Hapuskan Budaya Hedonisme...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Lafaz kesyukuran Anjang rafa'kan kepada Ilahi di atas segala rahmat dan nikmat kasih sayang-Nya, dapat lagi Anjang menulis untuk meneruskan rasa cintakan ilmu dan iman. Demi menjaga aqidah diri Anjang dan umat supaya hidup dengan aman, tenteram dan bahagia menurut kehendak dan redha Allah S.W.T..

Khutbah Jumaat kali ini khatib di Masjid Tanjong Pauh Jitra telah membangkitkan masalah mengenai Budaya Hedonisme yang semakin serius menular di kalangan masyarakat terutamanya di Malaysia.

Buktinya, aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di setiap negeri ternyata lebih cenderung kepada hiburan yang melalaikan seperti Battle of the Band, Kugiran, Joget Lambak, Dansa, konsert-konsert dan sebagainya.

Kesan daripada wujudnya Budaya Hedonisme ini, masyarakat tidak lagi berminat untuk menghadiri kuliah-kuliah ilmu keagamaan di masjid-masjid, forum-forum keagamaan dan lain-lain lagi program yang berfaedah sebaliknya mereka lebih cenderung kepada hiburan yang melalaikan dan mengasyikkan. Akibatnya, prestasi akhlak muda-mudi yang terdiri daripada golongan belia remaja Malaysia semakin menurun. Maka lihatlah kesannya telah mengakibatkan maksiat terus berleluasa dan bermaharajalela. Lihatlah sendiri dengan "membuka mata hati" tentang keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi semakin parah dan benar-benar serius.

Akibat faktor sedemikian terjadi di Malaysia, Anjang sebagai seorang masyarakat yang prihatin dan mempunyai sifat kasih sayang terhadap apa yang berlaku... Anjang menyeru kepada semua masyarakat agar membuka mata seluas-luasnya dengan mengambil iktibar dan pengajaran. Ya, kita seharusnya menghindari gejala yang tidak berfaedah ini. Gelaja ini bukan sahaja salah di sisi agama Islam malah gejala ini juga akan menyebabkan masyarakat yang terdiri daripada golongan belia remaja kita terjerumus ke lembah maksiat dan kemungkaran malah mereka akan lalai daripada mengejar ilmu pengetahuan, yang dimaksudkan Anjang di sini ialah "buta ilmu agama". Sebagai masyarakat yang prihatin dan punyai sikap tanggungjawab yang tinggi seharusnya semua pihak sama-sama berganding bahu menggembeling tenaga dalam memperbanyakkan lagi program-program yang berbentuk ilmiah boleh kita hadiri seperti program wacana ilmu, forum perdana, diskusi ilmu, kuliah-kuliah keagamaan dan sebagainya.

Akhir kata daripada Anjang : Anjang ingin mengajak semua masyarakat agar dapat melihat fenomena yang kian melanda dan disedut sendiri oleh umat Islam terutamanya golongan pemuda-pemudi kita di Malaysia pada hari ini. Maka marilah kita berazam dan berjanji kepada diri kita, agar kita menjauhi dan tidak menyokong segala aktiviti atau mana-mana program yang berunsurkan hedonisme yang kini telah banyak di anjurkan oleh sesetengah pihak yang ingin meruntuhkan moral dan akhlak remaja Islam di Malaysia. Sedar atau tidak, anda semua lebih tahu tentang diri anda sendiri. Semoga perjanjian kita ini sedikit sebanyak boleh mencegah gelaja ini daripada berleluasa di Malaysia yang kita cintai ini. Semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan serta mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. Amien...

Hapuskan Budaya Hedonisme kerana budaya ini telah membawa satu pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan harta-benda atau material adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut kefaahaman ini, mereka lebih berminat dengan kehidupan yang bersenang-lenang, pergi ke pesta-pesta atau konsert-konsert dan berpelesiran merupakan tujuan utama hidup. Mereka tidak juga akan menghiraukan dan mengendahkan sama ada menyenangkan bagi orang lain atau tidak kerana mereka beranggapan hidup ini hanya sekali sehingga mereka merasa ingin untuk menikmati hidup senikmat-nikmatnya.

Di dalam lingkungan pembawa kefahaman ini, mereka hidup sebebas-bebasnya demi memenuhi dan memuaskan hawa nafsu yang tanpa batasan. Daripada golongan pembawa kefahaman ini telah muncul "nudisme" (gaya hidup bertelanjang). Pandangan mereka terangkum dalam pandangan Epikuris yang menyatakan,"Bergembiralah engkau hari ini, puaskanlah nafsumu, kerana esok engkau akan mati."

Biarlah kita berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah seerat-eratnya, agar kita tidak akan tersesat oleh pembawaan golongan ini dan mampu menyelamatkan masyarakat Islam di Malaysia.

“MASYARAKAT BERAKHLAK, TERAS KEHARMONIAN NEGARA"

Mengapa Perlu Saya Berhenti Merokok ???






Jangan merokok kerana banyak kesan-kesan buruk akibat dari tabiat merokok dan benda-benda yang berada di dalam rokok itu sendiri.

Adakah kita tidak mahu untuk sihat sepanjang hayat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :

1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

- Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

1) Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

2) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

3) Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

4) Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok

5) Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

6) Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

7) Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat

8) Meningkatkan deria bau dan rasa

9) Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar

10) Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok

11) Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

12) Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran

13) Meningkatkan kesuburan.

14) Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?

- Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1) Tetapkan tarikh untuk berhenti
2) Yakin diri
3) Buatkan nota peringatan
4) Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
5) Sentiasa berfikiran positif
6) Dapatkan sokongan
7) Gunakan terapi penganti nikotin
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :

1) Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2) Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3) Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

4) Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

5) Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok

6) Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7) Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8) Membasuh tangan selalu

9) Mandi dengan kerap

10) Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11) Meditasi

12) Memohon doa
- Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Adakah saya kuat merokok? Adakah saya mengalami ketagihan rokok?
Anda boleh menentukan kebergantungan anda kepada tembakau dengan menjawab soalan-soalan di bawah.

Status kebergantungan.
Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin

a) Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
Dalam masa 5 minit (3 mata)
5 hingga 30 minit (2 mata)
31 hingga 60 minit (1 mata)
Selepas 60 minit (0 mata))


b) Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
Ya ( 1 mata)
Tidak ( 0 mata)

c) Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai
Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
Sebarang masa ( 0 mata )

d) Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
10 atau kurang ( 0 mata )
11 hingga 20 ( 1 mata )
21 hingga 30 ( 2 mata
31 atau lebih ( 3 mata)

e) Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
Ya ( 1 mata )
Tidak ( 0 mata

f) Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
Ya ( 1 mata )
Tidak ( 0 mata )

Pemarkahan:

7 hingga 10 mata = sangat bergantung
4 hingga 6 mata = sederhana
Kurang dari 4 mata= minima

Modified Fagerstrom test for evaluating intensity of physical dependence on nicotine. Adapted permission from Heatherton TF, Kozlowski LT, Frecker RC, Fagerstrom KO. The Fagerstrom test for nicotine dependence: a revision of the Fagerstrom Tolerance Questionnaire. Br J Addict 1991;86:1119-27.


Kumpulan Sokongan
Malaysia Council For Tobacco Control (MCTC)

Jom Baca Buku... Hidupkan Budaya Membaca..


Assalamu'alaikum sahabat... kali ini anjang lebih gemar membawa sahabat meninjau disebalik beberapa buah dari buku-buku yang anjang ada.. kerana ia banyak memberi motivasi dan inspirasi buat anjang dalam hidup, ini buku terbaru yang anjang cuba untuk menyelami kaedah penyampaiannya.. sangat bagus :

"BUKU BELAJAR BAHASA ARAB UNTUK YANG TAK MINAT BAHASA ARAB"

buku ini telah ditulis oleh seorang pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Ustaz Wan Rusli Wan Ahmad yang sudah berkeluarga dan dikurniakan lima orang anak. Anjang sedut sedikit satu part dalam buku beliau yang bagus untuk dikongsi bersama. Ini sebuah perbualan seorang murid dengan gurunya..beginilah seadanya :

Cikgu bertanya kepada muridnya...

Cikgu : Sebutkan tiga haiwan yang memberikan kita susu?

Murid : Tiga ekor lembu, cikgu!

Ha..ha..ha.. tergelak anjang bila membacanya..tapi Ustaz Wan Rusli Wan Ahmad menulisnya dalam Bahasa Arab..memang seronok! Namun, jangan sahabat risau Ustaz Wan telah sediakan terjemahan dialog tersebut seperti dimuka depan bukunya...Memang best!!!

Ini pula buku-buku yang telah dihadiahkan oleh sahabat baik anjang.. Ya, anjang selalu membaca buku-bukunya... Apapun, terima kasih untuknya kerana hadiahkan buku-buku sebegini untuk anjang membacanya...







Buku di bawah ini pula anjang beli kerana sudah lama anjang mencarinya, buku karangan Imam Al-Ghazali iaitu buku asalnya bertajuk "Mukasyafatul Qulub"... bacalah sahabat.. semua buku-buku di atas dan di bawah ini banyak memberi anjang semangat untuk hidup di dalam kehidupan yang benar-benar hidup.. percayalah!!!

Keistimewaan dan Kelebihan Solat Subuh


Tajuk nasyid : Peristiwa Subuh
Munsyid : Raihan

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
berkumandang suara azan
mendayu memecah sepi
selang-seli sahutan ayam
tetapi insan kalaupun ada hanya
mata yang celik dipejam lagi
hatinya penuh benci berdengkurlah kembali
begitulah peristiwa di Subuh hari
suara insan di alam mimpi
Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah
sujud mengharap keampunan-Nya
bersyukurlah bangkitlah segera
moga mendapat keredhaan-Nya
begitulah peristiwa di Subuh hari
setiap pagi setiap hari


Sahabat...

Anjang bawakan lirik nasyid di atas ini untuk mengingatkan diri anjang jua sahabat-sahabat sekalian tentang Fenomena Subuh. Mungkin ada yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang perihal masjid dan suasananya ketika datangnya waktu Subuh. Anjang yakin sahabat-sahabat prihatin dengan suasana yang melanda umat ISLAM kini.. anjang yakin, sahabat semua lebih "masyi" (arif) tentang ayat yang ke-216 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia bukan yang terbaik untukmu"
(Al-Baqarah ayat : 216)

Sahabat-sahabtku yang kukasihi...

Cukup menyedihkan anjang bilamana melihat kebanyakan setiap jemaah Subuh yang selalu bertandang ke masjid. Dengan bilangan saff yang tidak seperti saff solat fardhu yang lain dan kadang-kadang 1 saff pun tidak penuh.

Ya Allah, ke manakah perginya pemuda-pemuda ISLAM??? Di manakah mereka bersolat??? Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah yang hadir dapat dikira dengan jari.. Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.

Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh???

Sahabat...

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.”
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)


Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..

Rasulullah S.A.W. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim, apabila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh Gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Oleh sebab itu Baginda S.A.W. telah mengkhususkan solat Subuh dengan beberapa kelebihan yang tidak ada pada solat-solat yang lain.

Antaranya :

· Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

· Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"

· Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)

· Jangan tinggalkan masjid terutama di kala waktu Subuh merupakan antara sunnah Rasulullah S.A.W. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki kita ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzzin tetapi itu adalah panggilan Allah S.W.T. yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.

Kita semua sudah makruf mengenai peribadi Rasulullah S.A.W. yang bersifat "ma’sum". Setiap hajat yang dipinta oleh Baginda S.A.W. pasti akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tidak ada hijab antara Baginda dengan Allah S.W.T. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara "jasadiyah" paling dekat dengan Allah S.W.T. Waktu Subuh adalah waktu yang "afdhal" untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa ingin merebutnya???

Allah S.W.T. berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah Al-Kahfi ayat : 28)

Sahabat-sahabatku yang dicintai Allah..

Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya. Dalam hadis riwayat Imam At-Tirmidzi:

“Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar (solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Jadi apakah yang menghalang kita untuk tidak bersolat Subuh secara berjemaah? Atau paling kurang kalau tidak secara berjemaah pun, bukanlah kita jadikan solat Subuh tersebut dengan ‘Subuh Gajah’ setelah terbangun selepas pukul 7 pagi lebih atau tujuh setengah atau entahlah... "Retorik" kah kita???

Jangan hanya kerana ada program "GERAKAN SUBUH" baru-baru ini atau seumpama dengannya barulah solat Subuh secara berjemaah di masjid dijaga dengan bilangan jemaah lebih seribu orang anjang rasakan. Sebaliknya, tanamlah dalam diri untuk istiqomah dalam mengerjakan solat Subuh berjemaah atau solat Subuh awal kerana kenikmatan tersebut tidak dapat diungkapkan melainkan hanya kepada si pelakunya. Ketenangan dan kedinginan suasana di saat matahari hendak terbit, hanya Tuhan yang tahu.

Betapa besarnya ganjaran Allah S.W.T. yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid. Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh?

Cuba sahabat-sahabat bayangkan jika hari tak hujan pun bilangan jemaah yang bersolat Subuh sudah sedikit apatah lagi jika hari hujan? (jawab sendirilah ye..) Anjang cukup kagum dan terharu dengan golongan ‘istimewa’ yang masih boleh melangkahkan kaki untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid tak kira hari hujan ataupun tidak tapi... Kita???!!!

Ketahuilah, solat Subuh merupakan sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Pada hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, hanya ibadat yang akan menerangi pelakunya. Seperti yang telah diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Muhasabahlah diri, kenalilah diri, perbaikilah diri. Peliharalah solat kerana solat merupakan tiang agama. Alasan apakah lagi yang ingin diutarakan? Jika kita di hadapan Allah S.W.T. nanti, dengan alasan yang bagaimanakah akan kita hendak menjawabnya?

Tepuk dada tanyalah iman. Jadikanlah permulaan hidup kita pada setiap hari permulaan yang membawa berkat, rahmat, kepuasan, kebahagiaan dan ketenangan.

Apabila terasa diri diawasi Tuhan, diri akan merasa berdosa setiap waktu, jiwa menderita dengan dosa, rasa syukur dengan nikmat-Nya, rasa hina diri dengan Tuhan dan itulah tandanya diri kita sudah memiliki sifat kehambaan yang sebenar. Berusahalah menjadi muslim yang sejati. Setiap usahamu akan dinilai di akhirat kelak dan menjadi saksi kepada Allah Taala. Insya-Allah.

Anjang tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana individu . Semoga kita sentiasa berada dalam pandangan-Nya dan jiwa sentiasa mendapat tarbiyah daripada-Nya. Semoga barakah dan rahmat Allah S.W.T. kembali menyinari diri kita, Ameen...

Kajian demi kajian :

Lihatlah sahabat...mengikut kajian CVT pada waktu Subuh, alam ketika itu berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya akan berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ????

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita (",) ...

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu ya...) kerana banyak "interferens" berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki Fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan melalui pensyariatan solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... Waspadalah!!!!

Kuasa Sujud Untuk Kesihatan Dan Jiwa


Anjang bertandang lagi membawa sahabat tentang kelebihan dan keistimewaan yang tersembunyi disebalik sujud yang sering kita lakukan. Dari segi psikologinya, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan ALLAH S.W.T. sekaligus mengikis segala sifat-sifat mazmumah seperti sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Antara hikmah sujud pula dari segi perubatan dan kesihatan ialah antaranya:

- Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

- Mengurangkan ketegangan pada paru-paru dan melegakan sistem pernafasan.

- Melegakan sakit hernia (angin pasang) dan apendiks.

- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- Perbuatan hendak sujud dan bangun darinya akan merangsang pergerakan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan peredaran darah yang baik.

- Mengurangkan kegemukan.

Hikmah sujud kepada wanita pula ialah :

- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- Gerakan otot ketika sujud menjadikan buah dada wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

- Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin serta memudahkan organ peranakan kembali ke tempat asalnya.
Terbukti kehebatan kuasa sujud itu jika anda semua telah membiasakannya...
Maka jangan sesekali tinggal solat!!!

Istimewanya pergerakan SOLAT


Tajuk Kajian :
KESAN PERGERAKAN SOLAT KE ATAS KESIHATAN

Oleh :
Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim
Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas
En. Ng Siew Cheok
Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaya.

Pengenalan

Solat melibatkan pergerakan hampir kesemua anggota badan.
- Pergerakan utama solat ialah berdiri betul, rukuk, sujud dan duduk.
- Pergerakan dan posisi dalam solat ini dipercayai mempunyai banyak kesan positif ke atas kesihatan.
- Tetapi, kajian saintifik tentang hikmah pergerakan solat ke atas kesihatan masih sangat kurang.

Kajian PhD Thesis:
Kajian mengenai kesan solat Tahajud keatas sistem pertahanan tubuh.

Oleh: Dr. Moh Sholeh dari Universitas Surabaya.

Subjek: 19 pelajar sekolah pondok.

Kaedah:
1) Solat tahajud setiap malam selama 3 bulan
2) Sampel darah diambil sebul
an sekali untuk mengukur tahap hormon kortisol (hormon stress) dan immunoglobulin badan (sistem imun badan).

Keputusan:
-Sistem imun badan meningkat mengurangkan risiko penyakit kanser
-Penurunan hormon kortisol (hormon stress)
mengurangkan risiko angin ahmar


Buku terbitan PT Alma’arif Bandung: Hikmah Kesihatan dalam Solat
Oleh: Prof. Dr. A. Saboe

Kaedah:
Kajian pustaka mengenai 6 pergerakan dalam solat, seperti berikut:
1) Berdiri betul
2) Rukuk
3) Sujud
4) Duduk antara Dua Sujud
5) Duduk Tahiyat
6) Memusing kepala untuk memberi salam.




Posisi Berdiri Betul

Kebaikan:Paksi badan berada dalam satu garis lurus, beban badan di letakkan di kedua-dua kaki. Otot atas belakang badan berada dalam keadaan rehat. Otot-otot kedua tangan berada dalam keadaan istirehat sepenuhnya.



Posisi Rukuk

Kebaikan: Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang.Merengangkan otot peha dan betis.Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.Melembutkan ruas belakang, untuk mengurangkan kesakitan sewaktu bersalin.






Posisi Sujud

Kebaikan: Melancarkan aliran darah dan limfa
Membantu proses pengepaman jantung dan mengekalkan aterioklerosis (pengerasan salur darah)
Menguatkan otot-otot dada.
Melancarkan aliran darah ke otak.
Memulihkan kedudukan rahim wanita.




Posisi Duduk antara dua sujud

Kebaikan: Melancarkan aliran darah ke kawasan bawah badan.
Membantu penghadaman.
Mengurut otot bahagian bawah badan.
Merawat otot-otot yang tercedera selepas bersalin.
Merawat buasir.






Posisi Duduk Tahiyat

Kebaikan : posisi kaki umpama rawatan 'akupunture',
merawat tapak kaki yang merawat organ-organ dalaman.
Merawat buasir
Merawat sakit tuan dan sakit puan













Posisi memusingkan kepala ketika memberi salam

Kebaikan: Menguatkan otot leher
Menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher.




As Subhu Bada.. Cahaya Subuh...


As-Subhu Badaaa... Min Tol ’atihiiiiii..
Wal-Lailu Dajaaaaaa... Min Wafrotihiiii..

As-Subhu Badaa Min Tol ’atihii..
Wal-Lailu Dajaa Min Wafrotihii..


As-Subhu Badaa Min Tol ’atihii..
Wal-Lailu Dajaa Min Wafrotihii…


Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

Fa Aqar-Rusulaa... Qadlan Maula...
Ahdas Subula... Li Jalaalatihi...

Kerasulan diakui... kerana kelebihan...
Ketinggian membawa... ke jalan kebenaran...


As-Subhu Bada Min Tol ‘atihi...
Wal-Lailu Daja Min Wafrotihi...


Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

Azkan Nasabiii... Aa’lal Hasabi...
Kullun Arobi... Fi Khidmatihi...

Keturunan yang baik, keturunan mulia...
Semua kaum arab, mengikutinya…

As-Subhu Bada Min Tol ‘atihi...
Wal-Lailu Daja Min Wafrotihi...

Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

Jibriilun Ataal Lailata Isra’...
War-Rabbu Daaha.. Kulli Sidratihi...


Jibril pun datang di malam isra’
Tuhan membawanya.. sebagai pengalaman…


As-Subhu Bada Min Tol ‘atihi
Wal-Lailu Daja Min Wafrotihi

Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

Fa Muhammaduna... Huwa Sayyiduna...
Fa Li ‘izzu Lana... Bi-ie-syaarotihi...

Muhammad penghulu kami..
Kemuliaan bagi kami… kerana hidup, bersama-samanya...


As-Subhu Bada Min Tol ‘atihi...
Wal-Lailu Daja Min Wafrotihi...

Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

As-Subhu Bada Min Tol ‘atihi..
Wal-Lailu Daja Min Wafrotihi..

Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

Allah... Allah Allah
Allah... Allah Allah

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS


KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Sabtu 9 Mei 2009 (hari ini)
8 pagi - 5 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur
Penyertaan: RM 10
Anjuran: PEMBINA dan Aman Palestine

Konvensyen hari ini adalah bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tanah air agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen.

PANELIS :
Dr. Mohsen Saleh , Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi , Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan
Dr. Roslan b Mohd Nor , Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 , PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland

ATURCARA KONVENSYEN

8.00 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 PAGI: PEMBENTANGAN 1 - Dr. Roslan bin Mohd Nor (Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 PAGI: Ucapan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
10.45 PAGI: Jamuan ringan
11.00 PAGI : Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi (Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)
12.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh (Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)
1.00 TGH: Rehat, makan dan solat
2.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi (Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh (Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran , Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Jadual Kuliah Masjid Al-Muttaqin Bulan Mei 2009


Ini merupakan satu lonjakan ilmu buat sahabat-sahabat anjang yang senantiasa menyintai ILMU dan suka MEMBACA.. carilah ILMU di mana jua anda berada.. ILMU sangat penting bagi merungkai segala konflik jiwa yang kini mengancam umat ISLAM lebih-lebih di Malaysia.. anjang memang tak begitu berminat dengan istilah "BOHSIA" yang selalu di war-warkan tanyangannya di pawagam-pawagam dalam iklan television.. kerana bagi anjang itulah satu wadah mempamerkan kualiti dan budaya muda-mudi Malaysia yang tunggang-langgang aqidah dan akhlak mereka.Kenapa nak dipamerkan lagi, nak dipertontonkan lagi??? kenapa dan mengapa???

Kini, jangan biarkan diri anda kosong tanpa pengisian, malah jangan biar waktu kita diisi dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat... isilah sepadat-padatnya program-program yang boleh membina jati diri seorang MUSLIM, makanan kerohanian perlu malah lebih penting selain kita isi dengan makanan untuk fizikal kita seharian.

Di sini anjang memberi jadual kuliah sebulan dalam bulan Mei 2009, bertempat di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darulaman, 06000 Jitra Kedah Darul Aman di bawah ini..

Pada 1/5/2009 , Hari Jumaat :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Subuh
- Dr. Syukri Ahmad , Kuliah Maghrib

Pada 2/5/2009 , Hari Sabtu :
- Ustaz Mohd. Fauzi Hussin , Kuliah Subuh
- Dr. Aziz Hanafi , Kuliah Maghrib , Kitab Fekah.

