Hiduplah Bersama Ulama'..


Kali ini anjang mengenengahkan isu mengenai penghayatan suasana ilmu makin berkurang..anda sendiri mengetahuinya..

Cuba tanya pada diri..mampukah kita sentiasa dalam majlis ilmu pada setiap malam...jika ya..alhamdulillah..kita sudah mewujudkan suasana ilmu.. jiika tidak..alangkah malangnya kita... namun sekurang-kurangnya janganlah sampai 40 hari kita tidak berada dalam majlis ilmu.. maka akan keraslah hati kita nanti..

Oleh itu...pakat-pakat meramaikan majlis ilmu dan yakinlah.. kita sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T... Insya-Allah..

Maka siapakah pula ulama' itu? Sehingga kini banyak perbezaan pendapat dalam menilai siapakah para ulama' itu. Sehingga perlu dijelaskan mengenai hakikat diri para ulama itu sendiri.

Untuk itu kita akan merujuk kepada penjelasan daripada para ulama Salafus Soleh dan orang-orang yang menelusuri jalan mereka. Kata "ULAMA'" itu sendiri merupakan bentuk jama' dari kata "‘ALIM", yang ertinya orang yang mempunyai ilmu.

Untuk mengetahui siapakah ulama itu, kita perlu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan "ILMU" dalam istilah syara', kerana kata "ILMU" dalam bahasa yang berlaku sudah sangat meluas. Maka makna "ILMU" dalam syara' lebih khusus iaitu mengetahui kandungan Al Qur’anul Karim, Sunnah Nabawiyah dan ucapan para sahabat dalam menafsirkan keduanya (Al-Qur'an dan As-Sunnah) dengan mengamalkannya dan menimbulkan "KHASYIYYAH" (takut) kepada Allah.

Imam Asy-Syafi’ie berkata:

“Seluruh ilmu selain Al Qur’an adalah hal yang menyibukkan kecuali hadis dan fiqh dan memahami agama. Ilmu adalah yang terdapat padanya "HADDASANA" (telah mengkhabarkan kepada kami - yakni ilmu hadis) dan selain daripadanya adalah bisikan-bisikan syaitan.”

Ibnu Qoyyim menyatakan:

“Ilmu adalah kata-kata Allah, kata-kata Rasul-Nya, kata-kata para sahabat yang tiada perselisihan di dalam akal yang sihat padanya.”

(Al-Aqidah Asy-Syar’iyah: 119-120)

Dari penjelasan makna "ILMU" dalam syara', maka orang alim atau "ULAMA'" adalah orang yang menguasai ilmu tersebut serta mengamalkannya dan menumbuhkan rasa takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala . Oleh kerana, dahulunya sebahagian ulama menyatakan "ULAMA'" adalah orang yang mengetahui Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengetahui perintah-Nya.

Ulama' adalah orang yang takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengetahui batasan-batasan syariat-Nya serta kewajipan-kewajipan terhadap-Nya.

Rabi’ bin Anas menyatakan :

“Barangsiapa yang tidak takut kepada Allah bukanlah seorang ulama.”

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama .”

(Surah al-Fatir: 29)

Kesimpulannya, orang-orang yang menjadi rujukan dalam masalah ini adalah yang berilmu tentang kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya serta ucapan para sahabat. Dialah yang berhak berijtihad dalam hal-hal yang baru.

(Ibnu Qoyyim, I’lam Muwaqqi’in 4/21, Madarikun Nadhar : 155)

Ibnu Majisyun, salah seorang murid Imam Malik mengatakan:

“Dahulu (para ulama) menyatakan, ‘Tidaklah seorang itu menjadi Imam dalam hal fiqh sehingga menjadi imam dalam hal Al Qur’an dan Hadis dan tidak menjadi imam dalam hal hadis sehingga menjadi imam dalam hal fiqh.”

(Jami’ Bayanil ‘Ilm: 2/818)

Imam Syafi’e menyatakan:

“Jika datang sebuah perkara yang musykil (iaitu perkara yang rumit) jangan mengajak musyawarah kecuali orang yang terpercaya dan berilmu tentang AL-KITAB (Al-Qur'an) dan AS-SUNNAH, ucapan para sahabat, pendapat para ulama’, QIYAS dan BAHASA ARAB."

(Jami’ Bayanil ‘Ilm: 2/818)

Merekalah ulama yang hakiki, yang bukan sekadar pemikir haraki, muballigh, penceramah, aktivis gerakan dakwah, ahli membaca kitabullah, ahli taqlid dalam madzhab fiqh dan bukan pula ulama suu’ (jahat) atau daripada ahlil bid’ah. Tapi mereka adalah ulama' hakiki yang istiqamah di atas Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Ya, memang sukar sekali untuk menjawab soalan yang bertanya siapa ulama’ sebenar, kerana ulama’ tidak mempunyai identiti zahir yang boleh dikesan oleh pancaindera,seperti paderi bagi agama Kristian dan sami bagi kepercayaan Buddha atau Hindu.

Tidak ada lambang tertentu atau pakaian khusus yang membezakan antara ulama’ dengan golongan yang bukan ulama’. Juga tidak ada tanda-tanda istimewa yang meletakkan mereka maksum,suci atau kudus.

Kesulitan ini timbul kerana di akhir-akhir ini ada orang yang tidak lagi menilai ulama’ berteraskan kepada ilmu, akhlak, kesolehan, kewarakan dan ketakwaannya. Tetapi lebih cenderung menamakan ulama’ itu semata-mata kepada mereka yang berkelulusan tinggi dari pusat pengajian tinggi Islam atau mereka yang bekerja dalam jabatan-jabatan yang berhubungan dengan urusan pentadbiran agama.

Paling anehnya terdapat juga mereka yang melabelkan ulama’ itu pada mereka yang dapat mencipta imejnya melalui pemakaian. Di samping itu mereka yang berpidato dengan membaca ayat-ayat al-Quran dan Hadis dalam ucapannya juga dianggap sebagai ulama’.
Kecenderungan seumpama ini menyebabkan timbulnya kekeliruan tentang pengertian dan konsep ulama’ sebenar sehingga “madlul” ulama’ menjadi kabur. Lebih-lebih lagi apabila ada pihak-pihak tertentu yang gigih memperalatkan institusi ulama’ bagi kepentingan diri.

Sebelum ini tidaklah sepayah hari ini untuk mengenali ulama’. Walaupun tidak ada seorang di kalangan mereka yang mendakwa dirinya sebagai ulama’, tetapi mereka dikenali dan diiktiraf umum sebagai ulama’.

Pengiktirafan yang diberi adalah kerana ilmunya yang memberi manfaat, tutur katanya meninggalkan kesan yang segar, buku-buku dan hasil penulisannya tersebar luas dan akhlaknya menarik. Mereka adalah penegak perkara-perkara baik (makruf) dan penghalang segala keburukan (mungkar) yang meliputi mungkar, kejahilan, kemiskinan, kemunduran dan segala bentuk kelemahan.

Mereka adalah golongan yang selaras dengan apa yang disebutkan oleh al-Quran sebagai golongan yang paling takut kepada Allah. Firman Allah S.W.T bermaksud:

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama’. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”.

(Al-Fatir : 28)

Ertinya ulama’ itu adalah golongan yang gemar kepada apa yang diredhai Allah dan jauh daripada apa yang dimurkaiNya. Mereka adalah contoh teladan atau obor masyarakat.

Syeikh Mustapha Masyhur dalam bukunya, “Al-Qiadah Wal-Jundiyah” telah mencatatkan beberapa ciri yang patut ada pada seseorang yang bergelar ulama’. Antaranya:

1) Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
2) Jauh daripada penyakit hati yang dapat menghancurkan amal usahanya, seperti riya', sombong dan sebagainya.
3) Berperangai penyantun, kasih sayang, lembut dan ramah.
4) Suka bersahabat dengan semua orang tanpa memilih orangnya.
5) Benar dalam kata-kata, perbuatan dan juga sikapnya.
6) Pemaaf dan mampu menahan marah.

Di samping itu ada pula golongan yang membuat ukuran ulama’ dari sudut kepentingan diri dan puak. Ulama’ yang tidak dari golongannya dikatakan jahil dan bukan ulama’.

Mungkin si A itu benar-benar alim orangnya, dapat memahami kitab-kitab tradisi, dapat membaca tuntutan masa dan kehendak tempat dan ramai pula murid yang berguru dengannya. Tetapi jika pandangan dan fikirannya tidak sealiran dengan golongan tertentu, maka alimnya si A itu tidak diberi pengiktirafan oleh golongan yang berkenaan.

Jika si A ini tidak alim orangnya, tidak pernah belajar agama, tetapi berimej agama dan petah berbicara agama, maka ulama’lah dia.

Terdapat segelintir masyarakat terpengaruh dengan mereka yang dikatakan sebagai ulama’ sehingga ada perkara yang mungkar menjadi makruf manakala yang makruf menjadi mungkar.

Mereka tidak tahu membezakan antara ulama’ sebenar yang dikatakan sebagai pewaris Nabi dengan orang yang berlakon sebagai ulama’ atau yang mencari habuan dunia
semata-mata.

HIDUPLAH BERSAMA ULAMA HAKIKI...AKAN TERPANDULAH HDUP KITA!!!

Wallahu a’lam.

Risau Betul Anjang...


Pening bercampur marah bilamana anjang melihat gelagat anak-anak muda zaman sekarang ini... lelaki yang merupakan golongan Adam sekarang ini pun sudah ada di antaranya yang tak seperti lelaki lagi yang kita tahu dengan istilah "DARAI", "PONDAN", "MAT LEMBUT", "MAT SOTONG", "KAK LONG", "KAK NGAH" dan berbagai lagi panggilannya..

Cubalah sahabat-sahabat lihat sendiri masalah-masalah yang ditimbulkan oleh remaja-remaja zaman sekarang ini... yang semakin hari semakin hidup terlalu bebas, berkepit ke sana ke mari, bercucuk telinga, bercucuk hidung, bercucuk pusat, bercucuk lidah, macam sudah bukan orang melayu malah lebih jauh lagi untuk kita nak mengatakan mereka itu merupakan anak orang Islam.

Malah ada pula istilah-istilah baru iaitu bohjan, bohsia, kutu lepak, kutu jalanan, mat rempit, minah rempit, mat ganja, mat dadah, mat isap gam, minah RM 10 dan bermacam-macam lagi istilahnya. Mual tekak anjang...nak muntah...jijik betul..jijik sekali..tengoklah mamat macho di dalam gambar di atas.. anjang tak suka orang yang merokok.. bazir duit, bazir wang dan paling teruk mencemarkan udara bersih yang kita sedut untuk dipam masuk ke dalam jantung.. tak kesian kat orang langsung!!!

Apakah isu-isu sebegini tidak diambil perhatian YANG SERIUS oleh masyarakat...???????

Hendak disalahkan masyarakat pun tidak boleh juga, anak orang sekarang ini bukannya boleh ditegur. Ini sudah pun menjadi tabiat orang Malaysia, tidak berani nak menegur.... takut pula dikatakan "busy body" atau dengan kata lain "jaga tepi kain orang".... bilamana ditegur pula, mereka dari golongan ini bukanlah nak mendengar sangat.. melainkan hanya akan masuk melalui telinga kanan mereka dan keluar melalui telinga kiri mereka.. seperti yang dikatakan : "bagaikan mencurah air ke daun keladi" sahaja setiap lafaz nasihat-nasihat yang kita berikan itu...

Namun, bagi seorang pendakwah seperti kita tidak seharusnya berputus asa dalam amal ma'ruf nahi mungkar ini, perlulah kita memikirkan bersama apakah cara yang berhikmah untuk menghadapi golongan sebegini...

Hendak salahkan ibu ayah mereka??? kesian pula kepada ibu ayah mereka bilamana ditilik-tilik dan dinilai-nilai. Hendak kata mak ayah mereka tidak punyai masa dengan anak-anak pun tidak boleh juga. Ayah mereka memang perlu mencari duit untuk menampung keluarga... bilamana tidak ada duit susah juga nak hidup oiiii... Tetapi kena juga salahkan mereka (ibubapa) kerana mereka sepatutnya mendidik dan mencorak anak-anak mereka walaubagaimana sekalipun keadaan sibuk mereka itu. PERLU...MEMANG PERLU SANGAT-SANGAT!!! NAK MARAH NIE...

Mak ayah pula apabila marah kepada si anak, si anak mereka tadi pula mengambil keputusan untuk lari sahaja dari rumah untuk selesaikan masalah mereka supaya "tidak akan kena marah lagi"... sebab kemudahan pun sudah banyak. Ada LRT , ada teksi, ada bas, ada keretapi dan bermacam-macam lagi.. bukankah zaman dah berubah dunia dah maju... ada pula tu yang terfikir nak pergi jauh sikit, jauh dari keluarga... boleh naik "Air Asia" ...tambang pun murah....

Patutkah kita menuding jari kepada individu...?????

Apakah peranan yang perlu kita mainkan dalam soal seperti ini... risau juga anjang melihat kelibat anak-anak muda zaman sekarang ini..hendak katakan mereka tidak tahu agama, ada juga diajar matapelajaran moral dan mawaad keagamaan di sekolah. Apatah lagi ada dikalangan mereka yang bersekolah agama asalnya....

Anak muda adalah bakal pemimpin negara di masa akan datang sepertimana sahabat-sahabat semua tahu.. Maka didiklah mereka dengan agama kerana melalui agama Islam yang syumul ini sahajalah mereka akan terdidik dengan sebenar-benar didikan.

Malah hati kita pun akan menjadi senang dan tenang melihat mereka. Didiklah mereka supaya menjadi penyejuk hati dan jiwa kita malah kepada orang ramai yang disekeliling mereka dengan kebaikan-kebaikan yang akan mereka lakukan atas asuhan dan didikan kita sebagai ibu bapa yang prihatin.... Supaya mereka menjadi pemuda dan pemudi yang solehin yang berjaya di dunia malahan berjaya juga di akhirat nanti.. Mampu mentadbir dunia dengan sebaik-baik pentadbiran...Itu yang sebenarnya tujuan kita dilantik sebagai KHALIFAH ALLAH di atas muka bumi ini.. AMBILAH TUGAS INI!!!

Risau anjang melihat keadaan anak-anak muda sekarang.. risau sangat-sangat... apatah lagi zaman anak-anak anjang nanti.. bagaimanakah situasi dan keadaannya ya??? jika kita sebagai pemuda dan belia remaja sekarang tidak mengubahnya dan mengambil peranannya.. akan makin teruklah jadinya zaman anak-anak kita nanti..

YANG PENTING!!! BAWALAH MEREKA KE PANGKAL JALAN... JADIKAN GERAKAN SUBUH SEBAGAI PROGRAM UTAMA DALAM AGENDA DIDIKAN ANAK-ANAK ANDA!!!

Anda sahaja yang mampu merubahnya... jika bukan anda..
SIAPA LAGI????

Subuh Kekuatan Kita...


Sahabat...
Anjang ingin mengajukan soalan kepada semua sahabat sekalian...

APAKAH SEBENARNYA TUJUAN GERAKAN SUBUH INI????

Pernah salah seorang Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut kepada orang Islam kecuali pada satu hal... iaitu dalam hal di mana...

"jumlah jemaah orang Islam yang bersolat Subuh menyamai jumlah jemaah ketikamana mereka (orang Islam) bersolat fardhu Jumaat"

Jika ada sesiapa merenungkan persoalan kenapa kaum Muslimin kini terus diperkotak-katekkan oleh musuh dan bilamana para pendakwah atau aktivis Islam sering beralasan kerana sibuk dan tidak sempat bersolat Subuh berjemaah, maka ada peringatan yang ingin disampaikan di sini....

Tahukah anda???

Allah S.W.T. telah berfirman yang maksudnya :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (sahaja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Tahukah anda..sahabat???

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi kalangan orang-orang MUNAFIQ adalah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya (iaitu untuk bersolat Isya' dan bersolat Subuh) dengan keadaan merangkak. Sungguh! aku ingin menyuruh melaksanakan solat. Lalu solat itu ditegakkan kemudian aku perintahkan orang lain (menjadi imam) untuk solat bersama-sama dengan orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat mendatangi satu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah sehingga aku bakar rumah mereka."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat Subuh merupakan ukuran nilai sesebuah umat. Umat yang lalai akan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan. Akan tetapi berhak untuk diganti dengan umat yang lain. Umat yang menjaga solat Subuh secara berjemaah adalah umat yang berhak untuk berdiri tegak dan kukuh di muka bumi ini!!

Maka Ikhlas merupakan sarana yang paling utama dalam segala amal kebaikan dan ketaatan.
Keikhlasan kepada Allah S.W.T. membuatkan kita bersiap siaga dalam mengorbankan apa sahaja demi meraih kecintaan Allah S.W.T. Perkara ini memerlukan MUJAHADAH (usaha yang kuat), kesabaran yang tinggi dan latihan yang beristiqomah.

Ketika kita melihat saban waktu berbagai kepincangan yang sering melanda umat Islam. Keresahan demi keresahan dan kegelisahan demi kegelisahan hati kita ini seolah-olah sudah tiada penghujungnya lagi. Ini merupakan petanda yang sangat kuat terhadap umat Islam adalah disebabkan mereka meninggalkan solat berjemaah di masjid. Malah kita perhatikan masjid-masjid semakin lesu dengan kekurangan ahli jemaah yang bersolat Subuh.

Yang jelas, kesungguhan sesebuah komuniti Muslimin dalam mengamalkan disiplin solat Subuh berjemaah di masjid atau di surau menjadi faktor penting untuk menilai kekuatan dan keutuhan masyarakat sesebuah qariah.

Bukan sahaja ianya melambangkan kekuatan rohaniah akan tetapi ianya juga menunjukkan kesiapsiagaan umat untuk menghadapi apa jua cabaran mahupun rintangan kehidupan. Ini kerana solat Subuh berjemaah adalah kesatuan yang murni dan sangat utuh mendidik diri dan masyarakat.

Harapan anjang agar semua pihak terlibat dalam menggembleng tenaga untuk menjadikan GERAKAN SUBUH ini sebagai agenda pembinaan masyarakat bersyakhsiyyah tinggi dan serius.

Apatah lagi jika generasi pemuda atau anak-anak muda dapat dijadikan sasaran utama program ini untuk membangun jiwa murni dikalangan mereka, anak muda yang jernih..yang akan membarisi satu saff golongan pemuda solehin yang telah tertambat oleh kecintaan kepada masjid-masjid dan rumah-rumah Allah...

Betapa gerak kerja dalam merubah masyarakat adalah usaha yang terlalu besar perlu dimainkan oleh semua pihak..tak kira golongan dewasa ataupun belia remaja..sama-sama perlu terlibat dalam menjayakannya..

Oleh itu, anjang menyeru kepada semua sahabat-sahabat sekalian... kepada seluruh pencinta perjuangan Islam agar menjadikan GERAKAN SUBUH ini sebagai usaha kolektif sehingga ianya terpahat menjadi satu ciri yang membentuk wajah syakhsiyyah masyarakat Muslim Yang Hakiki seluruh Malaysia.

...CARILAH MEREKA YANG LULUS UJIAN ALLAH INI!!!!!...

Aku Merindukan...



Aku merindukan suatu hari...
Di mana berpagi-pagi masjid-masjid dipenuhi kaum muslimin...
Mereka berusaha pergi melangkah ke rumah Allah S.W.T. dengan penuh sukacita...
Menanti azan Subuh dilaungkan dengan penuh kerinduan...
Di belakang muazzin mereka menjawab lantunan azan berkumandang...
Dengan penuh penghayatan...

Aku merindukan datangnya suatu hari...
Saat seorang muslim begitu sekali penyesalannya...
Akibat tertinggal solat Subuh berjemaah...
Bagaikan dia kehilangan suatu yang benar-benar berharga...
Yang lebih mahal dari dunia dan seisinya...

Aku merindukan suatu hari...
Saat didapati agama Allah adalah agama bagi seluruh penduduk bumi...
Kegelapan bertukar menjadi sirna...
Berganti cahaya keadilan dan kebenaran...

Aku merindui semua itu...
Aku meyakini kenyataannya yang aku alami hari ini...
Sebelumnya adalah mimpi-mimpi kelmarin...
Apa yang aku cita-citakan hari ini...
Akan terwujud pada esok harinya...
Dengan izin Allah segalanya akan terlaksana...

Aku merindukan suatu hari...
Saat melihat semua harapan menjadi kenyataan...
Yang akan kulihat dengan mata kepalaku sendiri..

GERAKAN SUBUH

Gerakan Subuh merupakan satu inisiatif Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH) untuk menjana kebangkitan ummah. Solat Subuh berjemaah penjana kekuatan ummah.
Anjang ingin membawa sahabat menilai dan memikirkan bahawa adakah kita sudah kuat..adakah umat Islam sekarang telah kuat rohani dan jasmaninya??? jawablah sendiri.. anda sendiri ada jawapannya..

Sahabat...

Anjang ingin membuka fikiran sahabat-sahabat semua.. kita hanya akan kuat apabila kuantiti atau bilangan kita datang untuk berjemaah solat subuh sama sepertimana bilangan jemaah yang datang menunaikan solat fardhu jumaat.. yakinlah sahabat, kekuatan kita ada di solat subuh.. percayalah sahabat, kita mampu menyatu-padukan pemikiran dan buah fikiran yang mantap apabila kita bersama-sama dalam saff-saff jemaah solat subuh.. anda saja mampu merubahnya.. jika bukan anda... siapa lagi????

Pelancaran Gerakan Solat Subuh ini merupakan anjuran bersama WEHDAH (Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah) dan Masjid Al-Muttaqin Bandar Darul Aman.

Bertempat di Masjid Al-Muttaqin, pada pagi tadi iaitu bertarikh 24 April 2009 merupakan program yang julung-julung kali diadakan di Negeri Kedah Darul Aman malah merupakan yang pertama kalinya di Malaysia. Ini adalah program yang perlu diambil peranannya dan tanggungjawab daripada semua pihak terutamanya oleh setiap imam-imam masjid dan juga ahli-ahli qariah di seluruh Malaysia. AMBILLAH TUGAS INI!!!

Objektif Gerakan Subuh ialah :

1) Mencetuskan keghairahan warga Muslim untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.
2) Membina syakhsiyyah murni melalui solat berjemaah.
3) Membangunkan sebuah masyarakat Islam berdisiplin tinggi melalui solat subuh berjemaah.
4) Mengusahakan solat subuh di masjid dengan bilangan kaum Muslimin yang sama ramainya pada waktu menunaikan solat fardhu jumaat.
5) Menanamkan kesedaran bahawa kekuatan solat subuh berjemaah dapat membangunkan kekuatan ummat Islam ketika berhadapan dengan anasir-anasir yang mahu merosakkan ummat Islam itu sendiri.
6) Membangkitkan kesedaran masyarakat untuk menjadikan masjid sebagai pusat ilmu, pusat tarbiyyah, pusat pembinaan syakhsiyyah, pusat pengendalian kebajikan masyarakat dan paksi pembangunan institusi keluarga bagi merangka dan menyusun ekonomi ummat Islam.
Sahabat-sahabatku yang dikasihi..

REBUTLAH SOLAT SUBUH BERJEMAAH!!!

Daripada Jarir bin Abdullah Al-Bajili radhiyallahu 'anhu berkata :

"Kami di sisi Rasulullah S.A.W. melihat bulan purnama maka ketika itu Baginda S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu seperti kamu melihat bulan purnama ini, tidak payah kamu berebut-rebut untuk melihatnya jika kamu mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum naiknya matahari (iaitu solat subuh) dan terbenamnya".

Daripada Abi Sa'id daripada Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Apabila kamu melihat seseorang melazimkan dirinya pergi melangkah ke masjid maka saksikanlah bahawa orang itu mempunyai IMAN."

Allah berfirman yang maksudnya :

"Hanya orang-orang yang beriman sahaja yang akan memakmurkan rumah-rumah Allah"

Kata-kata Sayyidina Umar :

"Sesungguhnya aku lebih suka bersolat subuh berjemaah dari solat malam sampai ke pagi.."

Sahabatku yang dirahmati Allah...

Marilah kita mulakan Gerakan Menghidupkan Solat Subuh ini..!!!

WEHDAH menyarankan semua masjid menjayakan hasrat murni ini agar menjadi program GERAKAN SUBUH julung-julung kalinya ini antara program utama masjid anda...

Pelbagaikan aktiviti di masjid anda agar dapat menarik golongan anak-anak muda atau para remaja untuk bersolat berjemaah beramai-ramai.

Antara program yang menarik yang boleh anda wujudkan seperti :

1) Tazkirah Subuh berasaskan tajuk-tajuk tertentu mengenai masalah dan isu-isu semasa.
2) Diskusi anak muda dihujung minggu selepas solat subuh.
3) Qiyamullail dari semasa ke semasa.
4) Bedah buku atau Bedah kitab.
5) Solat sunat Dhuha beserta kuliah Dhuha selepasnya.

Malah banyak lagi...anda boleh jika anda yakin!!!
PERCAYALAH SAHABAT!!!!

'Imarahkanlah Masjid-Masjid Anda...


IMARAH MASJID

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَءَاتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanyasanya... yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mereka yang sentiasa tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan bagi mereka tidak akan takut (kepada sesiapapun) melainkan hanya kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”

(Surah At-Taubah : 18)

Pengertian Masjid

Kata masjid diambil daripada kosa kata Bahasa Al-Qur’an (iaitu Bahasa Arab). Kata ini merupakan salah satu kata daripada perkataan sajada (ertinya sujud), yang juga bererti patuh, taat serta tunduk dengan penuh hormat dan takzim.

Melalui pengertiannya daripada pandangan syara', sujud adalah bererti meletakkan dahi, kedua tangan, lutut dan kaki ke bumi. Dari sini dapat pula diketahui bahawa secara semantik masjid bererti tempat sujud atau tempat solat. Hal ini sesuai pula dengan sabda Nabi S.A.W.:

“Di mana saja engkau berada, jika waktu solat tiba, maka dirikanlah solat, kerana di situ pun adalah masjid”

(H.R. Muslim).

Dalam erti kata, seluruh permukaan bumi ini merupakan masjid. Ertinya, orang Islam boleh mendirikan solat di mana sahaja (kecuali di beberapa tempat yang ditetapkan oleh Agama, seperti di kawasan perkuburan dan di dalam toilet) di muka bumi ini, sah solatnya.

Selain makna di atas, masjid juga memiliki makna syara’. Dalam pengertian ini, masjid adalah sebuah bangunan, tempat ibadah umat Islam, yang digunakan oleh umat Islam terutama sebagai tempat dilangsungkannya solat berjemaah. Tetapi, kerana akar katanya mengandungi makna tunduk dan patuh, maka hakikat masjid adalah tempat melakukan segala aktiviti yang mengandungi maksud kepatuhan kepada Allah S.W.T. semata-mata. Atas dasar inilah Allah S.W.T. menegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

َأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping ( kamu menyembah) Allah”

(Surah Jin : 18)

Berkenaan dengan ini, Nabi S.A.W. ada menegaskan dalam sabdanya:

“Telah dijadikan untukku (dan untuk umat-umatku) bumi ini sebagai masjid dan tempat penyucian diri”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Fungsi Masjid

Ia berfungsi sebagai baitullah (rumah Allah), masjid adalah tempat turunnya rahmat Allah S.W.T. Oleh sebab itu, masjid dalam pandangan Islam adalah tempat yang paling mulia dan baik di permukaan bumi.

Di masjid, umat Islam menemukan ketenangan hidup dan penyucian jiwa kerana di sana terdapat majlis-majlis dan kuliyah-kuliyah terhormat yang bermanfaat. Masjid bagi umat Islam adalah institusi paling penting dalam membina masyarakat yang terbilang, cemerlang dan gemilang dari sudut akhlak dan pekertinya.

Di masjid jugalah, rasa kesatuan dan persatuan ditumbuh-suburkan. Di masjid semua masyarakat bertemu berkeadaan darjat yang sama kerana Allah S.W.T. tidak memandang akan darjat satu-satu masyarakat di atas dunia ini.

Bagi Allah S.W.T., yang paling terhormat dan termulia di antara hamba-hamba-Nya adalah mereka yang paling bertakwa di antara kamu..

(Surah Al-Hujurat : 13)

Dalam bidang keagamaan masjid berfungsi sebagai tempat melakukan solat, yang mana di dalam hadis disebutkan ia sebagai tiang agama, baik solat fardhu mahupun solat sunat.

Al-Qur’an menyebutkan fungsi masjid antara lain ialah sepertimana di dalam firman-Nya:

“Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan sebutlah nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan waktu petang, lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual belinya daripada mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang mana (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”

(Surah An-Nur : 36-37).

Tasbih pula bukanlah hanya bererti dengan mengucapkan subhanallah, malah ia membawa erti yang lebih luas lagi. Sesuai dengan makna yang mencakupi kata tersebut beserta dengan konteksnya. Sedangkan erti dan konteks-konteks tersebut dapat disimpulkan dengan erti kata takwa itu sendiri.

Selain fungsi ibadah, masjid juga memiliki fungsi sosial. Di masjid dapat dilangsungkan proses pendidikan (tarbiyyah), terutama pendidikan keagamaan –seperti kuliyah-kuliyah tafsir, hadis, fekah, tajwid, wirid pengajian (seperti di ajarkan oleh imam Nawawi dalam bukunya "Al-Azkar") dan sebagainya.

Bahkan, masjid pada waktu hidupnya Nabi Junjungan S.A.W. merupakan pusat berbagai-bagai aktiviti. Sejarah mencatat tidak kurang dari sepuluh peranan yang telah dimainkan oleh masjid pada masa hidup Nabi (iaitu Masjid Nabawi), iaitu:

1). Tempat ibadah (solat dan zikir);

2). Tempat motivasi dan komunikasi (mengenai masalah ekonomi, sosial dan budaya);

3). Tempat pendidikan;

4). Tempat didikan sosial;

5). Tempat latihan ketenteraan dan persiapan alat-alatannya;

6). Tempat pengubatan para pejuang medan perang;

7). Tempat perdamaian dan pengadilan dalam permusuhan;

8). Tempat menerima tetamu;

9). Tempat menahan tawanan;

10). Pusat penerangan atau pembelaan agama.


Maka masjid dalam memainkan peranannya adalah begitu luas pada zaman Nabi Junjungan S.A.W., ini adalah disebabkan oleh beberapa hal iaitu:

Pertama, keadaan masyarakat yang masih sangat berpegang teguh kepada nilai-nilai, norma-norma dan jiwa agama..

Kedua, Kemampuan pembinaan masjid menghubungkan keadaan sosial dan permintaan masyarakat dengan kegiatan atau aktiviti masjid itu sendiri...

Ketiga, manifestasi pemerintah terlaksana di dalam masjid, baik pada peribadi-peribadi pemimpin di sesebuah pemerintahan yang menjadi imam atau khatib mahupun di dalam ruangan-ruangan masjid yang dijadikan tempat-tempat kegiatan pemerintah dan dalam aspek musyawarah dan perbincangan.

Keadaan di atas telah berbeza dengan saat sekarang ini, di mana telah muncul lembaga-lembaga baru yang mengambil-alih sebahagian fungsi dan peranan) masjid pada masa lalu, iaitu organisasi-organisasi keagamaan sama ada daripada lembaga-lembaga pemerintah ataupun di pihak swasta mahupun NGO. Mereka berperanan sebagai pengarah dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi umat Islam dalam beragama. Lembaga-lembaga itu selalunya memiliki kemampuan material melebihi kemampuan kewangan masjid.

Fungsi dan peranan masjid seperti pada masa Nabi S.A.W. itu tentunya sulit dan sukar untuk diwujudkan pada masa kini. Namun ini bukan bererti bahawa masjid tidak lagi dapat berperanan di dalam hal-hal tersebut.

Pada saat ini, masjid yang ideal adalah masjid yang memiliki ruangan dan peralatan yang setidak-tidaknya dapat difungsikan sebagai:

1). Ruang solat yang memenuhi syarat-syarat dalam bab kesihatan dan keselamatan..

2). Ruang-ruang khusus wanita yang memungkinkan mereka keluar masuk tanpa bercampur dengan kaum lelaki. Baik digunakan untuk solat mahupun untuk kuliyah-kuliyah agama..

3). Ruang pertemuan dan perpustakaan..

4). Ruang rawatan (seperti klinik) dan ruang untuk memandikan serta mengkafankan mayat..

5). Ruang bermain, berolahraga dan berlatih bagi remaja (perlu diwujudkan di luar masjid)...

Semua hal di atas ini seharusnya perlu diwarnai oleh kesederhanaan keadaan dari struktur bangunan. Namun harus tetap menunjangkan peranan yang masjid ideal seperti yang termaktub. Ketentuan-ketentuan di atas merupakan kesepakatan para ulama dari berbagai negara Islam dalam Muktamar Risalah Al-Masjid di Mekah pada tahun 1975.

Umat Islam yang memanfaatkan fungsi masjid ini sebagai tempat ibadah dan aktiviti sosial sebenarnya amyang mampu memberi impak kemashlahatan yang mana akan mampu diberikan ganjaran yang luar biasa oleh Allah S.W.T. Salah satu bentuk ganjaran itu dijelaskan dalam sabda Nabi Saw.:

“Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid, maka Allah S.W.T. akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu”

(H.R. Bukhari, Muslim dan Ahmad ibn Hanbal).

'Imarah Masjid

Pada surah At-Taubah pada ayat yang ke-18 di mana Allah S.W.T menegaskan bahawa orang-orang yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada-Nya dan hari akhirat, serta mereka yang tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah.

Ayat ini menurut para ahli tafsir difahami sebagai penegasan Allah S.W.T. tentang perbezaan antara orang mukmin (iaitu orang yang beriman) dengan orang yang musyrik (iaitu orang yang mempersekutukan Allah). Sebabnya, pada ayat sebelum ini Allah S.W.T. menegaskan:


“Tidaklah akan orang-orang musyrik itu dapat memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri adalah kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya dan mereka kekal di dalam neraka”

(Surah At-Taubah : 17).

Orang-orang yang beriman akan senantiasa memenuhi masjid dalam rangka beribadah kepada Allah S.W.T. Mereka akan mendatangi masjid setiap kali muazzin mengumandangkan panggilan azan untuk menunaikan solat berjamaah. Berbeza halnya dengan orang musyrik, mereka tidak akan menghiraukan panggilan azan tersebut. Dalam sebuah hadis ditegaskan oleh Nabi S.A.W.:

“Siapa yang mendengar panggilan azan untuk menunaikan solat lalu dia tidak memenuhi panggilan tersebut dan dia baru datang ke masjid (setelah orang lain usai solat berjamaah) untuk menunaikan solat, maka solatnya tidak sempurna. Sesungguhnya dia telah durhaka kepada Allah dan rasul-Nya –lantaran dia tidak memenuhi panggilan azan tersebut”

(Hadis Riwayat Mardawih daripada Ibnu Abbas).

Meng'imarahkan masjid bukan saja melalui ibadah mahdhah belaka, tetapi juga dapat dilakukan dengan cara memaksimakan fungsi-fungsi masjid yang telah dihuraikan di atas. Umat Islam yang meng’imarahkan masjid inilah orang-orang yang mendapat petunjuk . Hal ini jelas ditegaskan oleh Allah S.W.T. pada akhir ayat 18 surat At-Taubah di atas.

Layar Rindu...

LAYAR RINDU
Lafaznya adalah rasa hati..
Membawa layarnya ke segenap sanubari..
Dikala sepi berombak..
Menghempas badainya disebalik diri..

LAYAR RINDU
Bijak mencuri lakaran perasaanku
Kesungguhan dirimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak yang berlalu

LAYAR RINDU
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku..
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan di kalbu..
Aku ingin sekali bertanyakanmu..
Ingin sekali ku tahu darimu..

LAYAR RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari.

Lembayung Redha...



Sahabat...
Bukankah kita telah berjanji di bawah lembayung di hari yang tiada lembayung kelak???
Lihatlah pesan Nabi Junjungan S.A.W. yang tercinta...

" Mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah, akan bertemu di bawah lembayung yang tiada lembayung kelak. Moga kita di bawah satu lembayung kelak.!"

Yakin dan percayalah sahabat-sahabatku...
Ladang perkasihan sesama saudara ini merupakan janji...
Sudah pastinya ramai yang akan keliru makna halusnya.

Ya, rindu pada saudara yang terpisah adalah jauh maharnya Redha Allah S.W.T...
Yang sunyi dan khali dari nafsu...
Semangatnya selalu membara...
Kerana kita bukan para WaliNYA...
Yang khali dari godaan syaitan...
Yang mampu untuk bercinta tanpa gelodak nafsu.

Dalam IMAN ada ketenangan..
Dalam REDHA ada kebahagiaan..
Dalam DZIKIRULLAH ada kedamaian....

Biar renggang di Fana DUNIA..
Biar hina di mata MANUSIA..
Biar semangat semakin TUA..
Biar akal semakin BERUSIA DAN MATANGNYA...
Jangan tergadai SILATURRAHIM antara kita...

ISLAM itu...
IMAN itu...
TAQWA itu..
AQIDAH itu...
REDHA itu...
SABAR itu...
JUJUR itu...
AMANAH itu..

Semuanya kerana ALLAH...
Semuanya kerana KHALIQ...
Semuanya kerana PENCIPTA.

Yakinlah dengan janji itu...
Kita dalam saff yang sama...
Kita membawa panji yang satu...
Kita sejiwa dalam matlamat...
Kita sehati dalam hala tuju...

Hanya kita...
Hanya kita...
Hanya kita umatnya Muhammad S.A.W...
Yakinlah dengan janji-janjinya.

Sinarnya Kehidupan...


Hari ini aku berdiri menyongsong masa depanku bersama-sama detik-detik pengalaman kerjaku di daerah tanah tumpah darahku.. Ya, aku bahagia di sini bersama keluarga..
Bersama angin yang berhembus menerpa tiap detik waktu yang selalu menyambut pengalamanku...

Fajar menghampiri pagiku yang cerah nan menyejukkan, kubangun mencari ilmu yang Kau taburkan di serataku...
Malam pula berlalu bersama kegelapan yang tidak menenggelamkan aku untuk bersama-sama dengan-Mu...
Di saat matahari merekah, aku ingin diterpa oleh sinarnya api kehidupan yang benar-benar menghidupkan aku...
Membiarkan setiap inchi tubuhku berubah oleh sinarannya...
Merasakan tiap detik hembusan waktu yang menghiasi tiap insan manusia di dunia...

Betapa indahnya dunia ini...
Tidak perlu setiap manusia harus diingatkan..
Bahawa kita hidup di tempat yang indah nan menawan...
Di manapun kita menoleh hanya keindahan yang terpancar...
Walaupun itu hanya kekesongan waktu yang kejam menyeksa kehidupan.

Tuhan telah memberikan kita tempat berlabuh bagi menghirup udara ini...
Jangan biarkan dunia kita berhenti memancarkan keindahan..
Hanya kerana hitamnya hati yang menerpa sudut dunia yang hancur oleh-Nya...
Matlamat kita hanya di sana..
Tempat yang abadi selamanya.

Untaian rencana menanti dunia ini...
Jangan menjadi benalu kehidupan...
Kerana engkau tidak akan mampu menyambut rencana itu...
Jika matlamatmu hanya dunia..
Yang penuh dengan tipu daya yang menyesatkan.

Keselarasan Antara Do'a Dan Usaha


Kali ini anjang kembali untuk memperingatkan lagi tentang Iman dan Taqwa kita kepada Allah SWT. Ini adalah kerana dua unsur penting iaitu Iman dan Taqwalah yang akan mewarnai dinamika ibadah kita kepada Allah S.W.T.

Iman secara batin, Taqwa secara lahir...

Lihatlah kepada kehidupan kita yang adanya batin dan adanya lahir. Begitulah juga jika kita nak merealisasikan tentang do'a dan usaha kita. Do'a tanpa usaha adalah sia-sia, sebaliknya usaha tidak disertai do'a kurang berkatnya. Iman secara batin maka sukar untuk dilihat kerana adanya di dalam sanubari.. hanya yang nampak adalah Taqwanya...

Iman seseorang itu tak mungkin dapat kita lihat sekiranya tidak dilihat dari sudut taqwanya di dalam ibadahnya, solatnya, zakatnya, dan hajinya. Begitulah kira-kira ibadah seseorang itu, digerakkan dari batin maka akan dizahirkan oleh lahirnya atau tingkahlakunya.

Yakin dan percayalah hanya dengan do'a dan usaha dapat mengisi Iman dan Taqwa seseorang hamba kepada Khaliqnya.

Dengan Iman kita berdo'a,
Dengan taqwa kita berusaha.
Do'a dan Usaha untuk merealisasikan Iman dan Taqwa... Ya, supaya mudah mengingat rangkaiannya, disingkat ayat ini dengan "DUIT" (ia juga di antara perkara yang sangat penting yang harus dimiliki)...

Termasuk membina dan membentuk keluarga yang bahagia, do'a dan usaha harus dipanjatkan selalu dan merupakan faktor yang tersangat penting dalam pencapaiannya. Di dalam Al-Qur'an Al-Karim diajarkan oleh Allah S.W.T melalui tiga jenis do'a khusus untuk keluarga, banyak do'a di dalam Al-Qur'an, semuanya ada 66 ayat, daripada 66 ayat inilah terdapat tiga jenis do'a yang khusus untuk keluarga.

Pertama di dalam surah Ali Imran pada ayat ke-38, yang kedua di dalam surah Ibrahim pada ayat yang ke-40, yang ketiga di dalam surah Al-Furqan pada ayat ke-74, inilah konsep do'a yang diajarkan oleh Allah S.W.T., di dalam Al-Qur'an untuk membentuk dan membina keluarga yang bahagia, sejahtera, aman di dunia dan akhirat.

Yang pertama di dalam surah Ali Imran pada ayat 38 :

" Di sanalah Zakaria berdo'a kepada Tuhannya seraya berkata " Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku zuriat keturunan yang baik daripada Engkau, Engkau Maha Mendengar akan segala do'a ".

Jadi ibubapa atau bakal menjadi ibubapa seharusnya meminta kepada Allah S.W.T. supaya diberi anak ( keturunan atau zuriat ) yang baik.

Yang kedua di dalam surah Ibrahim ayat yang ke-40 :

"Wahai Tuhanku ! Jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan solat, juga di antara keturunanku, Ya Tuhan kami ! Kabulkan do'a ku " !

Kalau yang pertama tadi meminta keturunan yang baik, yang keduanya berdoa meminta menjadi ahli ibadah yang taat dan patuh supaya yang baik tadi menjadi benar kerana banyak orang yang baik belum tentu lagi benar. Maka perlulah kita meminta kepada Allah S.W.T. supaya jadikan kita berkeadaan baik lagi benar.

Dalam do'a di atas yang kita minta supaya menjadi ahli ibadah ( yang selalu mendirikan solat ). Ini adalah kerana pokok ibadah itu merupakan solat. Maka jenis ibadah yang lainnya kalau dihitung bahkan tidak akan terhitung banyaknya. Dalam hal ini, solat merupakan ibadah paling pokok dan menentukan Taqwa dan Iman seseorang.

Yang ketiga, do'a buat keluarga ada di dalam surah Al-Furqan pada ayat ke-74 yang maksudnya:

" Dan orang-orang yang berdo'a itu (mereka meminta) : " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata hati ( kami ), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa ".

Sebagai keterangannya mereka memohon kepada Allah supaya diberikan mereka anak dan isteri yang akan menjadi Qurrata a'yunin atau yang selalu menyenangkan hati, nikmatnya bukan main lagi jikalau kita mempunyai keluarga atau anak yang menjadi Qurrata a'yunin itu. Seorang suami atau lelaki yang bakal mendirikan rumahtangga perlulah meminta kepada Allah S.W.T. supaya mempunyai isteri dan anak yang menyenangkan hati, menyejukkan perasaan, menenteramkan pemikiran. Di mana pengertian perkataan atau kalimah Qurrata a'yunin ini tersangatlah luas maknanya.

Tiga jenis do'a di atas itu mudah untuk kita membacakannya, maka bacalah ketiga-tiga do'a itu sekaligus di dalam do'a yang kita panjatkan kepada Allah S.W.T. Do'a ini memiliki maksud yang sangat luas daripada Allah S.W.T. Do'a sudah kita bicarakan hanya tinggal usahanya sahaja, maka bagaimanakah pula usahanya ?

