ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH ( ITLA’ )


PENDAHULUAN


PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH ditubuhkan pada tahun 2009, hasil perbincangan dua hala di antara mantan Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir bin Haji Abdullah (AMK) bersama semua pelajar Tahun Empat Kulliyyah Bahasa Arab dan kemudiannya bersetuju untuk melantik barisan exco yang dipimpin oleh saudara Muhyiddin yang merupakan Presiden Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah yang pertama bagi sesi 2009/2010.


Pada sesi 2010/2011, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Syafiq bin Ishak bagi menyambung tugas dan amanah yang telah dipikul oleh mantan pengerusi yang lepas.

Pada sesi 2011/2012 ini, di mana hasil perbincangan semula bersama Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Dr. Usama El Sayed Mohamed dan Timbalan Dekan Kulliyyah Bahasa Arab,  Sheikh Ali Mohamed Isa disepakati oleh semua barisan ahli jawatankuasa Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab yang baru dilantik untuk sesi 2011/2012 telah bersetuju untuk membuat penjenamaan semula PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB kepada ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH ( ITLA’ )


Kini, ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH diterajui oleh Presidennya, saudara Khalidul Anuar bin Yusoh bersama barisan ahli jawatankuasanya membawa visi, misi dan moto persatuan yang baru bermula pada sesi 2011/2012.

VISI

  • Melahirkan generasi mahasiswa yang fasih berbahasa Arab dengan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
MISI

  1. Memberi peluang khidmat sukarela di kalangan mahasiswa INSANIAH untuk membangunkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan Kolej Universiti Insaniah dalam "Biah Arabiah".
  2. Membentuk mahasiswa INSANIAH yang fasih dan faqih dalam berbahasa Arab agar dapat menjadi ulama’ dan professional selepas bergelar graduan.
  3. Melahirkan mahasiswa INSANIAH yang mampu menyelidik, menterjemah dan mendalami ilmu-ilmu agama yang ada di dalam kitab-kitab Thurath yang kebanyakannya dalam Bahasa Arab.
MOTO

" MEMANTAPKAN BAHASA MERAPATKAN UKHUWWAH"

0 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud: