oleh : anjang_dahar
4 April 2008
4:22 pagi
Ketenangan bayu yang menghembus sepoi-sepoi bahasa, meniup mesra ke tubuhku di ketika suasana dingin dinihari pagi di awal bulan April ini telah menambahkan lagi kesayuan dan sebak di lautan jiwaku. Apa tidaknya, sesaat diriku mengingati kembali pemergian seorang yang amat kukasihi dan kuhormati. Ya, mak saudaraku, Allahyarhamah Siti Khadijah Binti Mustafa. Kesemua keluargaku memanggilnya dengan panggilan 'Chu', mak saudaraku yang bongsu sebelah ayah.
Walaupun 'Chu' sudah hilang di ruang anak mataku. Namun memori bersamanya seolah-olah begitu sukar dan amat payah diluputkan oleh mindaku , masih segar di dalam ingatan. Gambaran demi gambaran masih terlukis kemas di kotak fikiran. Kata-katanya dan nasihat-nasihatnya yang telah lama terpahat dikotak fikiranku masih lagi cermat untuk kusimpan. Tanpa sedar ianya membuatku bersemangat untuk terus melangkah ke depan.
Ya, segala nasihat dan kenangan bersama dengannya masih tersemat dan kekal menetap di satu tempat yang dihuni oleh hati dan perasaan. Dia merupakan 'Mak Su' ku yang teramat prihatin di setiap gerak-geriku. Memang teramat sukar sekali bagiku untuk meluputkan kenangan itu yang masih aktif bermain-main di ruang mindaku hingga ke saat ini.
Air mata yang kutahan sejak dari tadi tak dapat kubendung lagi daripada terus mengalir apabila bayangan raup wajahnya itu menyelinap ke ruang mataku. Pelik sendiri. Aku seakan-akan tidak dapat menerima pemergiannya buat selama-lamanya di saat dia yang kuharapkan untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan buatku meneruskan agenda yang belum selesai untuk kuperlihatkan kepadanya.
Namun aku pasrah dan redha dengan ketentuan daripada Pemilik jiwanya. Mungkin ada rahmah disebalik apa yang telah tersurat ke atas dirinya dan diriku.
Aku cepat-cepat mengesat dan menyeka manik-manik halus dari terus-menerus jatuh ke cadar kusam pipiku yang lesu. Walaupun aku bukanlah orang yang suka menangis, namun disebabkan dirinya tak lagi kumampu untuk menghalang air mataku ini daripada terus mengalir.
Sebenarnya, aku tak mahu dianggap sebagai seorang hamba Allah yang tak mampu menerima qada’ dan qadar-Nya. Serasa gontai segenap langkahan kakiku ketika menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudu’. Subuh pun kian hampir dan waktu imsak sudah melambai-lambai untuk mengisi ruangnya. Aku tak mahu terlepas untuk bersolat tahajjud, lagi pula suasana pagi sebegini yang penuh kerahmatan dan keberkatan telah mentarbiyyah diriku supaya sentiasa beriltizam untuk membiasakan diri bangun malam.
Seelok-eloknya aku perlu istiqomah untuk sentiasa bangun di waktu-waktu sebegini, lagi pula aku baru saja dengar kuliyah maghrib di masjid Muttaqin..ustaz ada berpesan..jangan tinggal solat..lebih-lebih lagi solat jemaah..malah, jauhkan diri dari sifat munafiq..kerana orang munafiq sukar bangun subuh dan menunaikan solat isya'..apatah lagi pergi bersolat jemaah di masjid di kala waktu subuh. Kini aku tak mahu terlepas untuk kupenuhi malam-malamku dengan kuisi sepenuhnya program-program kerohanian. Apatah lagi aku sekarang cuba untuk menghafal 30 juzuk al-Qur'an..Maka perlu kujaga adab-adab seorang yang ingin menjaga kalam-kalam-Nya yang mulia.
Oh! Memori itu datang menjengah lagi ke ruang-ruang mindaku. Amat sukar untuk kulupakan segala kenangan yang begitu bersama-samanya kerana Chu selalu mengingatkan aku dengan kenikmatan yang akan dikurniakan Allah Taala kepada hamba-hamba-Nya yang soleh.
Pada waktu sebegini jugalah doa yang dipohon sangat mustajab dan selalu diangkat. Malah banyak kenikmatan yang akan diganjarkan Allah kepada mereka yang bangun malam berqiamullail di saat orang lain sedang enak dibuai mempi-mimpi indah yang mengasyikkan. Sejak kebelakangan ini aku selalu berazam untuk cuba bangun bertahajjud walaupun ianya amat sukar sekali dalam rutin hidupku seharian.
Sejak aku bekerja ni, aku cuba untuk tidak mengabaikan tahajjud. Jika ada waktu luang seusai solat maghrib, aku akan bermuhasabah diri agar aku senantiasa dalam keadaan diberi peringatan sementara mengulangkaji setiap ayat-ayat hafazanku.
Chu merupakan seorang mak saudaraku yang sangat prihatin dan mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi kepadaku. Selalu dia akan menasihatkan aku agar selalu bersolat tahajjud. Chu sememangnya mak saudaraku yang baik budi pekertinya. Masih teringat pada sayup-sayup satu suara yang selalu membisikkan dan menukilkan kata-kata semangat buat membangunkan diriku..
" Kejayaan sebenar terletak pada kesanggupan diri seseorang menempuhinya selepas dia mencuba membaikinya di setiap kesilapan yang dilakukan..kerana manusia mana yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan diri untuk bangun malam sesudah berkali-kali jatuh berdengkur"
Sudah menjadi kebiasaan Chu menggunakan uslub yang berbaur muhasabah jika aku lemah dilanda badai ujian syaitan yang ketika itu memang terlalu liat untuk bangun di tengah-tengah kesejukkan yang amat menusuk isi dan tulangku. Ya, kata-katamu itu membuatkan aku tersenyum sendirian, Chu!
Astaghfirullahal ‘azim, berkali-kali aku beristighfar. Kenapa aku masih belum dapat menerima ketentutan Allah terhadap dirimu. Walaupun aku tahu, itu kerana Allah lebih menyayangi dirimu. Sebab itu Allah mengambil dirimu dahulu daripada diriku jika itu yang terbaik buatmu, Chu. Moga engkau bahagia di sana..amin.
Ya Allah! Engkau tempatkan 'Chu' bersama-sama hamba-hamba-Mu yang soleh. Chu, aku berjanji akan kuteruskan hidup ini walaubagaimana sekalipun ujian melanda. Namun, ketahuilah Chu bahawa kenangan bersamamu bukan sahaja di dunia ini malah akan terus kekal ke alam akhirat nanti...
Aku terus membentangkan tikar sejadah dan mula menunaikan solat sunat tahajjud. Takut-takut nanti tak sempat pula menunaikannya. Di saat itu, aku tak putus-putus mendoakan kesejahteraan dirinya di dalam solatku bersama-sama doaku terutamanya buat ayah dan ibuku yang tercinta, berserta doaku buat keluargaku tersayang, ustaz dan ustazahku, teman-teman seperjuangan dan kaum muslimin seluruhnya.
Aku terus bermonolog sendirian di depan Khaliq dalam keadaan air mataku tak mampu lagi kutahan daripada terus menitis laju mencurah-curah jatuh menimpa pipiku..
Percayalah Chu!
Walaupun siang dan malam datang silih berganti, setitis demi setitis titik-titik kenangan antara kita yang dibina dahulunya masih kusimpan semua takungannya dalam tempayan rumah hatiku. Malah ianya seperti sebatang pohon yang rendang sedang membesar mahu menggamit awan.
Saat demi saat, hari demi hari walaupun ianya sudah berlalu pergi bersama impian kita. Segala harapan demi harapan yang pernah kita ungkapkan bersama, sudah pastinya akan termaktub dalam keredhaan Allah yang selamanya kita cari dan dambakan.
Di sebalik tirai persaudara yang telah lama Allah bangunkan, ingin kuungkapkan bahawa engkau merupakan di antara mak saudaraku yang paling istimewa. Kau diibaratkan sebutir bintang, selalu sahaja membantu musafir yang lemah seperti diriku ini untuk berjalan dan berkelana di malam hari.
Chu, kaulah yang telah banyak mencetuskan semangat diriku yang kian luntur dari jiwa ketika itu. Itu kerana kau memiliki sebuah hati yang mulia lagi suci.
Sepertimana yang telah diungkapkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kata-katanya :
"Yang paling mulia dalam diri manusia itu ialah hati kerana melalui hati seseorang itu mampu mengenal Allah, beramal kerana-Nya dan berusaha menegakkan hak-Nya"
KUSELUSURI PUTARAN TAKDIR
Tuhan
Dalam detik dan saat putaran bumi
Bersamanya kitaran hidup setiap jiwa
Tersemat indah dalam ayat-ayat cinta-Mu
Penuh dengan alamat dan tanda
Peringatan untuk difahami dan dimengertikan
Tentang takdir semalam yang kutemui
Yang telah keluar dari persembunyiannya
Di sebalik hikmah kejadian manusia.
Kini yakinlah diriku bahawa
Kasih sayang-Mu masih ada sisanya
Di rerumputan jatuhnya embunan pagi
Di saat dinihari yang menghuni segala memori
Pada nyawa yang masih berkalang dijasadku.
Tuhan
Betapa aku masih tetap merindu
Betapa diriku masih tetap seperti dulu
Seperti bintang timur
Selalu menunjukkan arahnya
Pada setiap jalan untukku selalu bersama-Mu.
Tuhan
Kau biarkan diriku masih mengembara di bumi
Menanti saat berjumpa dengan-Mu
Percayalah!
Rinduku masih tiada tepinya
Meskipun kujelajahi putaran takdir
Betapa Dikau sahaja kekasih hati
Namun hendaklah Kau tahu
Aku jua mencintai setiap insan soleh
Yang Engkau cintai dan redhai.
-Hanya menyata apa di hati, 4 April 2008-
Aku terus bermonolog lagi..
Tuhan..
munajat hamba-Mu ini penuh bersulamkan kasih dan pengharapan. Walaupun aku tahu setiap insan yang bernyawa akan Kau badaikan dirinya dengan gelombang ujian-Mu. Namun, janganlah Kau uji diriku dengan sesuatu ujian yang tak mampu untuk kutanggung dan kupikul.
Chu..
Walau sesukarnya aku menerima pemergian dirimu. Namun terpaksalah kupasrah jua. Barangkali suatu hari nanti aku akan bersyukur dengan adanya perpisahan kita yang sementara ini. Malah ianya telah memberi ruang dan waktu untuk aku terus mengingati dan mensyukuri nikmat yang berharga itu kerana mengurniakan kepadaku seorang mak saudara yang baik seperti dirimu suatu ketika dahulu. Maka Dialah yang berhak mengambilnya kembali daripada sisiku.
Chu..
Kini barulah aku tahu...kadang-kala hidup ini sekeras mangkuk pijar kerana ianya disulami detik-detik suram yang begitu menyeksakan. Bagai air yang tetap mengalir di dalam sungai, hidup ini juga punyai detik-detik air bahnya. Seperti putaran musim yang senantiasa berubah, hidup ini juga punyai kehangatan musim panasnya yang tersangat terik dan kesejukkan musim dinginnya yang terlalu menusuk ke kulit.
Aku tahu..
Jika kita cuba menikmati hidup yang masih tersisa ini dengan penuh daya dan usaha. Jika kita masih mampu mengukir sebuah senyuman di bibir mulut dan meletakkan setinggi langit harapan dan impian. Walau masa sudah banyak mengubah hala tujunya dan umur sudah berapa banyak diterbangkannya. Yang pasti, aku masih ada peluang untuk menagih sisa-sisa kasih sayang dan menggamit keredhaan Tuhan.
Ya Allah!
Perkenankanlah kesemua permintaanku, biarpun lambat atau cepat, biarpun tak kukecapnya di alam dunia namun kuharap akan kuterimanya di Akhirat..kerana Diri-Mu sahaja yang mampu untuk mengangkat segala permintaan setiap permohonan semua hamba-hamba-Mu yang meminta.
Ya Allah!
Jadikan diriku ini hamba-Mu yang taat pada setiap suruh perintah-Mu dan abadikanlah diriku di kalangan mereka yang taat pada ibu dan ayah selamanya sebagai penyejuk hati dan seluruh insan yang berada disekeliling mereka berdua.
Allahumma Amin.

2 bisik bicara untuk Mohd Daharudin Haji Daud:
Para Bloggers yang dirahmati Allah..
Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala tegahanNya. Semoga dengan melakukan demikian, kita akan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t
Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita berbagai nikmat. Nikmat-nikmat tersebut jika kita mahu menghitungnya satu-persatu nescaya kita tidak akan mampu untuk membuat demikian. Kita diberi nikmat kesihatan. Kita diberi nikmat kekayaan. Kita diberi nikmat berkeluarga. Dan sebesar-besar nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita adalah nikmat Islam dan Iman.
Nikmat-nikmat ini tidak Allah beri kepada kita dengan percuma. Sebaliknya, kita akan ditanya oleh Allah tentang nikmat-nikmat tersebut, bagaimanakah kita menggunakannya. Kepada apakah kita menggunakannya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra:
Ertinya: Sesunggunya pendengaran, penglihatan dan akal, kesemua itu akan ditanya oleh Allah kelak.
Manusia dengan fitrahnya, cinta kepada harta kekayaan. Sifat tamak dan rasa tidak puas dengan harta kekayaan merupakan satu sifat yang terkeji yang wujud dalam diri manusia. Maka nikmat harta kekayaan merupakan satu perkara yang sering membawa pertelingkahan. Terutama sekali apabila harta tersebut menjadi harta warisan.
Islam tidak melarang umatnya dari memiliki harta kekayaan di dunia. Islam juga tidak memerintahkan umatnya agar meninggalkan kekayaan dunia semata-mata. Harta kekayaan boleh menjadi sumber kekuatan kepada umat Islam, terutama dalam zaman sekarang ini. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Tidak ada perasaan iri hati kecuali pada dua perkara: Seorang yang Allah berikannya ilmu Al-Quran sehingga ia membaca dan mengajarnya siang dan malam. Dan seorang yang Allah berikan padanya harta kekayaan sehingga di menafkahkannya siang dan malam.
Jelaslah bahawa mengumpul harta kekayaan bukanlah satu perkara yang terkeji. Sebaliknya duduk berdiam dan mengharapkan belas ihsan orang lain itulah yang dikeji. Akan tetapi Islam telah meletakkan garis pandu untuk manusia dalam menguruskan harta kekayaan.
Pertama sekali, Islam telah menekankan bahawa harta kekayaan kita bukanlah milik kita yang mutlak, tetapi adalah milik Allah. Bahkan setiap sesuatu adalah milik Allah. Kita hanya diberi izin untuk mengendalikannya seperti mana yang telah Allah tentukan. Pada hakikatnya, kita tidak memiliki sesuatu apapun. Harta adalah amanah Allah kepada kita.
Adakah kita tergamak untuk mengaku bahawa harta di dunia ini adalah harta kita?
Adakah kita tergamak untuk menggunakannya kepada perkara yang dilarang oleh empunya harta tersebut?
Harta kekayaan yang diberikan kepada kita datang bersamanya berbagai cubaan dan godaan. Kadang-kadang cubaan dan godaan tersebut terasa amat besar sehingga mungkin kita merasakan bahawa hidup tanpa berharta adalah lebih baik dari hidup dengan banyak harta. Akan tetapi, kesilapan bukanlah terletak pada harta tersebut. Kesilapan selalunya datang dari mereka yang bertanggung-jawab terhadap harta tersebut.
Mereka yang nafsunya dikendalikan oleh sifat tamak dan rakus sehingga menimbulkan pertelingkahan dan permusuhan. Mereka yang nafsunya dikendalikan oleh emosi dan perasaan sehingga mengakibatkan keretakan hubungan persaudaraan dan famili. Harta boleh membantu. Dalam masa yang sama harta juga boleh menghancurkan.
Masalah yang kerap timbul sehingga berlakunya perpecahan sesebuah keluarga adalah masalah harta warisan. Kematian seseorang sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada yang hidup.
Sebaliknya, kita lihat kematian seseorang mengakibatkan perpecahan dan pertelingkahan antara para ahli waris.
Tidakkah kita malu kepada Allah, merebut harta yang bukan milik kita?
Tidakkah kita malu kepada manusia lain, merebut harta yang tidak datang dari hasil titik peluh kita sendiri?
Sepertimana kita mahu melihat ahli keluarga kita hidup dengan harmoni, kita juga tidak mahu mereka berpecah-belah selepas kematian kita kelak. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisaa, ayat 9:
Dan hendaklah takut kepada Allah, orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap kesejahteraan mereka.
Didalam ayat ini Allah s.w.t memerintahkan kepada kita agar berhati-hati agar kita tidak meninggalkan zuriat yang lemah, yang akan bertelingkah sesama mereka, yang merebut harta pusaka sehingga tidak ada masa untuk mendoakan untuk kita apabila kita sudah berada dalam kubur kelak.
Maka apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan perkara demikian?
Apakah cara-cara agar kita tidak meninggalkan zuriat yang merebut harta kita sebelum hancur jasad kita.
Lihatlah apa yang telah Allah nasihatkan kepada kita pada penghujung ayat tersebut:
"Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar."
Pertama: Kita hendaklah bertaqwa kepada Allah. Bertaqwa disini merangkumi berbagai aspek. Kita bertaqwa kepada Allah dalan ibadah kita. Kita bertaqwa kepada Allah dalam memimpin keluarga kita. Kita bertaqwa kepada Allah dalam mendidik anak-anak kita.
Kita tanamkan dalam jiwa anak-anak kita dengan pendidikan Islam agar mereka faham akan hakikat hidup di dunia ini. Agar mereka dapat menilai tujuan sebenar dan matlamat kehidupan di dunia ini. Agar mereka tidak mementingkan harta dunia lebih dari akhirat.
Kedua: Kita hendaklah mengucapkan perkataan yang benar. Kita menasihati anak-anak kita tentang peri pentingnya kehidupan ini berlandaskan Islam. Kita mengingati anak-anak kita tentang peri pentingnya mengambil harta dari sumber yang halal. Maka sewajarnya kita menunjukkan sikap yang demikian juga.
Apabila kita mewarisi harta, janganlah kita menunjukkan sikap rakus dan tamak. Sebaliknya kita harus mengikut apa yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran tentang pembahagian harta pusaka mengikut faraidh. Kita harus berasa insaf, bukannya gembira mendapat harta tersebut. Ingatlah bahawa kita juga akan mati dan meninggalkan harta pusaka. Kita tidak mahu harta kita tersebut direbuti sehingga kita dilupakan didalam kubur tanpa diiringi doa.
Firman Allah s.w.t:
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu mengisi perut mereka dengan api. Dan mereka akan tinggal didalam api yang menyala-nyala.
Baarakallah.......
Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik.
Apakah anda tidak menyedari bahawa hari-hari yang anda lewati justeru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?
Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan.
Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.
Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.
Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam al-Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berfikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita pikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya.
Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini.
Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya.
Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!
Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap.
Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini.
Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengerdipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda.
Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.
Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “selonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat.
Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.
Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.
Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeza yang disebabkan oleh kematian anda.
Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya.
Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung atas pemergian anda.
Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima tahun kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.
Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka cacing-cacing dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikarenakan ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma.
Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk.
Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan.
Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.
Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosial atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.
Singkatnya, “longgokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikkan.
Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi bahagian dari tanah.
Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?
Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini justeru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting
Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyedarkan dirinya bahawa dia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh.
Dengan lain perkataan, manusia harus menyedari bahawa dia memiliki suatu yang wujud di luar tubuhnya.
Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya - yang dia cuba untuk miliki seakan-akan dia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -.
Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.
Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya.
Bahkan dia cenderung untuk menafikan kewujudan sesuatu yang dia hindari pertemuannya.
Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian.
Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian].
Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka.
Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)
Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kubur. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.
wallahu'alam
Post a Comment