Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Mengapa Perlu Saya Berhenti Merokok ???






Jangan merokok kerana banyak kesan-kesan buruk akibat dari tabiat merokok dan benda-benda yang berada di dalam rokok itu sendiri.

Adakah kita tidak mahu untuk sihat sepanjang hayat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :

1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

- Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

1) Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

2) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

3) Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

4) Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok

5) Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

6) Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

7) Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat

8) Meningkatkan deria bau dan rasa

9) Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar

10) Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok

11) Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

12) Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran

13) Meningkatkan kesuburan.

14) Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?

- Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1) Tetapkan tarikh untuk berhenti
2) Yakin diri
3) Buatkan nota peringatan
4) Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
5) Sentiasa berfikiran positif
6) Dapatkan sokongan
7) Gunakan terapi penganti nikotin
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :

1) Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2) Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3) Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

4) Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

5) Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok

6) Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7) Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8) Membasuh tangan selalu

9) Mandi dengan kerap

10) Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11) Meditasi

12) Memohon doa
- Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Adakah saya kuat merokok? Adakah saya mengalami ketagihan rokok?
Anda boleh menentukan kebergantungan anda kepada tembakau dengan menjawab soalan-soalan di bawah.

Status kebergantungan.
Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin

a) Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
Dalam masa 5 minit (3 mata)
5 hingga 30 minit (2 mata)
31 hingga 60 minit (1 mata)
Selepas 60 minit (0 mata))


b) Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
Ya ( 1 mata)
Tidak ( 0 mata)

c) Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai
Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
Sebarang masa ( 0 mata )

d) Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
10 atau kurang ( 0 mata )
11 hingga 20 ( 1 mata )
21 hingga 30 ( 2 mata
31 atau lebih ( 3 mata)

e) Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
Ya ( 1 mata )
Tidak ( 0 mata

f) Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
Ya ( 1 mata )
Tidak ( 0 mata )

Pemarkahan:

7 hingga 10 mata = sangat bergantung
4 hingga 6 mata = sederhana
Kurang dari 4 mata= minima

Modified Fagerstrom test for evaluating intensity of physical dependence on nicotine. Adapted permission from Heatherton TF, Kozlowski LT, Frecker RC, Fagerstrom KO. The Fagerstrom test for nicotine dependence: a revision of the Fagerstrom Tolerance Questionnaire. Br J Addict 1991;86:1119-27.


Kumpulan Sokongan
Malaysia Council For Tobacco Control (MCTC)

Kuasa Sujud Untuk Kesihatan Dan Jiwa


Anjang bertandang lagi membawa sahabat tentang kelebihan dan keistimewaan yang tersembunyi disebalik sujud yang sering kita lakukan. Dari segi psikologinya, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan ALLAH S.W.T. sekaligus mengikis segala sifat-sifat mazmumah seperti sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Antara hikmah sujud pula dari segi perubatan dan kesihatan ialah antaranya:

- Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

- Mengurangkan ketegangan pada paru-paru dan melegakan sistem pernafasan.

- Melegakan sakit hernia (angin pasang) dan apendiks.

- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- Perbuatan hendak sujud dan bangun darinya akan merangsang pergerakan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan peredaran darah yang baik.

- Mengurangkan kegemukan.

Hikmah sujud kepada wanita pula ialah :

- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- Gerakan otot ketika sujud menjadikan buah dada wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

- Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin serta memudahkan organ peranakan kembali ke tempat asalnya.
Terbukti kehebatan kuasa sujud itu jika anda semua telah membiasakannya...
Maka jangan sesekali tinggal solat!!!

Istimewanya pergerakan SOLAT


Tajuk Kajian :
KESAN PERGERAKAN SOLAT KE ATAS KESIHATAN

Oleh :
Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim
Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas
En. Ng Siew Cheok
Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaya.

Pengenalan

Solat melibatkan pergerakan hampir kesemua anggota badan.
- Pergerakan utama solat ialah berdiri betul, rukuk, sujud dan duduk.
- Pergerakan dan posisi dalam solat ini dipercayai mempunyai banyak kesan positif ke atas kesihatan.
- Tetapi, kajian saintifik tentang hikmah pergerakan solat ke atas kesihatan masih sangat kurang.

Kajian PhD Thesis:
Kajian mengenai kesan solat Tahajud keatas sistem pertahanan tubuh.

Oleh: Dr. Moh Sholeh dari Universitas Surabaya.

Subjek: 19 pelajar sekolah pondok.

Kaedah:
1) Solat tahajud setiap malam selama 3 bulan
2) Sampel darah diambil sebul
an sekali untuk mengukur tahap hormon kortisol (hormon stress) dan immunoglobulin badan (sistem imun badan).

Keputusan:
-Sistem imun badan meningkat mengurangkan risiko penyakit kanser
-Penurunan hormon kortisol (hormon stress)
mengurangkan risiko angin ahmar


Buku terbitan PT Alma’arif Bandung: Hikmah Kesihatan dalam Solat
Oleh: Prof. Dr. A. Saboe

Kaedah:
Kajian pustaka mengenai 6 pergerakan dalam solat, seperti berikut:
1) Berdiri betul
2) Rukuk
3) Sujud
4) Duduk antara Dua Sujud
5) Duduk Tahiyat
6) Memusing kepala untuk memberi salam.




Posisi Berdiri Betul

Kebaikan:Paksi badan berada dalam satu garis lurus, beban badan di letakkan di kedua-dua kaki. Otot atas belakang badan berada dalam keadaan rehat. Otot-otot kedua tangan berada dalam keadaan istirehat sepenuhnya.



Posisi Rukuk

Kebaikan: Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang.Merengangkan otot peha dan betis.Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.Melembutkan ruas belakang, untuk mengurangkan kesakitan sewaktu bersalin.






Posisi Sujud

Kebaikan: Melancarkan aliran darah dan limfa
Membantu proses pengepaman jantung dan mengekalkan aterioklerosis (pengerasan salur darah)
Menguatkan otot-otot dada.
Melancarkan aliran darah ke otak.
Memulihkan kedudukan rahim wanita.




Posisi Duduk antara dua sujud

Kebaikan: Melancarkan aliran darah ke kawasan bawah badan.
Membantu penghadaman.
Mengurut otot bahagian bawah badan.
Merawat otot-otot yang tercedera selepas bersalin.
Merawat buasir.






Posisi Duduk Tahiyat

Kebaikan : posisi kaki umpama rawatan 'akupunture',
merawat tapak kaki yang merawat organ-organ dalaman.
Merawat buasir
Merawat sakit tuan dan sakit puan













Posisi memusingkan kepala ketika memberi salam

Kebaikan: Menguatkan otot leher
Menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher.




Ringkasan Formula NW 1




Kali ini ingin sekali anjang berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.. iaitu tentang kajian warna organ tubuh badan kita dalam kaedah CVT bagi merawat diri.. kerana ianya lebih praktikal malah adanya hubung-kait yang sangat rapat dengan kaedah rawatan ISLAM.. terlihat ianya merangkumi aspek rohani dan jasmani.. bermula daripada formula NW 1 sehinggalah ke NW 20.. insya-Allah, akan anjang bawakannya satu persatu..

Berikut ialah ringkasan keterangan Formula NW 1:


FORMULANW1
NAMA FORMULAVITALWHITE
WARNASINAR PUTIH
FREQUENCYBawah1 nanometer mengampiri 0 nanometer
WAKTURESONAN2jam selepas Isyak hingga selama 2 jam
(11.00 malam hingga 1.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATLigat,mood, semangat.
PSIKOLOGI KETIKA SAKITAngau,termenung, hilang semangat.
KAWASAN
  1. Kelenjar Pineal
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Perlu untuk semua keadaan pada sistem immmune(alternatif kepada immunisasi).
  • Aktif berlebihan
  • Kejutan kemalangan
  • Luka / mengawal virus.
  • Memulihkan semangat.
  • Meningkatkan keyakinan.
  • Hilang keceriaan.
  • Lembab dalam pergerakan.
  • Malas.
  • Mudah terperanjat.
  • Tenaga keseimbangan untuk lelaki.
  • Delusi dan halunisani.
  • Kekaburan kesedaran (koma).
  • Kelesuan yang menyeluruh.
KETERANGAN FORMULA
  • Meningkatkan dan menguatkan tindak balas kepada semuaformula yang lain.
  • Kegunaan seisi keluarga.
  • Mengawal kelenjar Pineal / mengawal aktiviti utamasemua sistem kelenjar yang lain.
  • Gangguan tenaga luar (halusinasi) yang dianggap benaroleh pesakit.
  • Fungsi vital penting dalam mengawal peredaran darah.