Pada 3/5/2009 , Hari Ahad :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Maghrib, Kitab Sairus Salikin.

Pada 5/5/2009 , Hari Selasa :
- Sheikh Isa , Kuliah Maghrib, Kitab Matla'al Badrain.

Pada 6/5/2009 , Hari Rabu :
- Ustaz Zulkarnain Al-Hafiz , Kuliah Maghrib , Kitab Tasawwur Islam.

Pada 7/5/2009 , Hari Khamis :
- Ustaz Mutalib Maarof , Kuliah Maghrib , Tafsir Nurul Ehsan.

Pada 8/5/2009 , Hari Jumaat (hari ini):
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Subuh.
- Sheikh Kadri Al-Hafiz , Kuliah Maghrib , Pelajaran Tajwid Al-Qur'an.

Pada 9/5/2009 , Hari Sabtu (esok) :
- Ustaz Muhd. Zainol Asri , Kuliah Subuh.
- Dr. Abdul Aziz Hanafi , Kuliah Maghrib , Pelajaran Tajwid Al-Qur'an.

Pada 10/5/2009 , Hari Ahad :
- Ustaz Abdul Majid Bakar , Kuliah Maghrib , Kitab Hadis.

Pada 12/5/2009 , Hari Selasa :
- Ustaz Khairul Anuar , Kuliah Maghrib , Kitab Usuluddin.

Pada 13/5/2009 , Hari Rabu :
- Ustaz Mohd. Nizam Noh , Kuliah Maghrib , Kitab Hadis 40.

Pada 14/5/2009 , Hari Khamis :
- Dato Abdul Hamid Tahir , Kuliah Maghrib , Kitab Wusyahul Afrah.

Pada 15/5/2009 , Hari Jumaat :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Subuh.
- Ustaz Ahmad Yahya , Kuliah Maghrib , Kitab Penawar Hati.

Pada 16/5/2009 , Hari Sabtu :
- Ustaz Mustapha Abdullah , Kuliah Subuh.
- Ustaz Abdullah Azizi Hanafi , Kuliah Maghrib , Kitab Fekah.

Pada 17/5/2009 , Hari Ahad :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Subuh , Sairus Salikin.

Pada 19/5/2009 , Hari Selasa :
- Dato Shamsuri Haji Ahmad , Kuliah Maghrib , Kitab Bahru Al-Madzi Jilid 13.

Pada 20/5/2009 , Hari Rabu :
- Dato Sheikh Fadzil Awang , Kuliah Maghrib , Kitab Usuluddin.

Pada 21/5/2009 , Hari Khamis :
- Bacaan Yasin selepas solat fardhu Maghrib.

Pada 22/5/2009 , Hari Jumaat :
- YB Mohd. Izzat Shauki , Kuliah Subuh.
- Sheikh Kadri Al-Hafiz , Kuliah Maghrib , Pelajaran Tajwid Al-Qur'an.

Pada 23/5/2009 , Hari Sabtu :
- Ustaz Salleh Hussin , Kuliah Subuh.
- Ustaz Mohd. Yusuf Awang , Kuliah Maghrib , Kitab Tafsir Juzuk 'Amma.

Pada 24/5/2009 , Hari Ahad :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Maghrib , Kitab Sairus Salikin.

Pada 26/5/2009 , Hari Selasa :
- Ustaz Mohd. Lotfi Ariffin , Kuliah Maghrib , Kitab Riyaadhus Solihin.

Pada 27/5/2009 , Hari Rabu :
- Ustaz Zulkarnain Al-Hafiz , Kuliah Maghrib , Kitab Tasawwur Islam.

Pada 28/5/2009 , Hari Khamis :
- Ustaz Yusaini Yahaya , Kuliah Maghrib.

Pada 29/5/2009 , Hari Jumaat :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Subuh.

Pada 30/5/2009 , Hari Sabtu :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Maghrib , Kitab Sairus Salikin.

Pada 31/5/2009 , Hari Ahad :
- Ustaz Ahmad Abdullah , Kuliah Maghrib , Kitab Sairus Salikin.