Monday, June 23, 2008

Puisi Jihad


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..
Kerajaan tidak berdiri bila tiada kekuatan..
Kerajaan tidak berdiri jika tiada pengorbanan..

Pada jasad-jasad muda itu..
Kehidupan generasi penerus..
Adakah hati mereka berkata..
Tinggalkan tinta berdakwat merah..
Pena jadi pedang yang tajam..
Pancung hati dan jiwa merekah.

Tercantasnya perkataan palsu..
Mata sabar itu indah..
Semangat menderu bagai lembing menghujan..
Pilih hidup gembirakan kawan..
Pilih mati membawa syahid..

Kelembutan bukan mainan..
Ketegasan bukan sebarangan..
Jihad nafsi, jihad ruuhi..
Jihad yang tiada sempadan.

-anjang_dahar, jitra, 230608-

2 bisik bicara untuk @NjaNG:

peaceman said...

salam. saya ada hajat ttg puisi saudara. harap boleh hubungi saya di hondacity14@yahoo.com. tq

kombat said...

Assalamualaikum saudara. Mohon copy puisi untuk diletakkan bersama post entri dalam blog saya.

Layyinulharir,
www.my-kombat.blogspot.com