Wednesday, March 26, 2008

Rahsia Hujan, Satu Bicara Pengubat Jiwa..

Satu bicara rindu..
Tiada kata mampu menafsir..
Tika hujan Kau ingatkan aku..
Pada satu wajah..
Si kecil yang sukakan hujan..

Aku memang sukakan hujan..
sejak dari dulu lagi..
seingat aku
kalau hujan turun,
aku pasti akan berlari ke ruang tamu,
membuka pintu hadapan rumahku
sambil duduk memerhatikan titisan-titisan air dari langit itu
turun menimpa bumi.

Entah kenapa,
hujan buat aku rasa suka
hujan membuatkan aku rasa tenang.

Ya, aku rasa cukup tenang
bila melihat hujan turun.

0 bisik bicara untuk @NjaNG: