Penghuni Syurga


Suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang duduk-duduk di dalam masjid dan berbincang dengan para sahabatnya. Tiba-tiba terpancul daripada mulut baginda sambil berkata : "Sebentar lagi akan tiba seorang penghuni syurga yang akan masuk ke mari melalui pintu itu". Semua mata hadirin pun tertuju ke arah pintu masjid dan fikiran mereka masing-masing membayangkan akan hadirnya seorang yang mempunyai perwatakan yang luar biasa.

"Penghuni syurga, penghuni syurga...," begitulah gumam hati mereka bersuara.

Beberapa saat dan detik ditunggu kemudiannya ternyata hadir seorang yang datang dengan air wuduknya masih lagi membasahi wajahnya sementara ditangannya menjinjing sepasang alas kaki. Apakah gerangannya dan keistimewaan orang ini sehinggakan mendapat jaminan oleh Rasulullah memasuki syurga? Tidak seorang pun yang berani untuk menyuarakan pertanyaan itu walaupun masing-masing terlalu merindukan jawapannya.

Keesokan harinya peristiwa ini berulang lagi apabila Rasulullah S.A.W memberitahu hadirin di dalam masjid akan hadir "Si Penghuni Syurga" dan dia berkeadaan seperti semalam. Begitulah hari berikutnya, pada hari ketiga pun terjadi perkara yang sama.

Maka Abdullah ibnu 'Amr tidak tertahan lagi sabarnya. Namun tidak berani dia untuk menyuarakan pertanyaan itu dan khuatir dia mendapat jawapan yang tidak memuaskan hatinya. Dia merancang untuk pergi mengunjungi "Si Penghuni Syurga" itu.

Sesampainya di rumah "Si Penghuni Syurga" tersebut, lalu dia terus menyatakan hasratnya dengan menyuarakan : "Saudaraku, telah terjadi salahfaham antara aku dengan orangtuaku, dapatkah aku bermalam dan menumpang di rumah kamu selama tiga hari?"

"Sudah tentu boleh wahai saudaraku..," jawab "Si Penghuni Syurga" itu.

Rupanya Abdullah bermaksud ingin melihat secara dekat bagaimanakah amalan yang telah menjamin "Si penghuni Syurga" masuk ke dalam syurga oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Tiga hari tiga malam dia memerhatikan gelagat "Si Penghuni Syurga" itu dan mengamati malah mengintip disetiap gerak-gerinya namun tidak ada sesuatupun yang luar biasa dan terlalu istimewa. Tidak ada pun "Si Penghuni Syurga " itu melakukan ibadah khusus. Tidak ada pula dia bersolat malam. Tidak ada pula dia berpuasa sunat. Malah dia (Si Penghuni Syurga) itu bahkan hanya tidur dengan nyenyak sehingga beberapa saat sebelum fajar.

Ya, memang sesekali terlihat, dia terbangun daripada tidurnya dan ketika itu terdengar dia menyebut nama Allah di pembaringannya tetapi sejenak sahaja dan kemudiannya dia menyambung tidurnya.

Pada siang harinya pula, "Si Penghuni Syurga" itu bekerja dengan tekun. Dia pergi ke pasar sebagaimana halnya orang lain yang pergi ke pasar.

"Pasti ada sesuatu yang disembunyikan atau yang tidak sempat aku melihatnya. Aku perlu berterus-terang saja kepadanya...," demikianlah bertalu-talu suara hati Abdullah ibnu 'Amr berkata.


"Wahai saudaraku, apakah yang telah kamu lakukan sehinggakan kamu mendapat jaminan oleh Rasulullah untuk masuk ke syurga?" tanya Abdullah.

"Apa yang kamu lihat itulah," jawab "Si Penghuni Syurga" itu.

Dengan rasa kecewa, Abdullah memutuskan untuk pulang sahaja ke rumahnya. Sebaik sahaja dia ingin pulang dan melangkah, tiba-tiba tangannya dipegang oleh "Si Penghuni Syurga" itu seraya berkata kepadanya : "Wahai saudaraku Abdullah, apa yang telah kamu lihat itulah yang saya lakukan dan saya tidak pernah merasa iri hati dengan segala kelebihan dan ni'mat yang telah dianugerahi oleh Allah kepada seseorang. Tidak pernah pula saya melakukan penipuan dalam segala aktiviti seharian saya."

Abdullah merasa rendah diri mendengar jawapannya, dia dengan menundukkan kepalanya meninggalkan "Si Penghuni Syurga" itu sambil berkata : "Wahai saudaraku, rupa-rupanya kelakuanmu inilah yang menjadikan kamu mendapat jaminan syurga oleh Rasulullah.."

Lentera Al-Qur'an


Al-Qura'n secara harfiahnya bermaksud " sesuatu bacaan yang telah mencapai tahap dipuncak kesempurnaan". Al-Qur'an Al-Karim bererti "suatu bacaaan yang teramat sempurna dan sangat mulia". Kemuliaan dan kesempurnaan Al-Qur'an terbukti pada kalimah dan bilangannya sebagai contoh :

Keindahan, keserasian dan keseimbangan kata-katanya dalam perkataan "yaum" yang membawa erti hari, dalam bentuk tunggalnya diulang-ulang sebanyak 365 kali (ini sama dengan bilangan hari dalam setahun). Begitulah juga dalam bentuk jamak diulang-ulang sebanyak 30 kali (ini bermakna sama dengan bilangan hari dalam sebulan). Sementara itu, "yaum" yang membawa maksud bulan terdapat dalam al-Qur'an sebanyak 12 kali, yang bererti sama dengan bilangan bulan dalam satu tahun.

Kata panas dan dingin, masing-masing diulang-ulang sebanyak empat kali, sementara dunia dan akhirat, hidup dan mati, syaitan dan malaikat dan banyak lagi. Kesemuanya seimbang dalam jumlahnya yang serasi dengan tujuannya.
Satu malam, Rasulullah S.A.W. berbisik kepada Saidatina 'Aisyah, "Apakah kamu rela pada malam giliranmu ini, aku ber'ibadah?"
"Aku sungguh senang berada disampingmu selalu tetapi aku juga rela dengan apa yang engkau sukai," sahut Saidatina 'Aisyah.
Rasulullah S.A.W. lalu bingkas bangun untuk berwuduk, baginda tidak menggunakan banyak air untuk wuduknya kemudiannya baginda terus solat dan dalam solat baginda membaca al-Qur'an, baginda membacanya sambil menangis sehinggakan membasahi ikat pinggangnya. Selesai saja solat baginda duduk memuji Allah, airmata baginda masih menitis bercucuran sehingga membasahi lantai tempat duduknya. Demikian cerita Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha.
"Tidak pernah Rasulullah lambat datang ke masjid untuk solat (sebelum) subuh, apakah gerangan yang telah terjadi?" Bilal tertanya-tanya. Maka kemudian Bilal terus pergi berjumpa Rasulullah dan ditemuinya baginda sedang menangis.
"Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah? Bukankah Allah telah mengampuni dosa-dosamu?" tanya Bilal.
"Betapa aku tidak menangis. Semalam telah turun kepadaku wahyu yang menyatakan :
{Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Iaitulah orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka"
(QS 3 : 190-191)
Rasulullah S.A.W bersabda : "Rugilah sesiapa yang membacanya tetapi tidak sedikitpun menghayatinya"
"Ayat-ayat Al-Qur'an merupakan jamuan Allah" demikianlah sabda Nabi Muhammad S.A.W.
Lihatlah dengan jelas sekali dalam firman Allah yang maksudnya :
"Wahai seluruh manusia, telah datang kepadamu sekalian bukti kebenaran daripada Tuhanmu (iaitulah diri Nabi Muhammad S.A.W) dan telah kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang"
(QS 4 : 174)

Sejenak Bersama Hidangan Al-Qur'an


Segala pujian dan lafaz kesyukuran hanyasanya layak bagi Allah S.W.T yang telah meninggikan panji-panji ilmu pengetahuan serta mengukuhkan syari'at ISLAM.Dialah yang mengutuskan para nabi dan rasul sebagai penyampai dan pembimbing ke jalan yang benar. Dialah yang menurunkan al-Qur'an sebagai mukjizat terbesar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Dia yang melahirkan ulama' sebagai penerus dan pewaris para nabi dan rasul dalam menyeru ke arah kebaikan dan melarang dari melakukan perkara yang dilarang Tuhan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Subhanahu Wa Taala yang telah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang beramal soleh kepada beberapa darjat yang lebih tinggi dan menjadikan mereka berjalan di atas jalan yang menuju ke syurga atas berkat dan kurnia-Nya.

Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, yang menyeru umat manusia untuk menuntut ilmu, yang menerangkan keutamaan-keutamaan ilmu, yang telah memberikan amaran kepada mereka tentang bahaya kebodohan dan kejahilan serta padahnya yang buruk.

Semoga Allah Subhanahu Wa Taala akan melimpahkan selawat dan salam kepada kekasih-Nya, kepada keluarga baginda S.A.W serta para sahabat baginda yang terpilh dan juga orang yang mengikuti sunnah di merata dunia selama siang dan malam yang silih berganti.

Siapakah orang yang telah dianugerahi ni'mat oleh Allah?

Melalui firman Allah, kita akan dapati di dalam surah An-Nisa' dalam ayat yang ke-69 yang maksudnya:

"....bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat oleh Allah iaitulah golongan nabi-nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
(surah An-Nisa' : 69)

Mereka itulah yang dikatakan hizbullah (golongan Allah) dan dikatakan bahawa merekalah para wali Allah (penjaga Allah). Inilah sifat mereka yang mana mereka itu adalah orang-orang yang berjalan atas landasan syariat yang dipimpin Allah Subhanahu Wa Taala.

Jadi, bagi kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. ini seharusnya membaca dan menghayati peninggalannya yang mana ianya mu'jizat teragung iaitu kitabullah, Al-Qu'anul Karim.

Sebagaimana yang telah disarankan baginda S.A.W kepada Ibnu 'Amr bin Al-'Ash Radhiyallahu 'Anhu dengan sabdanya yang bermaksud :

"Bacalah (khatamkan) Al-Qur'an dalam sebulan. " Ibnu 'Amr bin Al-'Ash menjawab : "Aku dapat melakukan lebih daripada itu". Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "bacalah (yakni khatamkanlah Al-Qur'an) dalam sepuluh hari". Ibnu 'Amr bin Al-'Ash menjawab : "Aku dapat melakukan lebih daripada itu." Rasulullah bersabda lagi : "Bacalah (khatamkanlah al-Qur'an itu) dalam masa tiga hari dan jangan lebih"

Maksud "jangan lebih" dalam hadis di atas ialah berdasarkan hadis nabi S.A.W yang bermaksud :

"Tidak akan faham orang yang mengkhatamkan Al-Qur'an kurang daripada tiga hari"

Ertinya : Tidak akan faham dan tidak akan mungkin dapat menghayati dan mentadabburinya. Bukan bererti dia tidak dapat pahala, insya-Allah dia akan dapat pahala bacaannya tetapi dalam hal ini tentu sahaja berbeza dengan orang yang mengikuti sunnah.

Selebih afdhal bacalah dan khatamlah al-Qur'an dalam masa sebulan, iaitu satu juzuk satu hari itu lebih baik kerana dia semestinya mampu untuk menghayatinya dan tidak terlalu tergopoh-gapah dalam bacaannya, iaitu dia akan membacanya dengan tartil dan tertib sekali.

Wallahua'lam.

Puisi Jihad


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..
Kerajaan tidak berdiri bila tiada kekuatan..
Kerajaan tidak berdiri jika tiada pengorbanan..

Pada jasad-jasad muda itu..
Kehidupan generasi penerus..
Adakah hati mereka berkata..
Tinggalkan tinta berdakwat merah..
Pena jadi pedang yang tajam..
Pancung hati dan jiwa merekah.

Tercantasnya perkataan palsu..
Mata sabar itu indah..
Semangat menderu bagai lembing menghujan..
Pilih hidup gembirakan kawan..
Pilih mati membawa syahid..

Kelembutan bukan mainan..
Ketegasan bukan sebarangan..
Jihad nafsi, jihad ruuhi..
Jihad yang tiada sempadan.

-anjang_dahar, jitra, 230608-

Jihad Itu Jalanku


Menyingkap erti jihad

Ramai yang mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukanlah bererti berjuang. Terpaksalah di sini saya bahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang pada asal bukannya berjuang. Cumanya setelah dirumuskan intipatinya, barulah ia dikatakan berjuang.

Perkataan jihad itu sememangnya ia berasal daripada susunan huruf dalam kalimah bahasa Arab iaitu daripada perkataan jahada, yajhadu, juhdan atau jahdan ataupun jihaadan.. Maksud jahada ialah melakukan dengan bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (melalui akal pemikiran, roh, jiwa malahan jasad dan fizikal) mahupun dimaksudkan bersungguh-sungguh di luar aspek diri atau jasad manusia (iaitu melalui duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.

-artikel di atas ini agak kontroversi dari segi huraiannya

Saya bawa kepada kalian artikel yang lain dalam perbahasan mengenai jihad di bawah ini..

PENJELASAN MENGENAI JIHAD

Oleh: JAKIM

1. PENDAHULUAN


Perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad. Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam.

2. TAKRIF JIHAD

Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” ( ), yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya. Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Jihad menurut al-Quran adalah umum dan menyeluruh, iaitu merangkumi semua aspek daya dan tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya demi untuk mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran. “Musuh-musuh” yang dimaksudkan di sini adalah meliputi musuh dalaman manusia iaitu Syaitan berupa manusia dan juga Jins yang kerap menggoda nafsu manusia dalam bentuk zahir ataupun batin.

Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai ayat. Di antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu, menggunakan al-Quran sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa.

3. JIHAD SEBENAR DALAM ISLAM

Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad, Pertama; Jihad Agung ( ) iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan. Kedua; Jihad Kecil ( ), iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu, Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan keimanan. Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri.

Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang berbentuk luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T., tidak mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia masih terkongkong oleh nafsunya sendiri.

Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T. Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam aspek pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.

4. JIHAD DENGAN SENJATA

Perinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluk-pemeluknya supaya sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan penganut agama lain, kecuali kedudukan Islam terinaya atau terancam. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.

Firmam Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.

“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”.

Berdasarkan nas-nas al-Quran di atas adalah jelas bahawa jihad dengan menggunakan senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang jelas seperti kita boleh menentang mereka yang memerangani atau menghalau kita dari tanah air kita yang dicintai.

5. KEFAHAMAN JIHAD DI MALAYSIA

Kebanyakan mereka yang terjebak dengan gerakan jihad di negara kita sama ada secara sedar atau tidak sedar telah dipesongkan pegangan mereka mengikut pengertian yang amat sempit dan menyeleweng dari segi ajaran Islam yang sebenar. Mereka yang terpengaruh itu sering kali terperangkap dengan gerak saraf secara halus oleh musuh-musuh Islam atau mereka yang menjadi kuda tunggangan musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk menghuruharakan atau menggugat negara yang setabil, aman dan sejahtera.

Dari tinjauan yang telah dibuat melalui akhbar dan media massa didapati mereka yang terjebak dengan gerakan jihad militan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil mengenai pengertian sebenar tentang istilah ‘jihad’ atau mereka berpegang pengertian ini secara menyeleweng.

Kedapatan juga mereka yang terlibat dengan gerakan jihad ini terpengaruh dengan gerakan jihad yang berlaku di luar negara seperti di Palastine, Bosnia dan sebagainya. Mereka menganggap suasana di luar negara yang menindas dan membunuh orang-orang Islam di sana adalah sama keadaannya dengan Malaysia yang mendesak mereka atau menuntut mereka untuk berjihad. Tanggapan atau perbandingan mereka amat jauh terpesong dengan ajaran Islam yang menyuruh mereka berjihad kerana di Malaysia tidak ada suruhan membunuh orang-orang Islam yang lain dan pihak pemerintah senantiasa menggalakkan berjihad dalam ertikata yang lebih luas.

Satu lagi bukti pegangan salah oleh mereka yang terjebak dengan apa yang dinamakan gerkan jihad di Malaysia ialah kepercayaan dan pegangan mereka bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Kepercayaan yang mereka pegang ini hasil daripada didikan dan momokan yang begitu lama oleh pihak-pihak tertentu yang membentuk minda serta keimanan mereka bahawa gerakan perlu dibuat untuk menubuhkan sebuah negara Islam mengikut acuan dan impian mereka.

Kepercayaan dan pegangan mereka ternyata salah dari segi siasah dan keputusan-keputusan serta pengiktirafan dunia Islam yang meletakkan Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam. Pengiktirafan tersebut bukan sahaja terbatas oleh dunia Islam tetapi ia juga diiktiraf oleh ulamak-ulamak di negara ini yang tergolong daripada mereka yang tidak ada kepentingan tertentu yang mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam yang telah memenuhi syarat dan kriteria yang dikehendaki oleh para fuqaha’ (ahli-ahli fiqah) yang mu’tabar.

Dari itu gerakan jihad untuk menentang Kerajaan sekarang ini adalah tidak benar dan salah dari segi syarak serta kehendak-kehendak Islam. Ini adalah kerana pemerintah yang ada sekarang senantiasa berusaha dan telah terbukti memajukan Islam.

6. KESIMPULAN

Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa beberapa jihad yang penting hendaklah diutamakan seperti jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, masalah gejala sosial dan sebagainya.

Gerakan jihad bersenjata bagi memerangi Kerajaan pada masa ini tidak menepati syarat dan tidak langsung mengikut kehendak-kehendak Islam.

Waktu yang aman dan sejahtera yang ada pada kita hendaklah diisi dan seterusnya memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kemiskinan, kejahilan dan penyakit serta membanteras penyakit-penyakit sosial.

Kewajipan dan tanggungjawab juga terletak dibahu kita semua bagi menjaga kesejahteraan negara dari kekacauan dan huruhara serta mempertahankan kesucian agama kita dari mereka yang cuba untuk menyelewengkannya dari tuntutan yang sebenar.

Tetapkan Hatimu Seperti Si Katak Kecil

Cerita tentang katak kecil

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

Perlumbaan dimulai secara jujur. Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara. Terdengar suara, "Oh, jalannya terlalu sukar !! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."

"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...menaranya terlalu tinggi...!! Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak. Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah... Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Kata bijak daripada cerita ini adalah:
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis terhadapmu...kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya daripadamu. Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu: Tetaplah hatimu dan pendirianmu selalu....

Takutlah Bala Allah Wahai Manusia Celaka!


Pukul 11:00 pagi, Hari Jumaat, 20 Jun 2008..

Saya sudah pun bergerak ke Masjid Al-Muttaqin. Hari Jumaat banyak keberkatan.Apatah lagi apabila kawan baik saya telah kejutkan saya pagi itu . Beliau walaupun dari jauh memanggil saya namun dapat membangunkan saya, alhamdulillah kerana Allah memberikan kembali nyawa saya sesudah tertidur semula akibat terlalu letih.

Berbalik kepada perjalanan saya ke masjid. Sambil mencapai pen dan kertas putih yang saya lipat empat, saya masukkannya ke dalam saku atas baju melayu yang saya pakai berwarna pink. ingin sekali saya menulis setiap bait-bait lafaz yang akan diungkapkan oleh khatib kerana akan menjadi bermanfaat jika saya menulisnya.
Sesampainya saya ke dalam halaman masjid, saya mulakan dengan bismillah melangkah dengan kaki kanan dan saya terus memilih untuk duduk di hadapan sebaik saja masuk ke ruang solat Masjid Muttaqin kerana di situ ada keberkatannya.

Pukul 1:23 petang, masuklah waktu sembahyang jumaat. Muazzin melaungkan azannya. Syahdu jiwa saya mendengarnya..
Ya Allaaaaah..
Betapa besar keagungan-MU ini..tenangnya jiwaku berada di rumah-MU ini dengan mendengar kalam-kalam yang membesarkan nama-MU..

Khatib iaitu Ustaz Syukri mula menaiki tangga mimbar sambil membawa al-Qur'an di sebelah tangan kanannya. Sambil melafazkan salam beliau lalu duduk memberi ruang untuk muazzin melaungkan azan kedua. Seperti biasa sesudah membaca doa azan, beliau lalu bangun untuk memulakan khutbahnya itu.

Ya..beliau memulakan dengan lafaz syukur buat Allah. Selawat serta salam buat Nabi junjungan akhir zaman, keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya. Dan mengajak kami sama-sama bertaqwa kepada Allah, Tuhan Yang Esa.

Beliau sebagai khatib pada hari itu mengambil peluang dengan menyentuh soal-soal ekonomi, sosial anak-anak muda, sifat-sifat para pemimpin dan syarat-syaratnya malahan tentang kenaikan harga beras dan minyak yang mendadak. Ini semua boleh saya membuat kesimpulan daripada apa yang ingin disampaikan khatib bahawa kerana banyaknya maksiat dan perkara-perkara kufur di Negeri Kedah ini walaupun dikenali dengan "Negeri Jelapang Padi" namun harga beras tetap naik..ditambah pula selepas itu dengan kenaikan harga minyak.

Khatib membawa contoh dengan al-Qur'an yang berada ditangannya. Kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat dengan kemarahan dan maki-hamun. Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap orang yang berada dalam hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

Menurut Khatib, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

"Lebih 100 muka surat tertulis perkataan yang mencerca, maki dan mengutuk Allah, di samping lukisan gambar kemaluan lelaki iaitu dari surah al-Baqarah hingga surah ali-'Imran," kata beliau dalam khutbahnya, dengan memberikan contoh 10 ungkapan maki-hamun yang terdapat dalam naskhah al-Quran yang dirosakkan itu sambil mempamerkan helaian demi helaian kepada kami, anak qoriahnya.

Muka Ustaz Syukri berubah merah, tangannya juga terketar-ketar menahan marah. Ada nada sedih dalam suaranya menyatakan betapa hinanya orang yang menyonteng al-Qur'an ini.

Allaaah...saya juga merasakan begitu. Kenapa begitu kejam si celaka itu, berani menyonteng helaian-helaian mukjizat tinggalan Nabi Muhammad? Ungkapannya itu bertulisan merah yang penuh cercaan yang hina lagi jelek.

Hati saya cukup terkesan, marah bercampur sedih dengan pembuangan al-Quran di dalam tong sampah yang dipenuhi coretan perkataan yang menghina Allah terjadi di Negeri Kedah Darul Aman. Ianya adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak yang berwajib.

Kenapa keadaan ini terjadi???
Cuba kita renung kembali..lihatlah persekitaran kita..saya boleh katakan kalau dululah saya di kampung, semasa saya masih bersekolah rendah. Pada waktu malamnya akan terdengar suara-suara yang membaca al-qur'an di sana-sini, di serata kampung. Alangkah merdunya suara-suara yang mengalunkan ayat-ayat al-Qur'an.
Tapi sekarang, amat sukar kita nak mencari setiap rumah di setiap malam mereka akan mengalunkan ayat-ayat al-Quran..yang akan kita dengar hanyalah bunyi muzik-muzik yang memekakkan telinga dan tayangan-tanyangan gambar yang menghitamkan hati sehingga lali dengan maksiat di depan mata.
wana'uzubillahi min zalik..
(jauhkanlah diriku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan jiran-jiranku yang ISLAM dari semua perkara yang merosakkan iman dan aqidah)

Dahr itu satu jangka waktu

Hari itu Siang dan Malam

Setiap bait-bait lafaz puji-pujian mahupun sanjungan hanyasanya layak dilantunkan terhadap segala kebesaran dan keagungan-MU, Ya Allah..kepada-MU sahaja hamba-MU ini meminta pertolongan, menadah Taufiq, memohon Hidayah dan menagih keampunan. Aku berlindung kepada-MU dari semua kejahatan diriku dan keburukan-keburukan amal perbuatanku.
Sesiapa yang diberi Hidayah oleh-MU maka tidak akan ada yang dapat menyesatkannya walau sedikitpun dan sesiapa yang disesatkan oleh-MU maka tidak akan ada yang mampu menunjukki ke arah jalan kebenaran selama mana Kau tidak memimpinnya.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah yang tiada sekutu bagi-MU dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan kekasih-MU sebagai nabi dan rasul akhir zaman.
Sesungguhnya perbicaraan yang paling benar itu adalah Kitabullah, kitab-Mu yang Kau namainya Al-Qur'an. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi-MU, Muhammad S.A.W dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan. Setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah. Setiap bid'ah itu adalah sesat. Setiap kesesatan itu akan menjerumuskan seseorang itu ke lembah neraka.



Daripada Al-Hasan, cucunda Nabi S.A.W berkata : "Wahai anak Adam, hari itu adalah tetamumu, sedangkan tetamumu itu akhirnya akan pergi jua meninggalkan dirimu dengan memberi pujian buatmu atau memberikan celaan buatmu. Begitulah jua dengan malammu"

Daripada Hassan Al-Basri, beliau berkata : "Tidak ada suatu hari kecuali hari itu akan mengungkapkan kata , "Wahai umat manusia, sesungguhnya aku adalah hari baru buat kamu semua dan sesungguhnya aku akan menyaksikan segala apa yang terjadi kepadamu. Sesungguhnya jika matahari telah terbenam maka aku tidak akan kembali lagi kepadamu sehingga Hari Qiamat kelak".

Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar) sedang dia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari Hari Qiamat?"
(Surah Al-Insan ayat : 1)

Hanya Gerhana

titik tolak berada dalam genggaman kita, siapa lagi jika bukan kita???
aku ingin menyakinkan diriku bahawa..aku di amanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifahnya..
aku perlu persiapkan diriku secukupnya..
berjanjilah wahai jiwa!!!

Cerpen Yang Menginsafkan




Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...saya mulakan entry kali ini dengan membawa anda semua untuk sama-sama berkongsi satu cerpen yang mungkin ada dikalangan anda pernah membacanya, tetapi sengaja saya masukkan sekurang-kurangnya memberi nilai optimis dalam perjuangan masing-masing. Sekurang-kurangnya ada impian, ada idea. Kerana cita-cita dan impian, boleh dijadikan gol yang jelas yang memandu halatuju perjuangan. Teringat saya dalam bab 6 bahagian 1 Buku ‘Apa Makna saya menganut Islam’ yang saya membacanya kembali semalam, iaitu Bab : Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam, Ust Fathi Yakan menyebut :



Keimanan saya dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Justeru itu Islamlah yang paling ampuh dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam adalah satu-satunya manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Ia dapat mengimbangkan tuntutan lahiriah dan rohaniah insan”



Agak panjang namun menarik.Selamat membaca dan selamat menghayatinya.



FERRARI,PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA

“Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.”Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.”
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. “pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.




Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. “Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.



“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali. “Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? ” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja.Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh. “Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. “Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar.



Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.



“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. “



“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa.”



Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. “Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.” Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.



“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…” Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur seorang kepada pegawai penguatkuasa. “Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!” rayu lelaki itu.



Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas …Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!” Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri.



Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.





“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.” “Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.”Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”. Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,”terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih. “Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…” “Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi orang yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….” Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.



Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan !”ujarnya kepada pelayan. “Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan. “Ya ! Apa peliknya?”, “Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?” tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. “Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.



” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, ” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja “Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?”tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit …malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi,seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Oh…! keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian -kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.



“Tambah nasi sepinggan lagi!” ujarnya kepada pelayan restoran. “Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan … berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi. “Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram. “Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital! “Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan. “Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..” “Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya. “Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma. Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.




Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT,ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.





Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: Raja’. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI .Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. “Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang…” “Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji, “Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema …. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta…….stanza hati merindu Ilahi!”



Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. “Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …” Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. “Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.” “Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.” ” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.” “Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.



Pemandu bullet train berserban merah Tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan’MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :”KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. isy,meluatnya!Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.



Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. “Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !” Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.”Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr. Johar.”Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…” “Habis, mereka mahu apa?” “Mereka mahu Islam, Datuk!” “Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar.

Digosok-gosok lagi matanya.

Tamat..

Mengimpikan "baldatul thoyyibatun wa rabbul ghaffur" adalah impian semua pendokong Islam..


Ayuh mengotakan impian, mengatur langkah bukan hanya bermimpi-mimpi atau bermain- main impian. Yakinlah bantuan Allah itu dekat! Mari mengisi kemenangan dan realitikan fantasi ini! Mahu sahut seruan ini?

Ujian Allah selalu akan ada buat semua kita yang telah dilantik oleh-Nya sebagai Khalifah-Nya di muka bumi ini..persiapkan diri untuk menghadapinya..persiapkan diri kita dengan persiapan yang rapi menghadapi ujian hidup ini..

Peringatan Buat Sesiapa Meninggalkan Solat Subuh


Sesungguhnya saya memulakan kalam ini dengan lafaz pujian selayaknya hanyalah milik Allah Taala semata..saya memohon pertolongan dan keampunan hanyasanya Dia yang mampu memberi dan memaafkan kekhilafan hambanya ini..

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad, sebagai nabi dan rasul yang terakhir..serta ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya..

Wahai saudara-saudaraku yang kukasihi..
Tidakkah kalian mendengar kalimah azan yang bergema di kala awal-awal waktu pagi? Seruan Ilahi memanggilmu : Hayya 'alassolah!!! Marilah mengerjakan sembahyang...

Seruan Rabul 'Alamin mengajakmu.. Hayya 'alal falah!!! Marilah meraih kemenangan!

Bangunlah!!!
Bangunlah segera!!!
Sambutlah seruan Ilahi! Sambutlah panggilan Tuhanmu! dan raihlah kemenangan yang pasti!
Bangunlah daripada tidurmu! Hilangkanlah rasa malasmu!

Tidakkah kalian mendengar suara muazzin meneriakkan :

"ASSOLATU KHAIRUM MINAN NAUM"

Sesungguhnya solat itu lebih baik daripada tidur!!!

Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi..
Cahaya fajar terbitlah sudah, itulah waktu kemenangan, itulah waktu kejayaan, itulah waktu keberkatan, itulah waktu terjadinya segala perubahan!

Lihatlah, keadaannya daripada kegelapan kepada cahaya nan terang benderang. Janganlah kalian sia-siakan kesempatan yang agung itu. Janganlah kalian buang kesempatan berkumpul dengan malaikat malam dan malaikat siang!

Semua itu dapat kalian raih hanya dengan dua rakaat sahaja...Solat Subuh! Solat Subuh Wahai Umat Islam! Jika kalian mendambakan benar-benar kemenangan!

Tahukah kalian? Sesungguhnya musuh-musuh Islam mengakui bahawa pertolongan dan kemenangan umat Islam berada di tangan orang-orang yang mengerjakan solat subuh!

Cuba kalian semak kata-kata ini (kata-kata siapakah ini) :

"Kalian tidak mampu mengalahkan kami hingga jumlah kaum muslimin yang mengerjakan solat subuh sama seperti jumlah mereka saat mengerjakan solat Juma'at"

Oleh itu, sifat ujian Allah terhadap setiap orang mukmin yang mengaku bahawa dia benar-benar beriman kepada Allah ada dua iaitu :
1) Sifat yang pertama, ujian itu haruslah berat kerana jikalau ringan maka mudahlah bagi semua manusia untuk lulus ujian tersebut.
2) Sifat yang kedua, ujian itu haruslah nyata kerana jikalau mustahil nescaya semua manusia akan gagal.

Allah berfirman yang maksudnya :

"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang sudah ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman"
(surah an-Nisa' : 103)

Nah! ingatlah peringatan Allah bagi sesiapa yang ingin meninggalkan solat subuh...

Peringatan Pertama
Barangsiapa yang meninggalkan solat subuh akan dirundung kemalasan sepanjang hari malah merasa kesempitan di dalam dadanya serta dia akan lesu tak bermaya...

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda yang maksudnya :

"Apabila kalian tidur maka syaitan akan mengikat hujung kepalanya sebanyak tiga ikatan dan dituliskan pada setiap ikatan itu "tidurlah, malam masih panjang!!!!" Apabila dia terbangun lalu mengucap zikir kepada Allah maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwuduk terungkailah satu ikatan kedua dan apabila dia mengerjakan solat maka terlepaslah kesemua ikatan itu sehingga dia bangun pada pagi hari itu dengan keadaan bersemangat. Jika tidak, pagi harinya dia akan lesu lagi malas"

Imam Al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa dia berkata :

"seorang lelaki telah diceritakan perihalnya kepada Nabi, bahawa dia masih tertidur hingga pagi dan tidak bangun mengerjakan solat. Maka Nabi S.A.W. bersabda : "syaitan telah mengencingi telinganya"

Peringatan kedua
Barangsiapa meninggalkan solat subuh akan tumbuh penyakit nifaq di dalam hatinya.

Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata : "Rasulullah S.A.W ada bersabda :

Solat yang amat berat ke atas kaum munafiq adalah solat isya' dan solat subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya nescaya mereka akan menghadirinya meskipun dengan merangkak. Sesungguhnya betapa ingin rasanya aku memerintahkan orang-orang yang solat kemudian aku memerintahkan seseorang untuk mengimami mereka. Lalu aku pergi bersama-sama beberapa orang lelaki dengan membawa kayu api sehingga menjumpai aku dengan mereka yang tak menghadiri solat berjemaah maka akan kubakar rumah-rumah mereka dengan api"

Berhati-hatilah saudara-saudaraku...ingatlah betapa pentingnya ujian ini buat kita semua sebagai hamba Allah yang mengaku bahawa kita telah beriman dengan sebenar-benar iman..maka buktikanlah! buktikanlah sama-sama dengan kita menjaga solat subuh dan merebut waktunya itu kerana di sana benar-benar ada keberkatan..

Beringatlah selalu..muhasabahlah..muhasabahlah diri kita..

Bahasa Arab Bahasa Yang Cukup Indah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرته ورضوانه...

الحمد لله رب العالمين...الحمد لله الذي نزّل القرآن على لسان العرب...والصلاة والسلام على سيدنا أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين..أما بعد...أي بعد المقدمة..

كيف حالكم جميعا؟ أرجو أنكم دائما في الصحة والمحبة والسعادة...كما وعدت لكم...الآن أكتب هذا المقال باللغة العربية...فلمن يمكن أن يقرأه و يفهمه فهما جيدا بسيطا فليتفضل بالقراءة...ولمن لم يستطع أن يفهمه خالصا فليتفضل بالنظر فقط إلى أحرف العربية هذه بدون فهمها ولو كلمة...ان تقرأ تفهم...وان تفهم فلك الفضل..وان لم يفهم يكن من الخاسرين...هذه اللغة لغة القرآن ولغة يعبر بها سيدنا محمد صلى الله عليه وآله وسلم في أحاديثه وحياته...أليس نفتخر باستطاعتنا لدرس وفهم هذه اللغة التى هي لغة الجنة؟ بلى وهي اللغة العليا...

الله أكبر الله أكبر...أذن المؤذن دلالة على دخول وقت الصبح...صليت في المسجد جماعة مسبوقا...واذا خرجت من المسجد مشيت مهلا لنسيم الصباح اللين...الذي يصعب لنا ان نشعر لينه في الصيف هكذا...مشيت مهلا وفكرت "في هذا الوقت أظن أن كثير من الناس لا يزال في منمهم يلتحفون بلحفهم ولا يرى أثر بأنهم يريدون أن يستيقظوا مباكرا يستدعوا دعوة المؤذن لعبادة الله سبحان وتعالى شاكرا بنعمه ورضا كعباده"...

ربما هم لا يعرفون بأن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قد قال

((اللهم بارك لأمتي في بكورهم))...

ربما كلهم لا يناموا في الليل مشغولا بأمور الدنياوي حتى يغفلون بأمور الأخروي...أو ربما الشياطين قد فازوا يلتحفونهم بلحف الخنزيرية..أو ربما استيقظوا مباكرا ليسارعوا في بحث رزق الله تعالى فقط يجمعون الأموال ويصرفوها ويجمعوها ويصرفوها وهكذا عادة الحياة...