Seminar Fisiologi Dan Applied Kinesiology








Assalamu'alaikum sahabat-sahabat anjang yang dikasihi.. moga-moga anda semua sentiasa sihat-sihat hendaknya di bawah lembayung maghfirah dan mardhiyyah Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

Anjang kembali ke teratak ini untuk berkongsi pengalaman anjang semasa mengikuti Seminar Fisiologi dan Applied Kinesioligy yang di anjurkan oleh Dr. Ariffaizal bin Mohd Nor Ariffin.. anjang mula bertolak dari Kedah pada pukul 11 malam lebih kurang.. banyak juga perhentian yang anjang singgah.. di tapah, di gopeng, di sungai buluh... dan akhirnya anjang sampai di Kuala Lumpur dalam pukul 5 pagi, singgah sebentar di Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat fardhu Subuh.. sungguh berbeza apabila dibandingkan dengan amalan Masjid Muttaqin di Jitra, Kedah kerana selepas solat Subuh..

Ya, imam sememangnya seperti biasa berwirid mengikut wirid ahli Madinah cuma hanya ditambah dengan membaca surah yasin dan akhirnya berdoa..namun begitu ia tidaklah menjadi perkara yang luar biasa kerana amalan itu perlu bagi seseorang mukmin membiasakan dirinya setiap hari.. iaitu dengan membaca Al-Qur'an di mana seseorang muslim mukmin itu sangat perlu membaca dan menhayatinya adalah bagi mendekatkan lagi kepada Pencipta jasad dan roh iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala..

hmmm...anjang sambung semula ya...ya..di mana kursus atau seminar yang anjang ikuti ini dibuat pada 1 Mac 2009..iaitu pada Hari Ahad yang lalu.. bertempat di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur iaitu di Kuala Lumpur International Hotel, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur..

Objektif seminar ini dibuat ialah untuk :

- memahami konsep getaran tenaga warna dan kaitannya dengan organ tubuh badan kita.

-mengenali organ tubuh manusia dan karakter yang dipengaruhinya.

-mempelajari teknik mendiagnosis menggunakan Applied Kinesiology.

-mengetahui petua penjagaan kesihatan keseluruhan dalam amalan sehari-hari dalam kehidupan kita seharian.


Petua Kesihatan Menyeluruh :

- setiap organ tubuh kita mempunyai pengaruh karakternya.

- tahap kesihatannya boleh dipengaruhi oleh faktor pemakanan dan amalan seharian begitu juga cara berfikir seseorang..HARUS DIINGAT ITU YA SAHABAT!!!!

- mengenali dan memahami organ dengan lebih dekat akan membantu kita mengenal penyakit, memberi kelegaan kepada penyakit tersebut, mencegah dan merawat penyakit.

- dengan mengawal faktor persekitaran anda seperti pemakanan, amalan harian dan cara berfikir akan membantu mengekalkan tahap kesihatan anda pada tahap yang paling optimum..

Apa itu Applied Kinesiology?

- kaedah tindak balas otot untuk menguji tenaga berdasarkan niat yang mempunyai fokus dan jelas.

- merupakan salah satu kaedah pemeriksaan tenaga tubuh bagi tujuan mengenal pasti penyakit, kelemahan dan penentuan rawatan yang tepat dalam ikhtiar merawat melalui kaedah Colour Vibration Therapy.

- boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.