Sayup-sayup kedengaran laungan suara muazzin dan "tok-tok bilal" yang menerjah keheningan suasana dingin di kala waktu pagi di sana sini melalui corong-corong pembesar suara dari masjid-masjid berdekatan. Gelombang itu mengajak manusia (terutamanya lelaki-lelaki muslim) untuk menunaikan Solat Fardhu Subuh telalu merdu dan sungguh beralun sekali. Namun, kemerduan dan alunan suara muazzin yang melaungkan azan itu seolah-olah telah mendodoikan jiwa-jiwa yang sedang lena diulit mimpi. Walaupun mereka sedar dan juga tahu itu merupakan suara azan, di mana laungannya yang ingin menggerak, mengajak dan memanggil semua kaum Muslimin untuk menunaikan Solat Fardhu Subuh berjemaah. Tetapi ada saja halangannya. Disebabkan oleh gabungan pakatan-pakatan kejahatan yang terdiri anggotanya daripada syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telinga mereka yang lagha itu dengan bisikan-bisikannya. Syaitan menyumbatkan bisikannya ke rongga telinga mereka yang lalai itu dengan bisikan-bisikan yang jijik dan hina, "Alangkah enaknya jika engkau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah.. Engkau penat bekerja di siang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari sesuap nasi.. Apa salahnya engkau berehat sedikit?"
Ya, suasana dingin pagi di kala subuh bagaikan selimut besi yang menyelimuti diri sehingga telupa pada uapan dan julangan api neraka yang bakal menanti mereka yang lalai akan sembahyangnya di Akhirat kelak dengan hembusannya bagaikan di sahara lagaknya. Malah lebih dahsyat dan terlalu dahsyat sengatannya. Ia bergulung-gulung dari detik ke detik. Dari saat ke saat. Cuaca sebegini memang menduga dan menggugah iman seperti batu karang yang tegak berdiri di dalam hempasan ombak, menepis terpaan badai dan sengatan mentari.
Jangan kita beralasan sebegini.. Telitilah kembali adakah kita beralasan sebegini wahai sahabat dengan tertipu oleh bisikan nafsu dan syaitan. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai qorin (sahabat) yang bernama syaitan.. Punyai hati yang bersalut dengan nafsu. Jika kamu tewas di tangan syaitan dan nafsumu itu di pagi ini. Maka syaitan bukan sahaja setakat bertepuk tangan, bersorak-sorai, menari dengan tari- temari, berguling-guling, ketawa berdekah-dekah meraikan kecemerlangan dan kejayaan mereka dalam menyesatkan anak Adam seperti kalian yang lalai. Usaha mereka telah membuahkan hasilnya. Jika kalian kembali menarik kulit babi yang tadinya terselak sedikit dengan beralasan bodoh. "Biarlah.. Aku penatlah hari ini.."
Di satu tempat yang lain pula, pada sayup-sayup kedengaran laungan suara muazzin yang begitu nyaring mengalunkan bait-bait azan tatkala di hening pagi, laungannya mengajak manusia untuk menunaikan solat dan menuju kejayaan itu sungguh merdu sekali. Kemerduan itu bagaikan hembusan yang amat kuat menerpa telinga seorang hamba ini. Dia tersedar, dia juga dengar malah tahu itu adalah azan, laungan suara muazzin itu memanggilnya untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid (iaitu rumah Allah).
Lalu, dia bingkas bangun dan bangkit dari tempat pembaringannya. Digosok-gosok dengan jari-jari tangannya ke matanya. Terkebil-kebil dia ke kiri dan ke kanan. Alhamdulillah... Dia terus mengucapkan rasa kesyukurannya kepada Allah S.W.T. kerana Allah telah meniupkan rohnya kembali pada tubuhnya untuk dia merasai nikmatnya pada pagi ini. Lenguh rasanya badan. Sengal di sana dan di sini. Penatnya seharian berkerja semalam masih tidak hilang lagi. Pakatan tanpa senjata itu muncul lagi, Syaitan memulakan rutinnya seperti biasa, "Dah tahu penat tu tidur jelah. Rehatkan dirimu dulu wahai manusia. Badanmu lenguh, penatmu masih belum hilang lagi. Tidurlah dulu. Kemudian bangunlah semula"." Arggghh! Nafsu tidurku membuas lagi. Mengantuknya. Biarlah. Aku hanya impikan ganjaran 27 kali ganda itu. Aku hanya impikan melalui titian sirat sepantas kilat," monolog hatinya. Telapak kaki ini mencecah ke lantai simen yang sejuk. Burrr. Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku ke rumah Allah yang satu (masjid).

Sahabat....
Yang mana satu dikau wahai sahabat? Pilihlah. Kita sememangnya serupa. Punyai hawa dan nafsu. Punyai qorin (kawan) yang bernama syaitan. Tapi iman yang akan membezakan kita. Tinggi atau rendahnya taqwa??? Kuat atau lemahnya iman??? Itulah yang membezakannya. Laratkah kita menjadi singa Allah yang mengaum sedangkan menghalang menguap pun kita belum mampu???
Sahabat seperjuanganku, berapa banyak nikmat Allah S.W.T. yang telah kita kecapi hari ini?? Demi Allah! Semuanya tidak akan terhitung banyaknya! Apalah salahnya dikorbankan saat kelazatan tidur di kala waktu Subuh . Bukankah laungan azan itu memanggil kita untuk solat berjemaah dan menuju kejayaan??? Ingatlah! Selangkah kita rapat kepada-Nya seribu langkah Allah S.W.T. akan rapat kepada kita.
Ya sahabat...
Aku... aku adalah aku dan aku tetap aku yang berada dalam diri seorang lelaki yang mempunyai sifat kelakian. Aku punyai banyak tanggungjawab dan aku dilahirkan oleh seorang ibu yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Tanggungjawabku kepada Khaliq, kepada Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W, kepada ibu dan ayahku tercinta serta masyarakat di sekelilingku.
Demi Ad-Deen aku berdiri. Demi Islam aku berjuang. Demi Allah dan rasul aku berada di bumi ini untuk menjaga agama-Nya, kitab-Nya dan sunnah Rasulullah S.A.W.

Aku akan terus meletakkan diriku sebagai "Lelaki Subuh" kerana waktu Subuh memang menduga iman dan aqidahku.

0 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud:
Post a Comment