قال الله تعالى في القرآن الكريم << ان الصلاة كانت على المؤمنين كتابا موقوتا >>

كتب علينا الصلوات الخمس – الفجر والظهر والعصر والمغرب والعشاء...وللصلاة الصبح فضائل كثيرة وفوائد طيبة...سأذكر بعض فضائلها وفوائدها مبينا من الأدلة الآتية:

قال الله تعالى في كتابه العزيز: << حافظوا على الصلوات والصلاة الوسطى >>

ذهب بعض العلماء بأن الكلمة الوسطى في الآية تدل على صلاة العصر وذهب بعضهم بأنها تدل على صلاة الصبح...

وقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في الحديث : (( من صلى البردين دخل الجنة ))

وقال النبي المصطفى صلى الله عليه وآله وسلم : (( نومة الصبح تورث الفقر ))

وقال صلى الله عليه وآله وسلم : (( من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله ))

وقال صلى الله عليه وآله وسلم : (( ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها ))

ركعتا سنة الفجر لها أجر كبير...كيف بالفجر نفسه؟ لا يمكن لنا ان نتصور بكثرة حب الله رب الجليل لعباده...

أتوقف على هذا...حتى نلتقي في وقت أخر..إني من المبتدءين في مجال كتابة المقال...انشاء الله بإذن الله سأكون من الماهرين في المستقبل...ادعوا لي...لو هناك الخطاء في مقالي من ناحية استعمال الكلمات أو التراكيب أو القواعد النحوية فتخبرني...إني لا استحي ان اخطئ بجهلي لأنني طالب...والله أعلم بالصواب...والله ولي التوفيق...

Min Akh Muhammad Fahmi:

Imtihan-Mu Buatku Makin Dekat


Itulah kata-kata yang selalu buatku terfikir akhir-akhir ini. Setiap mataku yang memandang hanyalah memenuhi benak jantungku berdegup kencang ditiap kali mengingatkan ujian-ujian-Mu. Beruntunglah bagiku sekiranya aku sudah mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya dengan persiapan yang rapi bagi menempuhi ujian-Mu itu.

Tatkala mendengar kata "ujian" kebanyakan orang masih menganggapnya sebagai satu yang memeritkan. Ujian dan imtihan seakan menjadi beban yang menyusahkan. Padahal ujian adalah fitrah dalam hidup ini. Tidak ada makhluk hidup yang tidak mengalami ujian. Justeru, melalui ujian ini darjat kita akan meningkat. Allah berfirman dalam surah Al-Mulk :

“Dia (Allah) yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya.”

Oleh itu, ujian adalah penting bagiku. Ujian akan membuat diriku menjadi terukur segala prestasiku selama ini. Akan mendorong diriku untuk selalu meningkatkan potensi diriku. Dengan ujian ini, akanku tahu siapa diriku dengan sesungguhnya. Kemampuan apasaja yang sudah aku miliki. Berapa banyak ilmu yang sudah aku kuasai. Berapa juz Al-qur’an yang sudah aku hafal. Semua itu akan aku ketahui setelah melalui ujian kehidupan ini.

Jadi yang menjadi masalah bukan ada tidaknya ujian, tapi bagaimana cara menyingkapi ujian itu yang selalu memerlukan kepada keterampilan yang jitu dan persediaan yang kukuh. Maka jika aku salah dalam memasang strateginya, maka akan salah pula dalam menjawab dan menyingkapi ujian tersebut.

Belajar dengan kehidupan adalah tugas utama yang mulia perlu dilaksanakan oleh seorang yang telah dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Ujian-Mu yang paling besar sudah semakin dekat denganku, persiapan awal bagiku menempuhinya adalah dengan banyakkan amalan taat kepada-Mu sesungguh-sungguhnya..aku perlu yakin dan percaya bahawa akan sampai masa dan saatnya nanti aku akan benar-benar menempuhinya..

Aku perlu yakin itu.. kematian tidak siapa tahu bila datangnya..ianya adalah ujian terbesar perlu aku hadapinya..

Allah......

Adakah aku sudah cukup beramal kepada-Mu? solatku pula, mampukah ia membawaku ke syurga, sedangkan aku sendiri tidak tahu sama ada Kau terima atau menolaknya? adakah aku mampu menghabiskan hafazanku sebelum mataku ini tertutup rapat? adakah aku sudah memohon maaf kepada semua orang yang aku sakiti dan mendapat kemaafan daripadanya? adakah aku sudah cukup berbakti kepada kedua orang tuaku..

Ya Allah..aku mohon Kau saja yang berhak atas jasad dan rohku yang Kau telah ciptakan..kasihanilah aku sebagai hamba-Mu yang takut akan murka-Mu..ampunilah segala dosa-dosaku atas kelemahan diriku sendiri..

Nilai kasihku Takkan Terhenti..


NILAI SEBUAH KEHIDUPAN telah menjadi lestari dan berkembang dengan adanya kasih dan sayang. Kehidupan itu memang bermuarakan dari kasih yang hinggap di antara hati manusia, haiwan, dan segala bentuk kehidupan sebagai ”mata air” kasih. Sehingga induk binatang yang dititipkan ketulusan hati oleh Tuhan membuat mereka secara tidak langsung melindungi, merawat dan menyayangi anaknya.

Kasih sayang juga telah membuat si ibu harimau tak memangsa anak yang lahir dari rahimnya sendiri, meskipun dia ditakdirkan sebagai binatang buas yang seakan tak kenal rasa kasih. Sememangnya kita biasa melihat ketika kasih sayang lari dari hati seorang manusia, dia mungkin akan bertindak lebih kejam dari haiwan yang paling ganas sekalipun.

Lazim bagi muslim, saban-saban permulaan membaca kitab sucinya diawali dengan menyebut asma Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sebagai cerminan betapa tinggi nilai dua kata itu iaitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah terhadap makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya.

Nilai kasih sayang sangat luas dan universal, tak sekecil peringatan "Hari Kekasih" yang sering dinanti oleh kaum muda, apalagi dipersempitkan lagi sekelompok manusia yang menganggap kasih sayang adalah sebagai budaya pesta minuman keras dan sex bebas.

Daripada tinjauan makna kata kasih sayang itu tentu saja sangat berbeza dengan cinta. Kasih sayang cenderung mendorong seseorang untuk merawat dan melindungi, mencukupi, dan menyenangkan secara tulus demi kebaikan.

