Menjadi hamba Allah Yang Ikhlas Bersyukur...

Semaklah rahsia-rahsia kedahsyatan ibadah seharian kerana di sana terdapat rawatan bagi kesihatan dari bangun tidur sehinggalah merebahkan kembali diri di tempat pembaringan...

dan bersiaplah untuk berkata dengan seyakinnya :

"..sejak dahulu beginilah ISLAM.. manfaatnya tiada akhirnya..."

- kesemua itu adalah merupakan gaya hidup sihat Rasulullah S.A.W. ternukil dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis baginda S.A,W. terkumpul dalam kitab "Al-Adzkar Imam Nawawi" dan kitab " At-Tib An-Nabawi". Daripada mula proses bangun daripada tidur untuk membersihkan diri iaitu mengambil wudhu', mandi, bersolat dan sebagainya sehinggalah kepada kembali untuk tidur.

Inilah sekelumit perihidup sihat Rasulullah S.A.W. yang ideal dan mampu kita ikuti dengan istiqomah. Terlihat sangat beratkah??? Insya-Allah tidak.

Jadi bacalah kitab "Al-Adzkar" dan "At-Tib An-Nabawi"..

"SELAMAT MEMBACA DAN MENGHAYATINYA...YANG PENTING AMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARI...."

Bentenglah Isteri Sesudah Selesai Akad Nikah...


Anjang kembali dengan membawakan satu doa yang sepatutnya kita amal pada waktu seperti gambar di atas ini kerana semua kita akan merasainya iaitu ketika hari pernikahan jika telahpun kita meletakkan niat untuk berumahtangga. Bagi sahabat-sahabat yang ingin melangsungkan pernikahan mereka pada bulan ini.. anjang terlebih dahulu ingin untuk melafazkannya pada hari pernikahan mereka nanti sebaik sahaja mereka selesai akad..ingin sekali diri ini mengucapkannya buat mereka..

[ Baarakallahu laka.. wa baarakallahu 'alaika.. wa jama'a bainakuma fi khair... ]

..May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.
..terutamanya buat akhi Khairul Fadhil dan juga akhi Hairil..

Sebagai peringatan antuma berdua meskipun antuma sudahpun usai menghafaznya.. ingin sekali ana memperingatkannya kembali.. Sepatutnya dan semestinyalah, setelah antuma berdua selesai akad nikah nanti maka janganlah lupa meletakkan tangan kanan antuma berdua di atas dahi penyeri hidup antuma itu dengan terpenuh oleh perasaan kasih sayang antuma berdua yang antuma pendam terhadap dirinya, tak kisahlah pada waktu mana sekalipun yang antuma rasa agak sesuai untuk melakukannya asalkan antuma berdua mesti jangan tinggal doa ini, bacakan do'a ini khas buat dirinya.. :

" Allahumma inni as aluka khairahaa wa khaira maa jabaltahaa 'alaihaa "

Ertinya :

[ Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu kebaikan dirinya dan kebaikan perangai semula jadinya yang telah Engkau ciptakan di dalam dirinya ]

Boleh juga antuma menambahkan dengan do'a seperti di bawah ini :

" Wa a'uuzu bika min syarrihaa wa syarri maa jabaltahaa 'alaihaa.. Allahumma baarik lii fiihaa waqihaa syarri haasidin izaa hasad wa saahirin izaa sahr wa maakirin izaa makr "

Ertinya :

[ Dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukannya dan keburukan perwatakan yang telah Engkau ciptakan di dalam dirinya. Ya Allah.. Berikan kepadaku keberkatan ketika hidup bersamanya. Engkau lindungilah isteriku daripada kejahatan orang yang berdengki ketika dia merasa dengki dan kejahatan tukang sihir ketika dia ingin melakukan sihir dan kejahatan orang yang merancang tipu daya ketika mana dia ingin merancangnya ]

Doa Jangan Tinggal, Al-Quran Jangan Dilupakan...


BENTENG DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive


They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right


But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Betulkah Aku Seorang Muslim Yang Mukmin???


Cuba kita tilik dan nilai diri sendiri selain merutinkan diri dengan menunding jari telunjuk ke depan muka orang lain kerana kita sendiri masih tak sedar yang empat jari lagi telahpun menunding ke arah diri sendiri.. Siapakah kita jika sekadar mengaku diri beriman???

Sebagai hamba Allah yang muslim dan mengakui bahawa dirinya mukmin dalam erti kata beriman dengan sebenar-benar iman, tidak mungkin akan bahagia pada hakikatnya jika...

...dirinya tidak menyandarkan segala perlakuan dan tindak-tanduknya secara Islam sepenuhnya. Sama ada dari segi ucapannya.. ungkapannya.. kenyataannya.. tulisannya.. tindakannya.. penampilannya.. malah dari segi gaya hidupnya sepatutnya perlu seimbang dengan setiap lafaz atau pengakuannya sebagai muslim mukmin yang hakiki.

Manusia selalu tidak akan terkawal dari sudut emosinya jika telah diganggu-gugat oleh nafsu yang berada di dalam dirinya dan syaitan yang selalu membisik-bisikkan ke dalam hatinya untuk melakukan perkara-perkara keji dan mungkar.

Seseorang muslim mampu menjadi mukmin sekiranya melalui proses pentarbiyahan yang sempurna malahan secara istiqomah melakukannya secara berterusan dalam perlaksanaan proses tersebut. Apa tidaknya jika muslim itu telah diasuh dan dididik dengan selalu menghadiri kelas-kelas akidah, fiqh, sirah, tafsir Al-Qur'an, hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. , tasawwuf dan sebagainya.

Muslim itu selalunya akan keliru dan tidak terarah hidupnya dan jauh dari nilai-nilai agama dalam meniti titian arus perdana teknologi maklumat dan media yang semakin hari semakin tercemar oleh serangan fikiran yang telah di "absorb" masuk ke dalam otaknya jika tidak ditepis oleh hati yang terpenuh dengan suasana keimanan yang kental kepada Allah.

Malang sekali jika pada akhirnya tersungkur dek emosi dan nafsu sendiri yang tewas kerana dijangkiti oleh virus-virus penyakit hati. Malah tanpa sedar sanggup melakukan perlakuan yang bercanggah dengan nilai-nilai murni Islam. Paling ketara sekali ialah penyakit 'NIFAQ' atau sikap kepura-puraan melanda hati sendiri yang telahpun menjadi teras dan rutin kehidupan seharian.

Penyakit 'NIFAQ' ini tidak mengenal seseorang itu sama ada tua atau sudah lama menjadi Muslim, apatah lagi kepada golongan muda-mudi yang jelas kebanyakan mereka hanyut dalam arus permodenan.. dari segi pergaulannya, pakaiannya, hiburannya, makanannya, ucapannya atau percakapannya malah tindakannya langsung tidak mencerminkan seorang muslim yang mukmin. Mereka ini jelas tidak punyai pegangan dan tidak berpedoman dalam hidup. Itulah yang telah dijelaskan dan ditakuti oleh Nabi Muhammad kerana penyakit itu akan melanda umatnya. Sebagaimana sabda baginda S.A.W. yang bermaksud :

"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya dia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya dia beriman dan pada sebelah paginya dia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Allah S.W.T juga telah beberapa kali menyebut dengan berulang-ulang kali di dalam Al-Qur'an iaitu sebanyak 37 kali di dalam surah yang berbeza-beza. Allah S.W.T menyebutnya di dalam surah Ali Imran, surah Al-Hasyr, surah At-Taubah, surah Al-Ahzab, surah Al-Fath, surah Al-Hadid, surah Al-Anfal, surah Al-Munafiqun, surah An-Nisa', surah Al-Ankabut dan surah At-Tahrim. Ini menunjukkan betapa bahayanya golongan MUNAFIQ berada dalam masyarakat dan agama.


Teliti betul-betul.. beleklah sebaik mungkin.. tenung kembali diri dan bermuhasabah, sebenarnya ada 30 ciri seseorang itu memiliki sifat MUNAFIQ seperti yang telah dikisahkan Allah dalam Al-Qur'an dan juga hadis-hadis Rasulullah S.A.W.


1. Kurang berzikir dalam hidup sehari-hari (paling kurang bacalah ma'thurat as-sughra)

2. Melakukan solat dalam keadaan terlalu cepat.

3. Suka mencela orang yang baik, taat dan soleh.

4. Memperolok-olok Al-Qur'an, As-Sunnah dan diri Rasulullah S.A.W.

5. Melakukan sumpah palsu.

6. Berat hati untuk berinfaq pada jalan Allah.

7. Tidak ambil peduli terhadap nasib orang-orang ISLAM walau di mana mereka berada.

8. Suka berdusta.

9. Mengkhianati amanah.

10. Celupar mulutnya dalam perbalahan atau perdebatan.

11. Memungkiri janji.

12. Malas melakukan ibadat.

13. Suka menunjuk-nunjuk (riya')

14. Suka menyebar berita bohong.

15. Mengingkari takdir Allah S.W.T.

16. Suka mencaci-maki kehormatan orang yang soleh.

17. Sering meninggalkan solat jemaah (bagi lelaki).

18. Membuat kerosakkan di muka bumi.

19. Tidak ada keseragaman perlakuan zahir dan batin.

20. Rasa takut terhadap kejadian atau kemalangan yang menimpa diri.

21. Terlibat dalam pembohongan yang banyak.

22. Menyuruh berbuat mungkar dan mencegah orang berbuat makruf.

23. Bersikap bakhil walaupun kepada diri sendiri.

24. Lupa Allah.

25. Mendustakan janjinya kepada Allah dan rasul-Nya.

26. Menitik-beratkan soal zahir tanpa menghiraukan yang batin.

27. Sombong ketika bercakap.

28. Tidak memahami Islam dengan baik yang bersifat syumul.

29. Menyembunyikan perlakuannya di depan manusia dengan perbuatan dosa kepada Allah.

30. Senang hati apabila musibah menimpa orang beriman malah dengki terhadap kebahagiaan mereka.


Sahabat Nabi, Huzaifah r.a. pernah berkata :


"Orang MUNAFIQ pada masa sekarang lebih jahat daripada orang MUNAFIQ di masa Rasulullah S.A.W (masih ada dan hidup)"

Ditanyakan kepadanya :

"Mengapa demikian?"

Huzaifah r.a. menjawab :

"Sesungguhnya pada masa Rasulullah S.A.W. mereka menyembunyikan sifat NIFAQ mereka sedangkan sekarang mereka berani menampakkannya"
(Hadis diriwayatkan oleh Farayabi tentang sifat MUNAFIQ [51-51] dengan isnad yang sohih)

Lihatlah kenyataan sahabat baginda S.A.W., Huzaifah r.a. telah menyebutnya sudah 14 abad yang lalu. Jika demikian, bagaimanakah sifatnya dan perangainya golongan MUNAFIQ di abad ini???

YA ALLAH.. JAUHKAN DIRIKU DARI KESEMUA SIFAT-SIFAT MUNAFIQ SUPAYA AKU TERHINDAR MELAKUKAN PERKARA YANG ENGKAU MURKAI DAN MENGAKIBATKAN HALAL BALA ENGKAU KE ATAS DIRIKU.. LINDUNGI AKU DAN BANTULAH AKU MENDAPAT RAHMAT DAN REDHA-MU!!!

Ya Allah...Aku Tak Sanggup Lagi Melihat..

Ya Allah..aku tidak sanggup lagi untuk melihat saudara-saudaraku diperlaku kejam oleh rejim israel..tak tertahan lagi air mataku ini.. saudara-saudaraku di sana bermandi darah.. diperlakukan sesuka hati... ibu bapa meratap kehilangan anak..wajah yang menahan sedih, cuba menjadi tabah..kuatlah saudaraku! Allah bersamamu.. peritnya aku melihat si anak-anak kecil menangis ketakutan.. cedera tak semena-mena.. yang langsung tak berdosa dibunuh dengan kejamnya... begitu kejam kau zionis Yahudi laknatullah..!!! langsung tidak berhati perut. Bagaimanakah kalau diriku ini berada di tempat kalian...=(

Ya Allah.. datangkanlah pertolongan-Mu kepada kaum muslimin di sana.. hancurkanlah Yahudi Laknatullah itu kesemuanya.. Menangkanlah kami ke atas mereka.. hamba-Mu yang lemah ini memohon.. selamatkanlah dan kuatkanlah mereka di sana.. terimalah mujahid dan mujahidah yang telah terkorban kerana agama-Mu.. Kau golongkanlah mereka bersama para syuhada'...



































































Apa perasaan kamu Wahai Para Pejuang ALLAH???
...apa perasaan kalian...??
lakukan sesuatu walaupun hanya sekalung do'a..


KHAIBAR!! KHAIBAR!! YA YAHUD!!
JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UUD!!!

tunggu saat KAU YAHUDI LAKNATULLAH!!!!
Tentera Allah pasti akan kembali..!!!