ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH ( ITLA’ )


PENDAHULUAN


PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH ditubuhkan pada tahun 2009, hasil perbincangan dua hala di antara mantan Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir bin Haji Abdullah (AMK) bersama semua pelajar Tahun Empat Kulliyyah Bahasa Arab dan kemudiannya bersetuju untuk melantik barisan exco yang dipimpin oleh saudara Muhyiddin yang merupakan Presiden Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah yang pertama bagi sesi 2009/2010.


Pada sesi 2010/2011, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Syafiq bin Ishak bagi menyambung tugas dan amanah yang telah dipikul oleh mantan pengerusi yang lepas.

Pada sesi 2011/2012 ini, di mana hasil perbincangan semula bersama Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Dr. Usama El Sayed Mohamed dan Timbalan Dekan Kulliyyah Bahasa Arab,  Sheikh Ali Mohamed Isa disepakati oleh semua barisan ahli jawatankuasa Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab yang baru dilantik untuk sesi 2011/2012 telah bersetuju untuk membuat penjenamaan semula PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB kepada ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH ( ITLA’ )


Kini, ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH diterajui oleh Presidennya, saudara Khalidul Anuar bin Yusoh bersama barisan ahli jawatankuasanya membawa visi, misi dan moto persatuan yang baru bermula pada sesi 2011/2012.

VISI

  • Melahirkan generasi mahasiswa yang fasih berbahasa Arab dengan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
MISI

  1. Memberi peluang khidmat sukarela di kalangan mahasiswa INSANIAH untuk membangunkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan Kolej Universiti Insaniah dalam "Biah Arabiah".
  2. Membentuk mahasiswa INSANIAH yang fasih dan faqih dalam berbahasa Arab agar dapat menjadi ulama’ dan professional selepas bergelar graduan.
  3. Melahirkan mahasiswa INSANIAH yang mampu menyelidik, menterjemah dan mendalami ilmu-ilmu agama yang ada di dalam kitab-kitab Thurath yang kebanyakannya dalam Bahasa Arab.
MOTO

" MEMANTAPKAN BAHASA MERAPATKAN UKHUWWAH"

Public Speaking


Speaking to inform

The four kinds of informative speeches are :
  1. Speeches about Objects
  2. Speeches about Processes
  3. Speeches about Events
  4. Speeches about Concepts
Informative Speech : a speech designed to convey knowledge and understanding.
Objects : anything that is visible, tangible and stable in form.
Process : a systematic series of actions that leads to a specific result or product.
Event : anything that happens or is regarded as happening.
Concept : a belief, theory, idea, notion, principle or the like.

The five guidelines for informative speaking are :
  1. Don't overestimate what the audience knows.
  2. Relate the subject directly to the audience.
  3. Don't be too technical.
  4. Avoid abstractions.
  5. Personalize your ideas.
Speaking to persuade

Persuasion is the process of creating, reinforcing, or changing people's beliefs or actions.

Target Audience : the portion of the whole audience that the speaker most wants to persuade.

Two types of Speeches on Questions of Policy :
  1. Speeches to gain passive agreement.
  2. Speeches to gain immediate action.
Question of policy : a question about whether a specific course of action should or should not be taken.
Speeches to gain passive agreement : a persuasive speech in which the speaker's goal is to convince the audience that a given policy is desirable without encouraging the audience to take action in support of the policy.
Speeches to gain immediate action : a persuasive speech in which the speaker's goal is to convince the audience to take action in support of a given policy.

Analyzing Questions of Policy
  1. Need
  2. Plan
  3. Practicality
Organizing Speeches on Questions of Policy
  1. Problem Solution Order
  2. Problem Cause Solution Order
  3. Comparative Advantages Order
  4. Monroe's Motivated Sequence :
  • Attention
  • Need
  • Satisfaction
  • Visualization
  • Action


Sultan dan Menteri Besar Kedah


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, 
D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS), D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN, BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND, HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

TARIKH KEPUTERAAN 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927. Almarhum Sultan Badishah bergambar dengan Tunku Sofiah serta anakanda-anakanda Baginda 

SULTAN BERJIWA RAKYAT 

Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan seorang putera raja yang amat berhemah tinggi. Tuanku Sultan terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri. 

Keprihatinan Baginda jelas terbukti apabila Baginda telah berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Star. Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan Baginda tanpa mengambil masa mengadap di Istana. Menurut Tuanku Sultan, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada Baginda jika ada perkara-perkara yang mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya di dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan Baginda. 

Tuanku Sultan juga banyak membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk melihat serta mendengar sendiri masalah rakyat Baginda. Tuanku Sultan disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang sultan yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya. 

PENDIDIKAN AWAL 

Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1946 – 1948). 

Pada bulan Februari 1949, baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan setelah mengikuti satu kursus persiapan, baginda telah diterima masuk ke Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di England, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949. 

PERKHIDMATAN 

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1955 Baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah. Pada tanggal 9 Mac 1957. 

PERKAHWINAN

Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah telah berangkat keluar negara pada 12 Mac hingga julai 1957. Baginda telah bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada Mac 1956 di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Almarhumah adalah merupakan Puteri sulung kepada Yang diPertua Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad yang juga Yang diPertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu. 

Hasil perkahwinan diraja ini, Tuanku berdua telah di kurniakan tiga orang puteri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz. 

Pada tanggal 26 Ogos 2003, Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah telah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit, Alor Star, Kedah. 

Baginda juga telah bertemu jodoh dengan Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun pada 25 disember 1975. Pada tanggal 9 Januari 2004, telah berlangsung satu istiadat permasyuran Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai Perak, Darul Ridzuan. 

PERTABALAN SEBAGAI TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH 

Pada tanggal 19 Mac 1957, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke luar negeri pada 12 Mac hingga Julai 1957. 

Tuanku Sultan menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah Darulaman pada tanggal 14 Julai 1958 setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkat. 

Pada tanggal 20 Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang gemilang di Balai Besar Alor Star. Menurut catatan sejarah, baginda merupakan sultan kedah yang ke-3 ditabalkan mengikut istiadat. Sultan-sultan sebelumnya iaitu Sultan Rijaluddin Muhammad Shah, Sultan ke-13(1626-1651) di Kota Naga dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan ke-22 yang juga berlangsung di Balai Besar. 

PERTABALAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE V 

Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-5 iaitu di antara tahun 1970 hingga tahun 1975. Pada 21 September 1970, Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dengan rasminya sebagai Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V Adinda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik(Tuanku Bendahara yang kemudiaanya bergelar Raja Muda) telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. pada masa ini juga Paduka Ayahanda Saudara Tuanku , Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia. 

PERTABALAN SEBAGAI TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE XIII 

Pada tahun 13 Disember 2006, KDYMM Tuanku telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani Surat Perisytiharaan Memegang Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sambil diperhatikan Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil baginda serta empat Yang Dipertua Negeri di Balairong Seri, Istana Negara .

PERTABALAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE XIV

Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tanggal 13 Disember 2011, iaitu pada hari ini akan diadakan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabal buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975. 

Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 setelah Sultan Mizan Zainal Abidin Al Wathiqu Billah, Sultan Terengganu yang ke-17 telah menamatkan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan kembali ke Terengganu semalam.

KEGIATAN SOSIAL 

Sebagai seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan, pada 7 April 1994, Baginda telah dipersembahkan Watikah Perlantikan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia(UUM) sehingga sekarang. Baginda juga menjadi Penaung DiRaja kepada berbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di seluruh Negeri Kedah. 

KEGEMARAN 

Tuanku Sultan Abdul Halim mempunyai minat bermain golf. Sukan golf turut menjadi kegemaran Tuanku Sultanah. Selain golf, semasa muda Tuanku Sultan juga gemar bermain tennis dan billiard.Bagaimanapun, sekarang, Baginda hanya bergiat dalam pemainan golf. Walaupun Baginda gemar bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi yang lain iaitu melancong dan fotografi. Baginda juga berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954. Baginda juga telah mengelilingi dunia pada tahun 1963. Baginda juga amat berminat kepada pemeliharaan haiwan di Istana Anak Bukit. Terdapat Taman Haiwan yang menempatkan pelbagai jenis burung-burung kegemaran Baginda dan juga binatang seperti kuda dan rusa. Baginda sendiri mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan setiap hari. Baginda seorang yang mencintai alam semulajadi dan senantiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.


YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK 


ASAL 

Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
Dilahirkan pada tahun 1944 Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British

PENDIDIKAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
Maktab Mahmud, Alor Star (1959 - 1965)
Universiti Al-Azhar University Of Kent, Canterbury

KERJAYA 

Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Star (1966)
Ketua Jabatan Syariah, UKM
Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina
Pensyarah UIAM (1983-1984, 1986-1995)

PENGALAMAN ANTARABANGSA

Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980)
Pembentangan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
Conference of South East Asia Islamic Law, Manila

PENULISAN ANTARABANGSA

Dirasah Hawla At-Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina
Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986
Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory and Corporative Study, terbit Southeast Asian Studies Program

MAHASISWA DIGESA PERKASA BAHASA ARAB


INSANIAH, 28 Februari – Rektor Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyeru mahasiswa mempertingkat dan menjadikan Bahasa Arab sebagai medium pertuturan seharian selain penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Berucap pada Majlis Anugerah Dekan kepada pelajar Kulliyah Bahasa Arab dan Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Arab di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, beliau berkata mahasiswa harus memanfaatkan sebaik mungkin peluang mempelajari Bahasa Arab kerana INSANIAH menyediakan tenaga pengajar berkaliber khususnya dari Timur Tengah. 

Menurut beliau mahasiswa yang fasih berbahasa Arab mempunyai peluang cerah mendapatkan kerja selepas menamatkan pengajian kelak, antaranya dalam industri perhotelan sebagai penterjemah.

Untuk makluman, hampir 400 ribu pelancong dari Timur Tengah mengunjungi Malaysia tahun lalu. 

----------------------

INSANIAH, February 28 - INSANIAH Rector, Professor. Dato ' Wira Dr. Jamil Osman called on students to enhance and make Arabic as a medium of everyday speech in addition to the use of Bahasa Malaysia and English.

Said the Rector at the Dean's award ceremony for students of Kulliyah Arabic and the Member of the Arabic Language Association at Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. He said students should take advantage of the opportunity to learn Arabic because Insaniah has provided caliber teaching staff, especially from the Middle East.

He said the Arabic-speaking students have a good chance of getting jobs after completing their studies, including in the hospitality industry as a translator.

For the record, nearly 400 thousand tourists from the Middle East visited Malaysia last year.

-------------------------

LUMUT, 6 Februari – Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar Kulliyyah Bahasa Arab Kolej Universiti INSANIAH telah mengadakan program Al-Mukhayyam Al-Arabi dari 3 hingga 6 Februari lalu. 

Berkonsepkan riadah, program yang diadakan di Teluk Senangin, Lumut, Perak disertai 86 pelajar dan 11 pensyarah. Selain mengisi masa terluang pada hujung minggu, program empat hari itu diisi dengan pelbagai acara. 

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi dialog dan khutbah dalam Bahasa Arab. Selain itu pelajar turut berpeluang menunjukkan bakat masing-masing menerusi pentas pidato juga syair. 

Menurut Timbalan Pengarah Al-Mukhayyam Al-Arabi ke-3 2012/ 2013 Kulliyyah Bahasa Arab , Mohd Syahmi Shamsuddin, objektif utama penganjuran program adalah bagi membudayakan penggunan Bahasa Arab di kalangan pelajar sekaligus dijadikan sebagai medium pertuturan seharian selain penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang digunakan kini.