Sedangkan cinta lebih codong untuk menguasai jiwa dengan segenap rasa kasih itu. Maka kasih sayang memiliki nilai yang jauh lebih mulia dari cinta, kerana cinta lebih cenderung menuju penguasaan, perebutan, kepemilikan dan puncaknya adalah kegilaan.

(ini sebuah pandangan peribadi saya, anda boleh mengambilnya jika ianya benar dan boleh mengkritik jika ianya salah)

Maka, ada istilah cinta terlarang, tetapi tidak ada kasih sayang yang diharamkan. Orang yang mencintai memberi untuk menguasai, sedang orang yang menyayangi memberi untuk kebaikan yang disayangi. Ertinya cinta, hujungnya keuntungan diri, sedang sayang bertolak pada kebaikan bagi objek kasih sayang itu sendiri.

Nilai kasih

Sebuah syair arab mengatakan,

"mawaddatuhu taduumu likulli haulin, wa hal kullun mawaddatuhu taduumu”

-kasih sayangnya (manusia) selalu kekal untuk segala hal yang menakutkan, dan apakah setiap orang itu kasih sayangnya selalu kekal.
(Jawaahirul Balaaghah:407).

Makna kasih sayang tidaklah berhujung, selanjutnya rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama manusia ataupun makhluk selagi kehidupan di dunia ini ada.

Dalam koridor Islam, kasih sayang tidak mengenal waktu, jarak dan tempat. Baik terhadap teman, sahabat, kerabat dan keluarganya sendiri.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Man laa yarhamin-naasa laa yarhamhullaah”

(Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya). [HR Turmudzi].

Dalam hadis tersebut kasih sayang seorang muslim tidak semata seaqidah tetapi untuk semua umat manusia.

Rasulullah SAW bersabda :

"Sekali-kali tidaklah kalian beriman sebelum kalian mengasihi." Wahai Rasulullah, kami semua pengasih,” jawab mereka. Berkata Rasulullah, "Kasih sayang itu tidak terbatas pada kasih sayang salah seorang di antara kalian kepada sahabatnya (mukmin) tetapi bersifat umum (untuk seluruh umat manusia).”
[HR Ath-Thabrani]

Bukan sekadar manusia saja, ajaran Islam yang tinggi ini telah mengajarkan bagaimana kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan yang harus direalisasikan.

Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah berpesan kepada pasukan Usamah bin Zaid, "Janganlah kalian bunuh perempuan, orang tua, dan anak-anak kecil. Jangan pula kalian potong atau cantas pohon-pohon kurma, dan janganlah kalian tebang pepohonan yang berbuah. Jika kalian menjumpai orang-orang yang tidak berdaya, biarkanlah mereka, jangan kalian ganggu.”

Sifat kasih sayang adalah termasuk akhlak yang mulia yang dicintai Allah. Sebaliknya Allah sangat membenci akhlak yang rendah. Di antaranya kepada orang-orang yang tidak memiliki rasa belas kasih sayang.

Ditegaskan hadis Rasulullah S.A.W :

"Laa tunza’ur rahmatu illaa min saqiyyin."

"Rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan hanya dari orang-orang yang celaka".
(HR Ibn. Hibban).

Yang dimaksud dengan orang celaka adalah orang yang tidak memiliki rasa kasih sayang di dalam hatinya baik untuk dirinya mahupun orang lain.

Sesungguhnya kasih sayang Allah ke atas setiap manusia tiada tolok bandingannya bagaikan kasih si ibu kepada si anak yang tengah disusuinya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita memupuk rasa kasih dan nilai sayang itu sehingga rasa ini sebati di dalam jiwa kita sehingga kehidupan di mayapada ini akan lestari dan berjalan selancarnya yang tidak akan menimbulkan rosaknya lebih banyak nilai-nilai kejiwaan dalam sifat kemanusiaan itu.

Ya Allah...perkenankan doa kami ini..


Ya Allah..

Hamba-hamba-Mu memohon akan Engkau daripada ni'mat yang paling sempurna dan daripada pemeliharaan itu yang paling kekal dan daripada rahmat itu yang paling menyeluruh dan daripada 'afiat itu yang paling berhasil dan daripada kehidupan itu yang paling senang dan daripada umur itu yang paling bahagia dan daripada kasih sayang-Mu yang paling mendalam dan daripada kelebihan-Mu yang senantiasa ada dan daripada lemah-lembut-Mu yang paling dekat...

Ya Allah..

Jadikan Diri-Mu itu sebagai pembela kami dan bukannya sebagai penghukum kami..

Ya Allah..

Habiskanlah ajal kami dengan kebahagiaan dan berikan kepada kami yang lebih baik daripada apa yang kami harapkan dan iringkanlah kami di waktu pagi dan petang kami dengan ke'afiatan dan jadikanlah kesudahan dan kemuncak cita-cita kami untuk mendapat rahmat-Mu. Dan tuangkanlah hujan yang lebat daripada kemaafan-Mu ke atas dosa-dosa kami dan senantiasalah Engkau memberi ni'mat kepada kami dengan membaikkan segala keaiban kami dan jadikanlah taqwa itu sebagai bekalan kami dan jadikan pula kesungguhan kami itu dalam memperjuangankan agama-Mu dan jadikanlah tawakkal kami hanya dengan-Mu sahaja.

Ya Allah..

Tetapkanlah kami berada di atas jalan istiqomah dan lindungilah kami di dunia ini daripada mengerjakan perkara-perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hari Qiamat nanti dan ringankanlah bebanan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kami kehidupan hamba-hamba-Mu yang soleh dan taat kepada-Mu dan jauhkanlah kami segala kejahatan orang-orang yang jahat dan lepaskanlah leher kami dan leher kedua ibubapa kami dan seluruh saudara-saudara kami daripada belenggu api neraka-Mu yang amat pedih.

Ya Allah..dengan berkat-Mu Ya Rahman..
Wahai Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun..

Ampunilah dosa-dosa kami dan Kau angkatkanlah segala permohonan kami ini..

Amien..Ya Rabbal 'alamin..