Syamail Muhammad S.A.W.


Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yang anjang kasihi...

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah S.W.T atas segala limpahan kurnia-Nya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad S.A.W. beserta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqomah mengikuti Baginda.

Sekali lagi anjang bertandang ke sini kerana ingin mengajak sahabat semua menghayati buku ini, iaitu "SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. : Keperipadian Rasulullah" yang merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah S.A.W. di mana ia adalah karya Imam At-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia itu.

Buku SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W..

Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Baginda S.A.W. iaitu :

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat idur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudu', doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur'an.

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadduk, rasa malu dan tangisan.

5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah S.A.W., penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah S.A.W.

Profil Ringkas Imam At-Tirmizi

Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa Ibnu Adh-Dhahhak As-Silmi At-Tirmizi Adh-Dharir. Beliau juga mendapat julukan Al-Hafizh, Al-'Alim, Al-Imam dan Al-Wari'. Selain buku ini, beliau turut menyusun Kitab Al-Jami' (Sunan At-Tirmizi) dan Kitab Al-'Ilal.

Para ulama berbeza pendapat tentang kedudukan Imam At-Tirmizi semasa kecil. Sebahagian sejarawan menyatakan bahawa Imam At-Tirmizi buta sejak lahir. Sebenarnya, beliau menjadi buta setelah lanjut usianya. Beliau menjadi buta setelah beliau selesai melakukan perjalanan menuntut ilmu dan menulis karya-karyanya.

Imam At-Tirmizi lahir di Hudud pada tahun 214 Hijriyyah. Beliau melakukan perjalanan menuntut ilmu hingga ke Khurasan, Iraq, Mekah dan Madinah. Tidak benar kisah yang menyebut bahawa beliau pernah belajar ke Mesir dan Syam. Salah seorang gurunya ialah Imam Bukhari, seorang guru yang seringkali didatanginya untuk bertanya mengenai kesahihan hadis dan persoalan-persoalan akademik yang lain. Di dalam kitab Sunan At-Tirmizi, seringkali dijumpai pernyataan, "Aku tanyakan kepada Muhammad Ibnu Ismail (Imam Bukhari) tentang hadis ini. Dan beliau berkata..."

Imam At-Tirmizi meninggal dunia pada tanggal 13 Rejab tahun 274 Hijriyyah di Tirmidz.

Bagaimana Menggunakan Buku Ini???

1. Beli beberapa naskah dan hadiahkan untuk masjid, surau, pejabat dan kepada orang yang disayangi.

2. Dibaca setiap lepas solat 5 waktu terutamanya selepas Subuh dan Maghrib.

3. Suami isteri baca bersama-sama sebelum tidur.

4. Dibaca kepada anak-anak selepas solat berjemaah atau sebelum mereka tidur.

5. Bahan tazkirah, usrah dan halaqah.

6. Bahan untuk mengisi laman web atau blog.

1 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud:

Anonymous said...

Alhamdulillah hari ni Allah grkkan pintu hati saya utk mencari buku ini dari internet. dari thn 2008 saya tak jemu2 cari dari kedai2 buku tapi tak jgk jmpa buku SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. SubahanAllah hari ni baru la jumpa. berkongsi ilmu Allah dgn hambanya yg turut kagum dgn junjungan besar Muhammad s.a.w. membuatkan saya rasa secara peribadinya mengagumi saudara sbg penerus manhaj tarbiyyah di bumi Allah S.W.T . semoga saudara istiqomah di jln Allah, dan doa saya agar lebih ramai lg hamba Allah yg akan turut mencari dan berkongsi ilmu di jln Allah.