Friday, December 26, 2008

Rayuan Nurani

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan Yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada Pencipta Yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana ku berada
Di mana... Di manakah diriku

Adakah di jalan lurus atau di jalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan padaku

Di mana... Di manakah diriku
Di mana... Di mana ku berada

Demi mendapat keredhaan dari-Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat-Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka-Mu

Adakah di jalan lurus atau di jalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan padaku


Di mana... Di mana ku berada
Di mana... Di manakah diriku

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan Yang Maha Kuasa


Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com

0 bisik bicara untuk @NjaNG: