Tazkirah...sebagai peringatan

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini mengingatkan anjang tentang perkara yang disunatkan buat kita berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).


عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ


Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)


وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).


Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya..

Amin..

Makanan : Punca Manisnya Iman..

Semalam anjang dapat pengisian daripada seorang ustaz, Ustaz Ahmad Yahya yang sudah beberapa tahun anjang mengenali dirinya, sejak dibangku sekolah lagi. Pada masa tu anjang baru Tingkatan Empat..anjang pernah pergi ke Kuala Lumpur..di situlah anjang mengenali Ustaz Ahmad Yahya.

Dalam pengisian kuliyyah beliau...ustaz banyak menekankan tentang penjagaan makanan yang ingin dimakan oleh kita.janganlah terlalu banyak sehinggakan memudharatkan badan dan melemahkan kita untuk beribadat kepada Allah..

Ingatlah! tiada perkara yang lebih dicintai Allah daripada lapar dan dahaga..dan ingatlah fikir itu ibadah dan sedikit makan itu juga adalah ibadah..

Lihatlah kurun sahabat dan tabiein..bagaimana peribadi mereka..bagaimanakah akhlak mereka..
terlalu hebat kerana mereka menjaga makanan yang ingin dimakan oleh mereka, yang akan menjadi darah daging mereka. Mereka sanggup berlapar daripada makan makanan yang haram.

Pernah ada sahabat berkata : " Kami rela berlapar, tidak makan dan tidak minum daripada kami mengisi perut kami dengan benda ( makanan ) yang haram yang menghalalkan tubuh kami dibakar oleh api neraka Allah di akhirat kelak".

Cuba kita renung-renung sejenak dengan peristiwa Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga yang penuh dengan nikmat..bukankah disebabkan makanan yang mereka makan?

Maka berwaspadalah dengan makanan yang akan menjadi darah daging kita setiap hari kita kunyah untuk keperluan perut kita. Biarlah semuanya daripada hasil yang halal.

Ya Allah! Kau peliharalah kami daripada azab siksa-Mu yang maha dahsyat itu semasa kami menemui-Mu di Hari Akhirat kelak.

Tahun Baru Hijrah 1429

Sekarang kita sudah beberapa hari menjejakkan kaki ke tahun baru hijrah 1429. Masalahnya, adakah kita sedar ataupun masih tak sedar akan kehadiran tahun baru hijrah ini..

Di sini, anjang ingin menarik perhatian entum semua dengan satu pertanyaan..apakah kita semua benar-benar menghayati erti kata sebenar hijrah itu? Fikir-fikirlah sendiri..di masjid banyak mengisi program-program tertentu untuk sambutan ma'al hijrah ini..hari ini hari jumaat, anjang masih lagi mendengar perkataan hijrah daripada mulut Khatib..jadi betapa pentingnya hijrah itu..

Baiklah, anjang juga tak mahu terlepas pandang untuk menulis artikel pendek mengenai hijrah tahun ini..

Erti sebenar Hijrah dari segi bahasa adalah berpindah manakala dari segi istilah berpindah kepada yang baik dari yang buruk.

Namun orang lebih memandang maksud bahasa dari maksud istilah.Perjuangan hijrah tidak diterapkan kedalam hati sanubari insan yang hanya hidup berlatarkan pentas leka. Mereka terus bermimpi dalam mimpi ciptaan mereka.

Apakah pengisian kita pada tahun ini.?Apakah seimbang hal dunia akhirat yang kita lakukan pada tahun ini?Apakah sudah memadai amalan kita pada 1428 untuk memartabatkan kita semua sebagai muslim sejati?Apakah semua yang dilakukan pada 1428 kerana Allah?Apakah semua yang dilakukan berdasarkan syariat atau pun melalui pemikiran liberal semata-mata?

Walaupun kali ini merupakan Hijrah ke-1429 tetapi masih kita sedar perilaku sesetengah golongan masih lagi seperti zaman jahiliyah. Zaman di mana mereka bertindak menggunakan nafsu dan tidak berasaskan akal fikiran.

Walaupun Malaysia diisytihar sebagai negara Islam, tetapi pengisytiharan itu bagaikan tiada kesan sehingga sekarang.Masyarakat masih melakukan larangan Allah.Pihak tertentu mengambil kesempatan.Pihak tertentu juga menggunakan pangkat sebagai penyelesaian segala-galanya.

Berbalik tentang pengertian sebenar hijrah yang perlu hadir dalam perubahan diri individu yang bergelar muslim mukmin itu ialah daripada lima sudut penting :

Pertama : Peningkatan iman kita kepada Allah Taala
Kedua : Peningkatan dari sudut ilmu agama
Ketiga : Peningkatan dari sudut amal kebaikan dan ibadah yang ikhlas
Keempat : Perubahan nafsu ke arah kebaikan iaitu nasfu yang muthma'innah
Kelima : Perubahan akhlak, peribadi muslim yang kamil.

