Sunday, August 31, 2008

Tegar Merongkah


Si Kecil membelek-belek
Melihat di setiap sudut
Kelibat Si Ibu lalu-lalang
Ke sana ke mari
Dia mengunci mulut
Tanpa suara
Hanya diam membisu

Si Kecil mula menunjal-nunjal
Jari-jemari ditekan-tekan
Jari montelnya itu
Cuba merongkah
Merongkah dan terus merongkah

Si Kecil mula merangkak
Mencari benda baru
Habis semuanya dirongkah
Bersepah

Si Ibu mula marah
Si Kecil menangis
Tetapi tangannya tetap merongkah

-anjang, belajar perkara baru, jitra-

0 bisik bicara untuk @NjaNG: