Ramadhan Karim..


Sudah lama anjang tidak menulis di teratak buruk ini... Cepatnya masa berlalu.. Terlalu pantas dirasakan gerakan jarum yang berdetik... Tak terkejar rasanya dengan kerja-kerja yang perlu dibereskan segera.. Sekarang sudah enam hari kita berpuasa.. Namun begitu alhamdulillah, hari ini anjang sudah pun khatam Al-Qur'an bermula dari hari pertama anjang berpuasa.. Anjang memang sudah berazam nak mengkhatamkan Al-Qur'an dalam masa enam hari.. Jadi anjang nak khatam Al-Qur'an lima kali dalam bulan Ramadhan kali ini.. insya-Allah..

Sahabat, betapa hebatnya kehadiran Ramadhan, kehadirannya sangat-sangat ditunggu-tunggu kerana bulan ini penuh dengan barakah dan keampunan..

Amatlah rugi bagi mereka yang lalai dan leka.. amatlah malang bagi mereka yang tak pernah serik dengan maksiat... amatlah zalim bagi hamba Allah yang mengabaikan taklif puasa yang wajib ke atasnya...

Beruntunglah bagi mereka yang merasai kelazatan dan kenikmatan berpuasa dengan mengejar dan berlumba-lumba dalam beribadah mencari kelebihan di dalam madrasah Ramadhan ini.. Jadikan diri kita di antara hamba-hambaNya yang beruntung... Apatah lagi dalam mengejar "Lailatul Qadr".. Satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.. Alangkah indahnya jika kita dapat mengecapinya... Alangkah beruntungna kita..

Kepada semua sahabat-sahabat anjang... jika belum terlambat untuk anjang mengucapkannya :
"Selamat berpuasa dan kejarlah keberkatan di dalamnya"

0 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud: