

Kalau hidup ini tidak bersama-Mu
Hilanglah bahagia,
ceria pun tiada,
walaupun berkuasa dan kaya..
Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka.

Engkau adalah keperluan di dalam kehidupan..
Engkau adalah cahaya menyuluh harapan..
Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan..
Engkau adalah segala-galanya..
Engkau adalah segala-galanya.

Jangan tinggalkan aku, Tuhan..
Jangan biarkan aku, Tuhan..
Itulah harapanku pada-Mu..
Dengan rahmat-Mu..
Tuhan yang punyai segala harap.. Tunaikanlah..

Ya Allah…
Ya Allah…

-------------------

Sebelum ini..
Peliknya aku melihat dengan pekerjaan Tuhan..
kerana aku tak tahu hikmah di sebaliknya.
Sekarang aku yakin dan pasti..
di setiap kerja Tuhan pastinya.. ada berhikmah
dan ada pengajaran.

Dulu aku pelik..
Apabila Allah Taala murka pada seseorang..
Maka akan didorong orang itu berlaku zalim pada seseorang agar dia bertambah-tambah berdosa dan derhaka.

Bila Tuhan cinta pada seseorang.. dia pula akan dizalimi oleh seseorg.
Maka dia akan mendapat pahala bagi menghapuskan dosanya.

Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj.
Ertinya mendapat rezeki secara murka.
Kemudian dialihkan sebahagian rezekinya itu kepada seseorang yang bertaqwa dengan rasa tidak ikhlas.
Maka yang diberi rezeki itu yang mendapat pahala kerana dia tahu bersyukur.
Anehnya bagi si pemberi tadi tidak mendapat apa-apa pahala tapi yang kena beri pula dapat pahala.
Semuanya ada hikmahnya.

Begitulah seterusnya sebagai contoh lagi apabila Tuhan murka pada seseorang.
Akan didorongnya orang itu memaki seseorg.
Kemudian jika Tuhan cinta seseorang dibiarkan dia dimaki oleh seseorang.

Mengapa orang yang Allah murka dibenarkan menyusahkan orang tapi orang yg dicintainya disusahkan oleh orang.

Jika aku tidak faham..
mungkin aku akan menyalahkan Tuhan.
Maha Besar-Nya..
Maha Agung-Nya..
Sucinya Tuhan daripada melakukan segala kesalahan.

Bagaimanalah aku hendak melupakan, Yang Maha Suci..
Yang kuasanya tidak pernah satu detik terlepas dariku..
Yang sentiasa mengetahui.. Berterusan setiap jantungku..
Dia sentiasa melihat hingga ke batinku..
Dia sentiasa mendengar setiap waktu dan detik.

Kehendak-kehendak-Nya ke atas ku pasti berlaku..
Sama ada aku setuju mahupun tidak setuju..
Yang buat aku gembira mahupun yang mendukacitakan..
Dia Maha Agung Maha Suci..
Kasih sayang-Nya kepadaku..
Lebih dari kasih sayang seorang ibu kepada anak2nya..
Seluruh hidupku di dalam genggamannya..
Dia boleh buat apa sahaja kepadaku..
Kuasanya ke atasku sepenuhnya.. Tiada langsung campur tanganku
ke atas diriku sendiri..
Itulah Tuhan pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku.

Dia adalah
Penyelamat..
Pentadbir..
Penjaga..
Pendidik
Dan Pemelihara dengan penuh berhikmah.

Oleh itu, bagaimana aku mahu melupakan-Nya..
Sedangkan Dia tidak pernah akan melupakanku..
Walau setakat sekelip mata..
Tidak mungkin aku boleh melupakan-Nya..


Yang Maha Kuasa..
Tidak pernah satu detik terlepas dariku..
Yang Sentiasa Mengetahui.. Berterusan setiap gerakan jantungku..
tidak mampu aku untuk melupakan-Nya
Dialah Allah, Tuhanku..

Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa..
Carilah redha Tuhan, kelak kita akan tenang..
Jangan cari redha manusia, kita akan binasa..

Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan..
Adakala dia suka kepada kita,
sukanya hanya pura-pura.
Adakala redhanya kepada kita di waktu kita senang..
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang..

Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia..
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa.

Buat sesuatu untuk keredhaan Tuhan..
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan..
Yang penting kita buat itu Tuhan suka..
Yang penting usaha kita itu Tuhan redha.

Dengan manusia tak usah ambil kira..
Sama ada manusia hendak memuji..
Atau manusia hendak mencaci
Itu soal dia..

Yang penting apa kata Tuhan..
Keredhaan Tuhan itu penting..
Pentingnya adalah balasan..
Balasan-Nya adalah berkekalan.

Carilah keredhaan Tuhan..
Hati senang..
Hati tenang..

-insan faqir di sisi Tuhan-