Jangan jadikan diri umat Islam yang jumlahnya ramai pada hari ini hanya seumpama buih-buih di lautan, tidak dapat berbuat apa-apa dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh, sesuai dengan peringatan daripada hadis Nabi saw.

Biarlah kita di antara umat Nabi Muhammad yang masih ada semangat pemuda-pemuda islam terdahulu yang telah beriman dengan sebenar-benar iman bangun untuk berjihad di jalan Allah demi mengembalikan keagungan Islam.

Dalam konteks yang lebih luas lagi, hijrah kita sekarang lebih membawa erti berpindah daripada kejahiliahan Barat kepada keIslaman yang sebenar, daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kesesatan kepada hidayah, daripada kekufuran nikmat kepada keimanan hakiki, daripada syirik kepada tauhid, daripada kebatilan kepada kebenaran, daripada kejahilan kepada keilmuan, dari pada kepalsuan kepada kebenaran, daripada kehinaan kepada kemuliaan, dan daripada kemungkaran kepada kemakrufan. Dengan kata lain, aspek hijrah yang penting ialah yang berasaskan ilmu agama yang mantap dan telus (ikhlas) semata-mata kerana Allah Taala.

"Maksud daripada sebuah hadis baginda S.A.W : Dari ‘Aisyah, beliau berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :Tidak ada hijrah setelah penaklukan kota Mekkah, akan tetapi hijrah dari sudut jihad dan niat, dan jika kalian diminta untuk pergi berjihad maka pergilah"
[Dikeluarkan oleh al-Bukhari No. 2783 kitab al-Jihad wa as-siyar dan Muslim No. 1864 , kitab al-Imaarah]

Wallahua’lam

Bab Bersungguh-sungguh Mengerjakan Amalan...

Hadis ke-98 Kitab Riyadhus Solihin

Maksud hadis :

" Daripada Anas r.a. , daripada Nabi S.A.W. meriwayatkan apa yang diterangkan dalam hadis qudsi, { jika seseorang hamba menghampiri-KU sejengkal, maka AKU menghampirinya sehasta, jika dia menghampiri-KU sehasta maka AKU menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepada-KU dengan keadaan berjalan maka AKU datang kepadanya dengan berlari } "

[ Hadis Riwayat Bukhori ]

Sahabat-sahabatku Fillah! Apabila kita renung sedalam-dalamnya kandungan hadis di atas..betapa kita sangat-sangat digalakkan untuk mencari keredhaan Allah..bukti galakkan itu ialah di mana Allah telah membuat bayangan betapa dekatnya diri-NYA dengan kita apabila kita ingin mendekati diri-NYA. Lalu, kita seharusnya mempertingkatkan amalan dari hari ke hari, dari masa ke masa dan dari baik kepada lebih baik seperti dinyatakan dalam maksud hadis di atas. Ingatlah! Ganjaran Allah akan ternanti buat kita di dunia yang kekal abadi ( iaitu negeri akhirat ) yang tidak dapat ditandingi oleh apa-apa jua yang kita dapati di dunia yang sementara ini.

Hadis ke-99 Kitab Riyadhus Solihin

Maksud Hadis :

" Daripada Abdullah bin Abbas r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. ada bersabda { dua jenis ni'mat yang kebanyakkan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan } "

[ Hadis Riwayat Bukhori ]

Ya Ashaabiy Al-Kiraam! Ingatlah selalu...Betapa pentingnya kita menjaga kesihatan tubuh badan yang mana kesihatan itu adalah satu ni'mat daripada Allah. Maka kita hendaklah juga menggunakan masa sihat itu dengan amalan kebaikan dan amalan soleh sebelum ditimpa sakit yang menyebabkan kita tak terdaya melakukan ibadah itu dengan sesempurnanya.

Malah Rasulullah memperingatkan kita supaya jangan mensia-siakan masa lapang yang ada dengan begitu sahaja. Masa lapang itu hendaklah diisi dengan melaksanakan semua perintah Allah demi merebut redha Allah yang berkekalan.

Sepatutnya kita memerhati, kedua-dua ni'mat ini..masa sihat dan masa lapang ini adalah ujian dan cubaan Allah buat kita semua. Oleh itu, hendaklah kita gunakan masa sihat dan masa lapang ini untuk memerangi hawa nafsu supaya kita tidak mensia-siakan kedua-dua ni'mat yang telah Allah berikan kepada kita ini.

Hadis ke-100 Kitab Riyadhus Solihin

Maksud Hadis :

" Daripada Aishah r.ah. bahawa Nabi S.A.W. bangun di waktu malam ( bersolat tahajjud ) sehingga bengkak kedua-dua kaki baginda. Lalu aku ( Aishah ) bertanya kepada baginda : kenapa engkau lakukan sebegini wahai Rasulullah?... Sesungguhnya Allah Taala telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan terkemudian. Jawab baginda S.A.W. kepada isterinya Saidatina Aishah : ( Wahai Aishah ) Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur? "

[ Muttafaqun 'alaih ]

Ingatlah sahabatku seISLAM! setiap daripada kita wajib berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba Allah yang lebih diredhai dan lebih dicintai-NYA.

Maka dengan memperbanyakkan melakukan amal ibadah akan meletakkan kita dikalangan hamba-hamba-NYA yang sedikit. Kerana hamba-hamba-NYA yang tahu bersyukur itu sangat sedikit bilangannya. Sepatutnya kita berebut-rebut untuk mengucap syukur kepada Allah tanda betapa bersyukurnya kita dengan ni'mat pemberian Allah buat kita selama ini.

Pernah suatu ketika ada seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. ketika dia sudah pun berada di zaman Saidina Umar Al-Khattab, semasa dia berdoa..dia memohon agar dijadikan dirinya di kalangan orang yang sedikit..dengan doanya : Ya Allah, Kau jadikan aku dikalangan orang yang sedikit. Maka pelik dan bertambah hairanlah Saidina Umar Al-Khattab mendengar doanya itu..lalu ditanya kepadanya : mengapa engkau memohon kepada Allah agar dijadikan engkau dikalangan orang yang sedikit..maka dijawab oleh sahabat baginda itu kepada Saidina Umar Al-Khattab : Bukankah aku ini ingin menjadi dikalangan hamba-hamba Allah yang bersyukur..bukankah hanya sedikit sahaja hamba-hamba-NYA yang tahu bersyukur?. Saidina Umar terpegun dengan jawapan sahabat itu.

Hadis ke-101 Kitab Riyadhus Solihin

Maksud Hadis :

" Daripada Aishah r.ah. katanya : Kebiasaan Rasulullah S.A.W. apabila masuk malam yang sepuluh terakhir ( malam yang ke-21 daripada bulan Ramadhan ) baginda akan menghidupkan malam tersebut ( dengan banginda memperbanyakkan amalannya ) , membangunkan ahli keluarganya serta bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah dan menjerut tali pinggangnya ( iaitu menjauhi perempuan ) .

[ Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim ]

Sahabat....Hadis ini juga meminta kita berjuang dengan bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu. Islam menggalakkan ahli keluarga turut sama beramal dengan bersungguh-sungguh semata-mata kerana mengharapkan ma'firah dan mardhotillah dengan mengerjakan amal-amal soleh di akhir bulan Ramadhan kerana di situlah letaknya satu malam yang sukar dicari ganti iaitu malam lailatul qadr. Di mana malam lailatul qadr ini datangnya hanya sekali pada setiap tahun yang silih bertukar ganti.


Hadis ke-102 Kitab Riyadhus Solihin

Maksud hadis :

" Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. ada bersabda : Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mu'min yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikannya. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna ( di dunia dan untuk bekalan ke akhirat ) , hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah iaitu dengan berputus asa dan merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu musibah janganlah engkau mengeluh dengan berkata : Andainya aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu...akan tetapi katakanlah : ini takdir Allah S.W.T. dan Allah berbuat sekehendak-NYA. Sesungguhnya perkataan ' andainya ' hanya membuka jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu " .

[ Hadis Riwayat Muslim ]

Sahabat! Ingatlah kepada hadis ini baik-baik...kita memang wajib berjuang untuk meningkatkan amal kebaikan dan membaik pulih keimanan kita kepada Allah S.W.T seikhlas yang mungkin. Hawa nafsu tak akan dapat di atasi dengan iman yang lemah kecuali sesudah iman itu menjadi kuat dan kental.

Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya mengerjakan sesuatu yang bermanfaat sama ada di dunia apatah lagi untuk bekalan ke negeri akhirat kelak.

Islam juga senantiasa menggalakkan umatnya meminta pertolongan Allah dan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengeluh dan berputus asa . Oleh sebab itu, apabila kita menemui sesuatu kegagalan maka hendaklah kita ungkap : Ini adalah takdir daripada Allah. Supaya kita tidak memberi ruang untuk syaitan merancang sesuatu strategi untuk merosakkan aqidah kita. Maka beringatlah selalu!

Wallahu a'lam bis Sowab..

Agar Aku Menjadi Insan Cemerlang Dunia dan Akhirat

Bismillahirrrahmanirrahim...


insan cemerlang..
dicampak ke laut menjadi pulau..
dicampak ke langit menjadi bintang..
jatuh ke bumi menjadi intan..
jatuh ke tanah tumbuh rendang..
terawang-awang menjadi awan..

namun..
tetap patuh kepada Tuhan..
walau tinggi mana kaki berdiri..
walau jauh mana laut direnangi.


Ilmu penyuluh di hari muka
Akan ku tuntut sepenuh jiwa
Selagi hayat dipenuh dunia
Akan kutimbang akan ku teroka
Nama sekolah akan ku sanjung
Restu pendidik mengiringi langkah
Insan cemerlang akan ku gapai jua.

Sahsiah unggul penghias diri
Janji ku kepada diri
Janji ku kepada semua
Menjadi insan berbakti
Hidup beradab dimana jua
Ku tahu
Insan cemerlang itu
Aqidahnya berlandas iman
Taqwanya utuh kepada Tuhan
Akhlaknya terpuji
Hatinya suci
Tawaddaqnya tinggi sekali.