Kita lihat dahulu bagaimana jalur dari intipati Taqwa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam merealisasikan ayat "Qu anfusakum wa ahli-kum naaro". Menjaganya adalah dengan Taqwa, maka membina manusia itu tidak mampu seperti metode ilmu fekah. Ini adalah kerana jikalau metode ilmu Fekah, yang halal dimakan, yang haram dibuang.

Maka berlainan dalam metode kali ini kerana membentuk dan membina keluarga memakai metode Tasawuf, yang baik dipelihara, yang jelek diperbaiki. Jadi, sekiranya kita mempunyai atau memiliki anak atau suami/isteri yang jelek dan nakal, jangan dibuang.. tetapi harus diperbaiki. Perintah memperbaiki ini dalam Islam bukan ketika ditengah jalan, tapi sejak dari awal.. cuba kita lihat daripada intipati do'a-do'a di atas tadi... Do'a itu berlaku untuk masa kelahiran, sebelum kelahiran dan setelah kelahiran.

Sekiranya belum mempunyai anak, sudah meminta anak yang baik. Mungkin kita terlambat dalam mengetahui do'a ini. Tidak mengapa daripada tidak mengetahuinya sama sekali, sebab ini do'a Nabi Allah Zakaria. Baginda berdo'a sebelum baginda mempunyai anak, sampailah anak itu lahir. Baginda masih tetap berdo'a. Usaha membentuk anak yang baik harus mengikuti ajaran Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda yang maksudnya, bagi anakmu yang lahir, bacakanlah Azan ditelinga kanannya, kumandangkanlah Iqamat ditelinga kirinya.

Memang betul Azan untuk memanggil orang solat, kalau di tempat atau di waktu solat itu sendiri. Menurut Tafsir Ibnu Abbas, kalimah Azan itu ada tujuan masing-masing. Yang tergantung waktu bila dan di mana ianya dikumandangkan. Kita lihat zaman Nabi Muhammad S.A.W., azan mengigati akan masuknya waktu subuh satu jam sebelum datang waktunya dikumandangkan Azan Subuh. Maka begitu juga apabila tiba waktu subuh, Azan lagi yang kedua kalinya. Pertama Bilal yang mengazankannya, keduanya pula oleh Ibnu Maktum.

Tujuan Azan yang pertama untuk membangunkan orang yang sedang tidur. Azan yang kedua sebagai pemberitahuan bahawa waktu solat subuh sudah datang, Uthman bin 'Affan radhiyallahu 'anhu mengumandangkan Azan Jum'at dua kali. Pertama, lebih kurang satu jam sebelum waktu Jum'at datang. Azan ini dikumandangkan di tengah pasar, maksudnya untuk mengingatkan orang yang sedang berdagang atau berniaga kemudiannya barulah Azan yang kedua masuk waktu Jum'at di dalam Masjid.

Jadi kalau kita meneliti kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa ini, bererti tujuan Azan itu di mana ditempatkan di situ mempunyai maksud tersendiri. Waktu perang Rasulullah S.A.W. memerintahkan Azan untuk memohon kemenangan kepada Allah S.W.T.

Azan yang kita bicarakan tadi itu adalah sebagai rasa syukur kita kepada Allah S.W.T. kerana kebesaran Allah S.W.T. memberikan kita satu kurniaan ( iaitu anak ). Maka ungkapan syukurnya adalah dengan membesarkan Allah S.W.T. kerana anak adalah merupakan satu kurniaan dan nikmat daripada Allah S.W.T.

Kalau kita meneropong lebih jauh lagi, setiap diri kita manusia akan didampingi oleh syaitan ketika mana dia dilahirkan sampailah sekarang. Syaitan ini telah pun memohon kepada Allah S.W.T. sebelum manusia berkembang biak dengan banyaknya. Dia telah memintanya kepada Allah dan permintaannya antara lain:

"Wahai Tuhanku, anak Adam kau beri rumah, maka berikanlah aku rumah. Kata Allah, rumahmu adalah kamar atau bilik mandi. Oleh itu, Nabi Muhammad S.A.W. mengajarkan kita apabila kita ingin menjejakkan kaki ke kamar mandi ada do'anya, kerana ia adalah rumah syaitan. Kemudian syaitan meminta lagi...Anak Adam Kau beri mereka tempat duduk, maka berikanlah aku tempat duduk. Kata Allah, tempat dudukmu ialah di pasar-pasar. Maka sekiranya kita mahu masuk ke pasar diajarkan berdo'a, kerana ia merupakan tempat duduk-duduknya syaitan. Lalu syaitan meminta lagi, Anak Adam Kau beri kitab sebagai pedoman dan petunjuk. Kitabmu kata Allah, adalah syair-syair lagu yang menyesatkan. Maka kalau kita selalu menyanyikan lagu-lagu barat yang sensual dan lagu Dangdut ...maka yang sangat asyiknya bukan main itu adalah merupakan petunjuk syaitan sampai kita lupa kesemuanya. Tetapi syaitan akan lari tercirit-birit kalau mendengar laungan azan. Ini antara lain manfaat Azan. Setelah dikumandangkan Azan kepada bayi yang baru dilahirkan, kata Rasulullah S.A.W., berilah dia makanan yang "halalan thayyiban" ( iaitu dimaksudkan air susu ibunya ).

Yang ketiga, berikanlah dia nama iaitu berilah anak dengan nama yang bagus dan baik pengertiannya, yang ada identiti Islamnya. Ini kerana daripada sabda Nabi S.A.W. yang maksudnya, nama itu mempengaruhi keperibadian seseorang.

Islam tidak kekurangan nama, sumber atau rujukan nama boleh diambil daripada nama Allah (cuma diletakkan hamba atau 'abd di depannya). Begitu juga nama Nabi, nama Rasul, nama sahabat Nabi, nama daripada Wali, daripada ayat Al-Qur'an, pokoknya ialah sumber pengambilan nama-nama di dalam Islam ini tidak akan pernah habis, cabangnya dan sumbernya banyak sekali.

Persoalannya, mungkin kita belum mengenal atau mengetahui nama-nama daripada Islam itu sendiri. Memberi nama yang baik kepada anak, sesuai dengan permohonan kita kepada Allah, seperti tertera dalam do'a yang berasal daripada ayat Al-Qur'an di atas. Ini sebagai langkah usaha kerana nama merupakan panggilan dan seruan iaitu bermaksud do'a yang sering kita laungkan panggilan buat anak-anak kita.

Kewajipan yang ke-empat mengaqiqahkan anak sebagai ungkapan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T. Dua ekor kambing kalau mendapat anak lelaki, seekor kambing kalau anak perempuan. Aqiqah tidak terikat oleh waktu, berbeza dengan ibadah Qurban. Aqiqah boleh dilakukan bila-bila saja, asal anaknya belum akil baliqh. Memang utama jika kita lakukan di masa kelahiran iaitu hari ke-tujuh. Kalau kita mendidik anak dimulai dengan cara-cara seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W., insya-Allah kita digolongkan sebagai orang yang selalu bersyukur. Iman itu kata Nabi ianya memiliki dua sisi. Sisi yang pertama ialah sabar dan sisi yang kedua ialah syukur.

Malah bukan saja ia mensyukuri anak kerana ia baru lahir tetapi mensyukuri nikmat yang lebih jauh dan panjang lagi, iaitu rezeki, usaha dan lain-lain. Hakikat syukur itu kalau menurut Imam Ghazali ialah sekiranya mahu melihat orang yang selalu bersyukur itu memiliki tiga syarat.

Pertama, dia mengenal apakah itu nikmat, ertinya : yakin nikmat itu datangnya daripada Allah S.W.T bukan daripada yang lainnya.

Kedua, dia mengetahui manfaat nikmat itu sendiri, kita sering lupa akan kemanfaatan nikmat.

Kita tidak selalu ingat...
Nikmat mata untuk apa?
Nikmat telinga untuk apa?
Nikmat memiliki gigi untuk apa?

Jarang sekali kita menyedari kemanfaatan pemberian-pemberian Allah S.W.T. yang sangat berharga dan tak dapat ditukargantikan itu. Kita selalu akan ingat apabila sebahagian kecil daripada pemberian-pemberian Allah itu sudah berkurang fungsinya kerana terkena penyakit atau mengalami gangguan.

Yang ketiga, orang menggunakan nikmat itu sesuai dengan kehendak yang memberi nikmat. Ini yang sering dilupakan dan tidak dipedulikan oleh manusia kerana umumnya manusia itu menggunakan nikmat Allah S.W.T. kepada tujuan yang tidak sesuai dengan kehendak-Nya. Seharusnya semua pemberian Allah S.W.T. ini digunakan sesuai dengan kehendak-Nya. Begitulah juga apabila memperoleh rezeki, maka gunakanlah sesuai dengan kehendak Allah S.W.T.

Kembali kepada do'a yang kedua iaitu untuk dapat menjalankan kewajipan solat ini. Maka kewajipan di masa kanak-kanak, sepatutnya kita mampu melihat berilmunya anak-anak itu adalah disebabkan ilmu yang sering dipertontonkan kepadanya daripada perbuatan-perbuatan kita sebagai ibubapa.

Jadi dalam hal ini orang tua punyai kewajipan menyekolahkan anaknya. Kata Nabi Muhammad S.A.W., tidak ada yang paling utama pemberian orang tua kepada anaknya selain pelajaran akhlak yang baik sejak dia masih kecil. Pendidikan lain, ajarilah anak kamu tentang solat sejak umurnya tujuh tahun. Petunjuk mendidik anak ini sesuai melalui do'a di atas tadi agar kita memperolehi zuriat keturunan yang baik.

Cara mengajari anak mengerjakan solat dengan baik, sesuai dengan do'a di atas. Apa tidaknya dengan permulaan daripada perbuatan kedua orang tuanyalah, maka barulah anak tadi mengikuti apa yang diperbuatkan oleh kedua orang tua mereka. Jadi kalau kita menyuruh anak bersolat, maka semestinyalah kita sebagai orang tua perlu mendahulukan dalam mengerjakan solat itu. Barulah kita mampu menyuruh anak-anak kita bersolat. Sekiranya ingin menyuruh anak mengaji, mestilah orang tuanya terlebih dahulu mengaji.

Biasanya anak yang berumur tujuh tahun ini, mereka akan mengambil apa yang dilihat dan didengari oleh mereka seterusnya akan diikutinya. Apa yang dilihatnya akan terus disimpannya, malah akan diikutinya dengan penuh semangat. Dalam hal pelaksanaan beribadah kepada Allah S.W.T. ini, anak umur tujuh tahun kalau melihat ayah dan ibunya mengerjakan solat atau membaca Al-Qur'an, dia akan mengikuti apa yang dikerjakan oleh orang tuanya. Jadi dengan anak kecil tidak perlu menggunakan dalil-dalil.

Dalam Tafsir Ibnu Katsir dijelaskan metode mengajar ada tiga.
1) Pertama, untuk mereka yang pintar iaitu pengajarannya dengan "bil hikmah". Iaitu dengan dalil.
2) Kedua, buat mereka yang sedang. Maka kita mestilah melalui pengajaran yang baik.
3) Yang ketiga, apabila bersama dengan anak-anak yang masih kosong ibarat kain putih. Maka kita mestilah bermujahadah dengan baik, iaitu : lebih banyak perbuatan seimbang dengan ucapan. Berikan contoh kepada mereka model begini dan begini. Jangan menggunakan dalil kerana mereka sudah tentu belum mengerti tentang dalil.

Mungkin akan menimbulkan salah faham atas disebabkan oleh gara-gara dalil yang diberikan. Oleh itu, kepada mereka seperti ini maka yang paling tepat adalah memperlihatkan banyak contoh amal yang baik (sifat mahmudah) agar ditiru dan diikuti. Inilah antara lain bentuk-bentuk usaha mendidik anak agar kita melahirkan zuriat keturunan yang baik, sesuai permintaan dan do'a kita kepada Allah S.W.T. sebagaimana yang tercantum di dalam tiga jenis do'a yang perlu menjadi ungkapan dan permohonan yang kita panjatkan setiap hari.

AMALKAN IA DAN LAZIMKANLAH DI DALAM DOA YANG KITA PANJATKAN KEPADA ALLAH!!!!.......

Lintasan Niatku.. Kau Perkenankan Ya Allah..


Pagi Jumaat nie..anjang tersayat sendiri kerana terlintas niat di hati ini ingin menziarahi rumah Allah iaitu menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah...

Hmmm...Akh Azim sebenarnya telah mengajak anjang untuk pergi ke sana pada tahun hadapan... Insya-Allah, jika diizinkan oleh Allah..
Seorang teman rapat denganku yang ingin menunaikan umrah...
Sebelum nie keluarga anjang telahpun berangkat ke Mekah ke bumi para anbiya'...
Anjang tumpang berbahagia kerana mereka berdua telah pun menjejaki ke sana...
Kerana anjang tahu mereka berdua adalah insan-insan yang bertuah dipilih oleh Allah untuk ke sana..
Dipilih Allah di antara jutaan makhluk-makhluk-Nya dikalangan manusia...
Untuk mengunjungi ke rumah-Nya...
Bagiku itu satu penghormatan yang amat besar...

Maka bilakah agaknya masaku untuk ke sana Ya Allah???

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ya, aku juga ingin sekali pergi ke rumah-Mu...
Ingin sekali aku ke sana..
Ingin sekali kutangisi semua kesilapanku selama ini...
Tangisan sesalan atas segala dosaku dan kedhaifanku...
Ingin aku berdoa dan memohon agar aku sentiasa berada di bumi-Mu yang penuh keberkatan itu...
Di tempat Ibrahim memohon pada-Mu...
Di tempat Ismail mengadu pada-Mu...
Di tempat kekasih-Mu Muhammad S.A.W. bermunajat pada-Mu...
Di tempat para wali dan para sahabat radhiyallahu 'anhum berdoa dan meminta pada-Mu...
Ingin sekali aku memohon keampunan dari-Mu...
Akan dosa-dosaku yang tiada terhintung banyaknya..
Sebanyak buih di lautan...
Sebanyak pasir di padang pasir...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jadikanlah aku seorang hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa...
Agar aku dapat menjadi seorang anak yang soleh kepada kedua ibubapaku...
Agar aku dapat memperisterikan wanita solehah...
Supaya dia akan sentiasa menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali...
Menjadi kawan yang sejati...
Dan matikan aku sebagai seorang muslim mukmin yang hakiki...
Ya Allah...ingin sekali aku luahkan segala-galanya pada-Mu...

Ingin sekali aku merasakan keberkatannya hidup di bumi suci itu...
Ingin sekali aku menjejakkan kaki di bumi kelahiran rasul junjungan tercinta itu...
Ingin sekali aku jejaki setiap langkah para rasul dan anbiya'...
Ingin sekali aku merasai semua itu...
Sebelum Kau memanggil aku untuk menemui-Mu...